1 | Hari Yang Sukar

Romance Series 1177

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

- Ali 'Imran, Juzuk 4,
ayat 139

---

Di Bangunan EPN Records,

"Selamat Datang, dan terima kasih kerana sudi hadir ke temu bual bersama AE19, dengan album terbaru 'Truth.'

"Seramai 50 syarikat menghantar wartawan mereka untuk hadir menanyakan beberapa soalan kepada AE19. Dan kami mengharapkan jikalau tiada lagi halangan, kita boleh mulakan temu bual dengan memperkenalkan biodata AE19."

"Leader Group AE19, Zhao."
"Vocalist, Lay, Shuen, Xinjiang, Jun."
"Rapper line, Han and X9 (Nama sebenar Adam Aisy')."

"Main Visual! Han, Lay and Jun."

"Tanpa membuang masa, kita akan mulakan dengan soalan pertama dari HNG Entertainment."

***

Setengah jam kemudian,

Wartawan WorldVoice Record:
Hai, dan selamat pagi. Soalan saya akan ditujukan kepada ahli grup AE19 bernama..Han? Li Xuan Han?

Han:
Ya, saya.

Wartawan:
Pada hari Sabtu yang lalu, terdapat berita tentang pengakuan...Kamu di...Twitter? Di akaun Twitter milik EPN Records...Mengenai dengan diri kamu, arah minat kamu iaitu, lebih ke arah, lelaki?"

Han memandang ke arah pengurus AE19 di hujung meja, Zhao memberi 'green-light' untuk menjawab soalan tersebut.

Perasaan gementar mula melanda di dalam diri Han.

Han:
Ya, saya. Benar, a-arah minat saya memang ke arah lelaki.

Kesemua wartawan terus menekan papan kekunci mereka. Dewan itu penuh dengan bunyi butang papan kekunci yang ditekan.

Wartawan:
Adakah EPN Records...agak risau dengan pendapat peminat? Dengan cara mereka menerima dengan personaliti Han?

Zhao:
Tidak. Pengakuan Han, diterima baik oleh peminat-peminat kami, AEs. (Nama kumpulan peminat)

Tiba-tiba, wartawan dari NStar menanyakan soalan.

Wartawan: BAGAIMANA DENGAN PENERIMAAN PEMINAT MUSLIM?

Wartawan 2: YA, AE19 VIRAL DI AKAUN INSTAGRAM, DENGAN PERBALAHAN DI ANTARA PEMINAT MUSLIM. BOLEH TOLONG HURAIKAN?

Wartawan 3: ADAKAH BENAR TENTANG 'RUMOR' BAHAWA HAN SUDAH MEMPUNYAI TEMAN LELAKI? DAN TERDAPAT BEBERAPA GAMBAR YANG MENUNJUKKAN JUN DAN X9 SEDANG MEMANDU KERETA BERSAMA DENGAN HAN KE RUMAH YANG TIDAK DIKETAHUI-"

BAM!
Meja AE19 diketuk kuat oleh Han sendiri.

Darah berderas laju di dalam badan lelaki itu sendiri, perasaan marah tidak dapat disorokkan lagi.

"Kalau anda semua tak boleh terima diri saya yang sebenar, sila keluar dari dewan ini sekarang."

***

Hanieya Solehah sedang duduk di tempat menunggu keretapi.

Dia mula membuka telefon pintarnya dan menekan butang Mobile Data untuk membaca mesej dari aplikasi Whatsapp.

019-6786557
Cik Solehah, dah hampir 2 bulan cik masih tak bayar duit bilik syarikat cik.

Maaf ya, tapi saya dah bagitahu awal-awal yang kalau cik tak bayar kali ni, cik kena betul-betul keluar dari bilik syarikat cik. Rugi saya macam ni.

Hanieya Solehah buntu.

Dia mendirikan sebuah syarikat 2 tahun yang lalu untuk menjual baju-baju yang dijahit dari tangannya sendiri.

Masa mula-mula syarikatnya didirikan, hampir semua kawan rapatnya menjadi staf di situ.

Tapi, satu per satu pergi. Biasalah, lumrah hidup. Tiada siapa yang dapat menjangka apa akan terjadi.

Bilangan pelanggan makin menurun, difitnah 'design' bajunya meniru dari idea pemilik kedai yang lain, pengikut di sosial media makin mengurang.

Sekarang hanya tinggal dia, dan baju-bajunya yang tinggal di bilik syarikat tersebut.

Hanieya Solehah:
Baik, puan. Saya buat keputusan untuk keluar dari bilik syarikat, terima kasih & maaf sangat-sangat.

Dalam sekelip mata, dia membuat keputusan muktamad.

Tepat pada masanya, keretapi juga sudah tiba.

Hanieya menyimpan telefon pintarnya yang berjenama Huawei berwarna hitam di dalam ruang poket begnya.

"Hari yang berat lagi, Ya Allah."

***

Hanieya terpacak di hadapan pintu bilik syarikatnya.

Pemilik kedai itu, Puan Hasiah menghulurkan tangannya, untuk mengambil kunci bilik dari Hanieya.

"Saya betul-betul tak boleh nak tolong awak, Cik Solehah."

"Takpe, Puan Hasiah. Saya faham. Memang salah saya."

Hanieya Solehah melihat ke dalam bilik tersebut, terkilan. Hatinya terus tersentak.

Dari umur 18 tahun, dia berusaha mahu dirikan syarikatnya sendiri.

Akan tetapi, Tuhan tahu yang lebih baik buat Hanieya.

Mungkin menjadi seorang usahawan bukannya pekerjaan yang sesuai buat dirinya.

Hanieya menoleh ke belakang, matanya menangkap Puan Hasiah yang sedang menyandarkan badan di tepi pagar bilik,

"Saya bagi awak sampai pukul 9 malam."

Dahi Hanieya berkerut, perasaan terkejut terpapar di seluruh wajahnya.

Dia tiada kereta, takkanlah dia mahu membawa kesemua baju-baju yang dia ada dengan cara berjalan kaki ke rumah?

Dia perlukan pertolongan.

Sebelum tangannya sempat mengambil telefon pintar milik dirinya, air mata sudah menitis di pipi.

Tiada siapa faham keletihan dia mendirikan Syarikat NieyaQowiy, tanpa pertolongan sesiapa.

Hanya Tuhan yang tahu.

Tangannya menggeletar, memegang telefon pintar dan menekan butang dial untuk menghubungi satu-satunya sahabat yang dia tinggal,

Dara.

Dengan suara tangisan milik gadis yang berumur 21 tahun itu, dia menunggu Dara untuk mengangkat panggilannya.

"D-Dara?"
"Hello? Dara?"

"Solehah? Asal ko call aku tengah-tengah aku bekerja ni?"

"Ko tahukan aku nak kena arrange dan selesaikan kes mamat gay ni lagi, nak makan McD lagi pasni, nak kena bebel dekat seller yang jual ChocoJar tak sampai sampai masa aku order time 11.11 tu,"

Dara berhenti membebel sejenak sahaja dia mendengar bunyi tangisan milik kawannya.

"Solehah? Kenapa ni? Wei?"

Hanieya Solehah terdiam, dia mengelap air matanya, dan cuba menenangkan diri daripada tersedu.

"Hanieya..kau sabar eh? Tarik nafas..Ambil lah sejam, aku tunggu sampai ko cerita. Bab kerja aku ni...Halah-halah esok lusa je lah.."

"Dara..Solehah dah takde kerja, Dara."

"Semua pelanggan dah tak ada, bilik dah kena tarik, sekarang ni Solehah kena keluar dari bilik ni sebelum pukul 9 malam."

"Solehah mana ada kereta dah, semua benda dah kena tarik..."

Panggilan itu tamat sejenak sahaja Hanieya selesai meluahkan perasaan.

"Woi, bapok-bapok sekalian, aku nak keluar, kau selesaikanlah hal si AE19 ni sorang-sorang."

"Korang ada kaki, mata, telinga, tangan, perut. Dah aku nak keluar."

Ternganga semua staf EPN Records.

"T-Tapi Dara! Marketing sales untuk album kumpulan HYETH dah menurun!"

Dara berhenti dari berjalan ke pintu keluar.

"Ha? Marketing sales diorang menurun? Engko tengok muka aku ada jerawat menurun tak? Mana lagi penting? Jerawat aku or marketing sales?"

Semua terdiam.

Mereka semua memang dilahirkan untuk takut dengan si Dara.

"J-Jerawat C-Cik D-Dara l-lagi penting.." Staf tersebut menjawab.

"Habistu? Urgh! Lembab!"

"Suruhlah team members HYETH buat live untuk promote album diorang! Lembab betul lah! Patutlah gaji ko turun!"

"Terima kasih, Cik Dara sebab bagi idea!"

Dara menjeling dan terus menolak pintu keluar. Dia berlari ke arah keretanya, Toyota RAV4 berwarna merah.

Sementara di bilik latihan menari milik AE19..

"Han, seriously? Gila ke weii!" X9 atau nama sebenarnya, Adam Aisy' tergelak.

"Biasalah, wartawan suka bagi tekanan kat kepala otak aku yang cantik ni.." Jun mengusap dahinya sendiri.

Zhao sibuk dengan telefon pintarnya.

"Takyah risau, ramai peminat sokong Han, aku dah baca kat komen seksyen Nstar punya Instagram post."

Lay mengusap belakang Han.

"Han kan pandai memikat hati-hati para wanita!"

Han hanya tersenyum, menyembunyikan wajahnya yang sudah berwarna merah.

"You need to remember this, Han. Kau gay, ataupun tidak, our fans will still love you, because they are dumb enough to fell in love."

——

Assalamualaikum! Hai there. Novel Arah Mana Syurga is basically from , just wanna support this Malaysia based reading app. Hope you guys enjoyed this chapt. Seeu guys in the next chapt. In Shaa Allah.

Or you can read it thru . Hahah. Assalamualaikum.

Hai, Assamualaikum.
Saya mengharapkan supaya bab pertama ini dapat menimbulkan perasaan teruja dalam diri p

Do read on . Dah ada beberap cha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience