Dah selamat landing, dah selesai urusan check-in. Biliknya dikongsi dengan seorang lagi stewardess, naib baik bukan si Aziera itu. Yang ni dapat Sharifah. Sharifah tu senior daripada dia, tapi dia okay je. Tak adalah nak buli dia macam si Azi tu.
Masuk bilik, Balqis cepat-cepat letak beg dia atas katil. Sharifah sudah mengambil port dia, dan sekarang dia tengah guna bilik mandi. Balqis menanggalkan kebayanya dan menyarungkan bathrobe yang disediakan. Dia bersila di atas katil lalu memeriksa kesan lecur tadi.
Tak adalah teruk sangat, merah sahaja. Nasib baik. Shower kit yang dibawa dibuka dan dia mencapai minyak gamat yang sentiasa dibawa bersama. Bagus tau minyak gamat. Dia sapukan pada tempat melecur tadi. Kebetulan Sharifah juga sudah selesai mandi.
“Kenapa tu?”
Balqis senyum dengan pertanyaan Sharifah itu. Dia rasa satu cabin itu sudah tahu insiden dia dengan Captain tadi. Azi tu mulut tempayan, pantang ada cerita panas, ada je dia nak hebahkan.
“Alah, sikit saja. Kena masa kopi tumpah tadi.”
Sharifah mendekati Balqis. Dia membelek betis Balqis. Menggelupas kulit tu dia cakap biasa?
“Akak kesian juga dekat kamu, tak pepasal kena marah. Si Azi tu pun suka sangat perkenakan orang. Sabar je la ya Balqis.”
Sharifah berkata prihatin. Dulu masa jadi junior pun dia ada juga kena buli macam Balqis tu, tapi tak adalah sampai tercedera. Azi ni pun satu. Haih, bila nak berubah perempuan tu.
“Tak ada hal lah akak, Balqis ni pun bukannya nak forever dengan MAS, lambat laun kena join company ayah Balqis juga, I just delayed it. Balqis nak travel dulu.”
Dan dari situ, mulalah saat bonding Balqis dengan Sharifah. Setelah beberapa ketika, Balqis mengambil keputusan untuk mandi. Sharifah pun dah terlena. Jet lag, perkara yang normal bagi masa penerbangan yang panjang.
Baru sahaja keluar dari bilik air, pintu biliknya diketuk. Baru nak pakai baju. Balqis cepat-cepat menyarungkan kaftannya lalu membuka pintu.
Sungguh dia tak sangka apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Ternganga dia seketika.
“Buka pun pintu. Ingat nak kena robohkan tadi.”
Zev berkata spontan. Balqis di hadapannya dipandang. Pakai kaftan pun masih tampak cantik, muka free from make-up pun masih berseri. Rambut dia, fuh, itu perihal yang membuatkan Captain Zev Sulaiman ini nyaris tak berkelip. Rambut Balqis basah, baru lepas mandi. Haruman dia pakai pun menggetarkan jiwa lelaki dia ni. Dah lama tak ada wanita dalam hidup dia, dah lima tahun dia bercerai, so faham-fahamlah. Nafsu.
“Ehem. May I come in?”
Zev bertanya. Dia berdehem sebab nak cover yang fikiran dia tadi berlari liar. Balqis pula menarik muka pelik dia. Nak masuk bilik anak dara? Senteng ke akal mamat ni?
“Tak eloklah. Captain nak apa datang cari saya ni?”
Balqis berterus terang. Biarlah dekat negara orang pun, tak elok masih tak elok.
“Room-mate awak ada kan. Saya masuk sekejap je. I have a few things to be settled with you.”
Share this novel