BAB 6

Romance Completed 6561

Sudah seminggu mereka berada di London, dan hari ini adalah hari terakhir. Balqis mengemas barang-barangnya dan kembali memakai uniformnya. Uniform si Zev itu sudah awal-awal lagi dia suruh Sharifah tolong bagi. Takut kena sound lagi bila menghadap muka Zev. Inipun nak board plane, nak elak Zev tu memang impossible, at least impossible selagi tak jejak flight. Bila atas flight, tahulah dia nak menyorok celah mana.

Setelah tiba di airport, mereka berkumpul di bilik khas seketika. Zev dilihat Balqis sedang ralit dengan Ipad dia. Balqis turut melabuhkan punggung pada sofa yang tersedia, sudah tentu bukan di sebelah Zev. Dia duduk di sebelah Sharifah, over a week, mereka sudah menjadi rapat.

Balqis mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor telefon ayahnya. Setelah beberapa deringan, telefon diangkat.

“Hello, ayah?”

“Tak, abang ni.”

Balqis mengerutkan dahi. Kenapa pula abang dia yang angkat? Satu tanda tanya di situ.

“Abang, ayah mana?”

Balqis bertanya. Jantungnya berdegup kencang. Tiba-tiba sahaja.

“Ayah warded, dia complain sakit dada so abang terus admit dia semalam. Abang pun tengah on-call so sempat nak pantau dia.”

Abang Balqis memberitahu. Sejak kematian ibu, Balqis rapat dengan ayah serta abangnya itu. Merekalah tempat dia berlindung.

“Kenapa abang tak beritahu? Kenapa nak rahsiakan?”

Balqis meninggikan sedikit suaranya. Semua pilot dan flight crew sudah memandangnya. Zev juga turut memandangnya tajam. Terkuat pula suara. Balqis bingkas bangun dan menjauhi tempat berkumpul itu.

“It is just a mild case, adik sayang. Abang tak mahu you risau.”

Balqis mendengus. Kadang-kadang geram juga dia dengan perangai abang dia.

“Fine. Nanti Balqis land je Balqis pergi visit you both. Bye!”

Balqis mengakhiri panggilannya. Nafas ditarik, semoga tiada apa-apa yang teruk berlaku ke atas ayahnya.

Penerbangan kali ini berlalu dengan smooth. Dirinya sudah tidak dibuli, malah dia rasa tak sabar nak pergi jenguk ayahnya. Selepas sahaja touchdown, dia cepat-cepat selesaikan double-check di dalam pesawat tersebut. Tak ada passenger yang tertinggal barang.

Balqis mengambil barangannya dan ingin berlalu namun Sharifah memanggilnya.

“Balqis, akak jumpa ni dalam cockpit, you dah nak turun kan? Tolong serahkan dekat Zev, ini dia punya wallet, it is pretty important.”

Balqis nak tak nak ambil sahaja dompet itu. Haila, baru je nak rush ke hospital, terpaksa delay lagi. Sekarang, celah mana dia nak cari orang yang dia paling tak mahu jumpa itu?

Cepat-cepat dia melangkah keluar, dan mencari kelibat jejaka tinggi lampai itu. Ha, itupun dia, baru keluar dari gents.

“Captain! Yuhuu. Wait! Zev!”

Namun Zev masih berjalan. Tak menghiraukan panggilan dari Balqis.

“Sulaiman!”

Dia menjerit bagai orang terencat akal. Apa-apa jelah, lantak orang nak kata apa, dan lantak Zev nak kata apa. Hari ni adalah hari terakhir Zev berkhidmat di sini, so tak ada nak malu sangat.

“Yes?”

Zev berpaling. Balqis dilihatnya sedang mengambil nafas. Nasib baik dia berhenti dari jalan. Jalan pun laju macam ribut.

“ Your wallet.”

Balqis terus menyerahkan dompet milik Zev itu. Zev membuka dan membelek isi yang ada.

“Saya tak ambil apa-apa.”

Balqis terus berkata apabila Zev memandangnya tajam. Zev mengecilkan anak matanya. Tetiba je minah ni, terus tak jadi orang nak ucapkan thanks dekat dia.

Balqis membelek jam tangannya. Oh hell! Dah lewat ni, nanti habis visiting hours. Terus dia tinggalkan Zev terpinga-pinga di situ. Tugas dia nak kembalikan dompet, dan dia sudah buat yang itu. She should be free to go. Zev hanya tersenyum, lawak dia tengok sikap kalut Balqis itu.

Dia pun lupa nak minta maaf sebab marahkan Balqis itu hari, yelah, nak tinggalkan tempat ni, lebih baik dia minta maaf dengan semua orang. Takut ada yang berdendam, dia juga yang tak senang nanti. Dan Balqis, budak itu buat dia rasa macam nak senyum pun ada. Kalut semacam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience