BAB 5

Romance Completed 6561

Buntu. Benar-benar buntu. Mata dia tak boleh nak pejam dari tadi. Wallet dikeluarkan, gambar wajah comel itu ditatap sayang. Diusapnya wajah di atas kertas itu. Terngiang-ngiang lagi suara anak gadis yang sudah pergi meninggalkannya lima tahun dahulu. Kia...

“Papa, nanti belikan coklat banyak-banyak! Kia nak yang ada almond punya. Papa selalu lupa pasal almond tu.”

Zev yang sedang mengikat tali lehernya itu memandang ke arah Kia yang sibuk duduk di atas katilnya. Siap meloncat lagi.

“Okay sayang, papa belikan.”

Zev mengemaskan ikatan tali lehernya. Pukul 10 pagi kena fly ke Amsterdam. Kia pula menjerit kegirangan. Makin galak dia melompat di atas katil itu.

“Kia! I am trying to sleep. Stop jumping like a monkey!”

Dengus Jane, aka mama Kia ni. Kia buat tak tahu saja, memang mama dia ni selalu marah-marah. Kia nak have fun dengan papa dia pun tak boleh.

“Alah mama ni, asyik tidur je kerja. Papa tak ada asyik keluar. Papa je sayang Kia, mama tak sayang Kia. Kalau uncle Raymond datang, mama selalu je kunci Kia dalam bilik. Lepastu ugut Kia jangan bagi tahu papa.”

Selamba Kia mengadu. Zev yang tadinya hanya khusyuk mendengar sudah memandang tajam ke arah Kia dan isterinya. Dia terpana, apa yang Kia cakapkan itu? Raymond tu bukankah boss si Jane itu. Apa yang dia buat dekat rumah Zev?

“Raymond? Your boss? Jane, are you hiding something from me?”

Zev bertanya, lembut. Depan anak, tak boleh nak tinggikan suara. Jane sudah bangkit dari baringnya. Dia menjeling Kia tajam. Tak guna punya budak kecil, asyik mengadu je kerja. Potong betul.

“Ala, Kia tu exaggerate la sayang. Raymond datang sini sebab nak discuss hal kerja. I put Kia in her room sebab tak mahu diganggu. Trust me, okay?”

Lalu dia bangkit dan mengucup Zev manja. Zev terpedaya dengan godaan si isteri. Kia pula dah buat muka, namun Zev butakan saja mata dia. Budak-budak kekadang imaginasi tinggi sangat.

“Kerja pun kena kiss Uncle Raymond ke mama?” Kia masih lagi ingin mempertahankan dirinya. Zev sudah memandang serius anak dia. Banyak sangat tengok drama si Kia ni.

“Kia, stop telling nonsense about your mama. Okay sayang, papa gerak dulu.” Dia mengucup pipi si anak, dan juga si isteri. Namun, dia belum tahu apa yang Kia cakapkan itu rupanya kebenaran. Jane curang,dan kecurangan itu telah meragut nyawa anak tersayang.

Alangkah terkejutnya Zev apabila dia tiba sehari awal dari yang dia cakapkan pada Jane dan Kia. Dia ingin memberikan surprise buat kedua-dua insan tercinta. Dia sudah hairan apabila melihat kereta yang tidak dicam di dalam porch-nya. Dia masuk ke dalam rumah, dan memanggil nama Kia serta Jane.

Tiada respon. Dia sudah naik hairan. Seingatnya kereta Jane ada dekat luar tadi. Dia berlalu ke biliknya. Memang ingin tersembul keluar biji matanya melihat aksi di hadapannya ketika itu. Jane, lena di atas katil, di dalam pelukan Raymond. Dan dia tahu di bawah cadar itu memang tiada seurat benangpun pada badan isterinya.

“Jane!”

Dia sudah berang. Memang bergegar seisi rumah itu. Terbukti dia ni dayus sebab tak perasan isteri sendiri tengah curang. Sayangkan sangat si Jane sehinggakan kena pijak kepala pun dia biarkan. So stupid of him.

Jane pula yang terdengar jeritan itu cepat-cepat bangkit. Ditarik cadar untuk menutupi aibnya. Raymond di sebelah dikejutkan. Kantoi.

“Zev...sayang. I...I...”

Zev sudah berlalu ke dalam biliknya dan menarik kasar Raymond. Sebuah tumbukan dilepaskan ke muka tak malu jantan itu. Setelah itu perhatiannya dialihkan kepada Jane.

“Kau perempuan sundal!”

Sebiji tamparan hinggap pada pipi Jane.

“Dude, be a gentleman ya. Jangan pukul perempuan.”

Raymond bersuara perlahan, sambil tahan sakit. Zev mencerlungkan matanya ke arah jantan tak guna tu.

“ Get out of my house! Keluar sebelum aku pecahkan muka kau.”

Zev memberi warning kepada Raymond. Cepat-cepat Raymond mengutip pakaian dia dan berlalu. Zev memandang Jane kecil besar. Jane sudah pucat mukanya. Terkantoi oleh suami sendiri.

“Kia mana?”

Zev bertanya. Suaranya sudah serak. Rasa macam nak menangis pun ada.

“Zev...I can explain. Sayang, please listen.”

Jane melembutkan suaranya sambil mendekati Zev. Soalan Zev tidak dijawabnya.

“Kia mana!?”

Zev menengking kuat. Jane tersentak. Setitis air mata mengalir, tak pernah Zev marah dia.

“Swimming pool.”

Zev memang rasa nak tampar lagi je muka Jane itu. Kia berenang sorang-sorang?

“Huh. Kia swimming and you were sexing another man! You sucks as a mother! You failed as a wife!”

Kata Zev sambil mengorak langkah ke swimming pool. Namun, langkahnya terhalang dek Jane yang memegang tangannya.

“Zev, please bagi I explain dulu. I tak sedar...”

“Kau tak sedar? Kau tak sedar apa? Kau tak sedar yang Raymond tu aku ke? To hell with you and you lies lah! I will not tolerate infidels!”

“Zev, you tak faham. I selalu sunyi masa you tak ada.”

Jane bersuara seolah-olah apa yang dia buat itu benar. Zev menggelengkan kepalanya.

“Kau dah buat zina dalam rumah aku, and kau nak aku tolerate engkau? Are you fucking kidding me? You are no more my sayang, kau pergilah dengan bohjan engkau tu. Aku boleh hidup dengan anak aku. Aku ceraikan engkau Jesnita Abdullah dengan talak tiga. Happy?”

Zev berkata senada. Jane sudah menangis teresak di hadapannya. Namun, apa yang Jane buat padanya lagi sakit. Cinta yang diberi, apa yang dia dapat? Kecurangan?

Zev berlari ke kolam renang yang ada di belakang rumahnya itu. Apa yang dia lihat nyaris meragut nyawanya sekali lagi. Kia, Kia sudah terapung dipermukaan air di bahagian kolam yang berukuran 12 kaki, dengan wajah membiru.

“Ya Allah! Kia!”

Zev terjun ke dalam kolam untuk mendapatkan anaknya itu. CPR dilakukan, namun tidak berhasil. Kia sudah lama pergi meninggalkan dia.

“Kia...oh Kia. Papa minta maaf sayang.”

Namun sia-sia. Dia kehilangan isterinya, anaknya dan serentak dengan itu, kehilangan hatinya. Buat apa ada kasih sayang, kalau akhirnya dirinya yang akan terluka?

Zev kembali ke alam nyata. Wajahnya diraup kasar. Sedar tak sedar sudah subuh. Wudhu’ diambil dah seorang hamba sujud bagi mengingati kebesaran yang Maha Mengetahui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience