Setelah segala agreement ditandatangani, Balqis berasa lega. Sekarang, syarikat ayahnya sudah selamat di bawah kepompong Zev Sulaiman. Dua bulan duduk deal elok-elok, akhirnya semua pihak berpuas hati. Walaupun rasa berat hati dan sedih kerana syarikat itu bukan lagi milik keluarganya, namun beban yang dipikul dirasakan ringan sedikit.
“Thanks Zev. You apparently saved my family from hitting zero.”
Balqis berkata. Zev memandangnya tajam, dan pandangan itu penuh makna.
“Allah bukakan pintu hati saya untuk dengar nasihat ayah saya. Your dad was his friend, I just wanted to help.”
Zev berkata. Duduknya dibetulkan. Sebenarnya, dia sudah berjumpa dengan ayah Balqis. Kebenaran, seluruh keluarga Zev membawa rombongan ke rumah Balqis. Akan tapi, Balqis je yang tidak tahu tentang perihal tersebut. Zev mohon untuk dirahsiakan.
“Satu lagi, Cik Putri Nur Balqis...saya ada satu lagi syarat, sebenarnya.”
Zev mengatur katanya dengan teliti. Balqis mengerutkan mukanya. Dia membelek kertas di tangan, semua dia dah tahu tentang syarat penyerahan, apa lagi?
“Tak usah dicari dalam tu, saya tak masukkan. Balqis, saya hamba yang lemah ni, nak mohon sesuatu dari awak. Saya nak awak di sisi saya sentiasa. Kalau saya bernama Adam, saya mohon awak jadi Hawa saya. Tapi saya punya nama Sulaiman, kenapa saya nak cari Hawa sedangkan Balqis sudah di depan mata? Putri Nur Balqis, sudi awak terima Sulaiman ni sebagai suami?“
Zev sudah memandang Balqis dengan muka mengharap. Balqis ternganga. Bior betik makhluk depan dia ni. Kenal pun gitu-gitu saja, tak pernah pergi date, tup-tup ajak nikah? Macam dalam filem je?
“Awak main-main ya? Zev? Sulaiman? Whateverlah.”
Zev menggeleng.
“Then? Awak nak kahwin dengan saya sebab awak cintakan saya?”
Zev masih menggeleng. See, cinta pun tidak then nak kahwin?
“Saya tak cintakan awak, tapi saya cintakan title saya sebagai imam awak bila kita sah nanti. You made me realise the other day that saya ni masih ada perasaan.”
Zev terus terang. Buat apa nak belit-belit, memang dia bukan head over heels pun cintakan Balqis ni, tapi dia suka bersama dengan Balqis. Sanggup je dia kalau nak ditumpahkan kopi panas lagi, asalkan Balqis ada nak tolong jadi tukang lap.
Balqis sudah ternganga. Zev Sulaiman memang seorang yang unexpected tingkah lakunya. Hari ni jumpa boleh marah-marah, lain kali jumpa boleh buat gelak-gelak. Dan Zev di depan dia ni, memang tengah ikhlas gila, nak terima ke tidak?
“Tanya ayah saya.”
Balqis berkata spontan. Zev senyum lebar.
“Saya dah tanya awal-awal. Hanya nak tunggu greenlight awak saja.”
Itu dia. Balqis memandang Zev geram. Bekas pilot ni, memang perangai dia tak boleh orang lain nak baca betul.
“Setuju?”
Zev bertanya kesekian kalinya.
“Kalau saya tolak, ada yang menonggeng pula nanti.”
Balqis berseloroh. Zev gelak bahagia. Kalaulah dia jumpa Balqis dulu, tak adanya dia kena chop heartless. Sikap ex-wife dia dulu yang membuatkan dia tak mudah nak percayakan wanita lain. Tetapi dengan Balqis, Balqis memang untuk Sulaiman apa.
Share this novel