Series
1177
"Ya" (cukup). Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu secara tiba-tiba, niscaya Allah akan menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda. - (Q.S Ali Imran: 125)
—
Dara menolong kawan baiknya, Hanieya Solehah, mengangkat setiap baju yang sudah dibungkus di dalam plastik yang mempunyai logo Nieyaqowiy sendiri.
Terdapat 400 lebih baju yang siap dibungkus, dan 287 baju yang dilipat kemas.
"Solehah mesti kacau Dara kerja kan?"
Tanya Hanieya Solehah sambil menyusun barang-barangnya ke dalam bonet kereta.
"Tak."
Padahal, di dalam grup Whatsapp tempat kerjanya sudah dipenuhi dengan mesej ke mana Dara sudah menghilang.
Dara tersenyum lebar.
"Dah pukul 8.30 malam. Ok lah. Tuhan kau bagi kau haid, sebab Dia tahu benda ni akan berlaku. Tengok. Tuhan susun cantik je."
Ya, Dara bukan seorang muslim malah, dia seorang gadis yang tiada pegangan agama.
"Terima kasih, Dara!"
Hanieya berjalan anak ayam ke arah Dara lalu memeluknya dengan erat.
"Eh-Eh dia ni! Eeeeee!"
"Cakap bye-bye dekat company ko."
Mata Hanieya meleret ke arah bangunan 2 tingkat yang kecil itu. Tingkat satu kedai makan, tingkat 2, tempat syarikatnya.
"Bye-bye Nieyaqowiy."
Dia tersenyum, lalu melambaikan tangan.
"Nasib company kau kecil! Senang nak kemas."
***
Imbas Kembali:
Fac:
A Man With Feelings
18 March 2015 at 18:06:
Saya rasa saya suka kat budak lelaki, walaupun im a boy myself.
But i will keep this into myself because of my religion.
Aafiyah Rose
Jadi diri awak sendiri..Jangan fikir pasal family. Its about you..Be yourself okay.
A Man With Feelings
Thanks. Mind to chat with me? I have no one...Seriously...please be my friend!
Aafiyah Rose
Sure (^^)~ Lets be friends!
***
Aafiyah Rose
Hai.
A Man With Feelings
Hai Aafiyah^^ Saya orang Malaysia jugak! Haha.
Aafiyah Rose
I know, bila awak sedar yang awak gay?
A Man With Feelings
Dah lama dah, sejak form 3.
A Man With Feelings
Awak? (^-^)
Aafiyah Rose
Saya straight lagi! But don't worry, i respect you are gay. Ahahahahaha.
A Man With Feelings
So your name is Aafiyah? Or should i call you BFF? (~_~)
Aafiyah Rose
Aafiyah should be good! But you can also call me your BFF!
A Man With Feelings
You can call me Dee!
Aafiyah Rose
Okay, Dee!
(Penggunaan ayat tidak formal kerana 2 watak ini sedang bersembang di aplikasi Fac.)
- Tamat Imbas Kembali -
12:32 AM
Han pulang ke rumah kumpulannya.
Pintu dibuka, dan dia terus berlari ke ruang tamu.
Dia menghempaskan badannya di atas sofa yang berwarna biru pekat.
Tangannya mengeluarkan telefon pintar dari poket belakang seluar.
Dia mendapat mesej bahawa latihan menari esok hari ditunda pada pukul 3 petang.
Han mengeluh, mengetahui kesemua ahli kumpulannya tiada di rumah kerana sibuk dengan lagu solo masing-masing.
Li Xuan Han:
Hide, date tomorrow?
Hide:
What time?
Li Xuan Han:
Probably, 10?
Hide:
Okay.
Li Xuan Han:
?
Han tersenyum lebar, lalu dirinya lelap tanpa sedar.
Hanieya melihat ke arah Dara yang sedang sibuk dengan kerepek Tweesties miliknya, sambil menonton drama Korea bertajuk '100 Days My Prince.'
"Ni dah masuk kali ke 100 awak tengok 100 Days My Prince, Dara. Masuklah tidur! Asyik complain ada dark circle eyes lah, tapi diri sendiri tidur lambat!"
Dara meletakkan jari telunjuknya ke bibir Hanieya.
"Shhhhhhh. Awak tak nampak ke my Prince Charming tengah bertutur kata di hadapan skrin televisyen?"
Dara menjeling, lalu menyumbatkan beberapa Tweesties ke dalam mulut Hanieya sendiri.
Hanieya berdiri dari duduk bersebelahan dengan Dara dan terus ke meja makan.
"Dara, Solehah dah takde kerja. Ummi Hanieya suruh pindah, jaga dia dekat hospital je!"
Terkeluar semua Tweesties dari mulut si Dara.
"Eh! Mana boleh! Kau kena duduk dengan aku! Kau kena teman aku! Kalau tak siapa lagi nak tolong aku cabut bulu ketiak? Aku dah lah tak shave, kena guna pengepit! Dah takde siapa nak tolong cabutkan!"
Hanieya menjeling.
"Serius lah Dara. Janganlah main-main!"
Dara tersengih.
"Kau ikut aku pergi tempat kerja aku esok."
Mata Hanieya Solehah terbeliak, dengan senyuman yang terukir di wajahnnya sendiri.
"Betul ke ni, Dara?"
Dara mengangguk seperti orang gila kerana Hanieya meletakkan kedua-dua tangannya di bahu Dara dengan kuat.
"Yaa! Esok eh!"
Dara tiba-tiba memberikan senyuman sinis, dan mula membisik ke telinga Hanieya Solehah.
"Tempat kerja Dara ni macam tempat cuci mata tau...Roar."
PAM!
Wajah Dara dilempang manja oleh si Hanieya.
Keesokan Harinya...
Dara memakai seluar palazzo berwarna hitam dan blouse pendek berwarna putih yang dimasukkan ke dalam seluar hitamnya.
Dia menyarung lanyard yang mempunyai kad masuk ke dalam EPN Records.
Hanieya masih buntu untuk memakai baju apa.
Dia sudah memakai blouse labuh berwarna unggu cair, skirt panjang dan tudung dua lapis bulat berwarna hitam.
Dia masih malu untuk keluar sebegitu rupa ke tempat kerja Dara.
Dara membuka pintu bilik Hanieya,
"Ehhh si anak dara yang comel ni nak pergi mana?"
Puji Dara.
"Ok ke ni, Dara? Solehah rasa macam tak-"
Tangannya ditarik, dan terus ke pintu keluar.
"Sekarang pukul 9.00 pagi, boleh lah makan McD!"
"Dara! Dah lambatlah! Patutnya awak masuk kerja pukul 8 pagi tadi!"
Hanieya menepuk dahinya sendiri.
"Saya ni art director. Awak rasa kalau saya masuk pukul 8, ada ke art yang saya perlu direct? Takde kan? Perut saya ni lagi penting."
Butang lif ditekan.
"Kita nak makan kat mana?"
Tanya Han, sambil tangannya di stereng kereta.
"McD je lah. You have dance practise after this, baik jangan lama sangat."
Jawab Hide.
Mereka berdua saling berpegangan tangan sepanjang perjalanan ke Mcdonalds, tangan Han diletakkan di atas peha kanan Hide.
"Spending my time with you shouldn't be a problem."
Kereta mereka berhenti,
"Are you sure about this, huh?"
Tanya Hide, mengetahui yang peminat Han akan ada di mana-mana dan hubungan mereka akan dibongkarkan pada bila-bila masa.
"Yeah."
Han memakai penutup mukanya yang berwarna hitam, topi berwarna putih dan terus memegang tangan Hide.
Mereka berdua terus berlari ke pintu masuk restoran tersebut.
***
"Asal penuh lak Mcd kali ni!" Marah Dara, yang sedang berbaris di kaunter untuk memesan 2 pankek.
Restoran itu dipenuhi dengan pelanggan.
Dara berdiri di dalam barisannya, melihat situasi sekeliling.
Dia risau akan Hanieya yang sedang duduk di tingkat 2 Mcdonalds, menunggu si Dara.
Semua orang memandang ke arah Hanieya.
Mungkin kerana,
Meja Hanieya dan Dara berada betul-betul di hadapan meja Han dan Hide!
"Hello, can i sit beside you?" Tanya seorang remaja perempuan kepada Hanieya.
"Sorry, tapi ada kawan saya yang nak duduk sini nanti." Jawab Hanieya, dengan senyuman yang manis.
Han dan Hide dari tadi hanya berdiam dan menikmati makan mereka.
"Saya bayar awak untuk saya duduk sini! Please!" Peminat kedua pula datang membisik ke telinga Hanieya.
Hanieya merasakan tekanan di dalam dirinya, kerana kesemua orang mula mendesak.
"Maaf sangat-sangat.,tapi ni kawan saya, dia tengah beli makanan dekat bawah!"
"Nak tangkap gambar saya,
tangkap gambar saya je,
takyah nak susahkan orang lain."
Share this novel