3 | Hari Pertama

Romance Series 1177

"Kalau nak tangkap gambar saya, tangkap gambar saya je. Takyah nak susahkan orang lain."

Kata Li Xuan Han, tanpa melihat ke arah meja Hanieya Solehah.

Dara berlari ke arah Hanieya, dia menolak kesemua peminat Han dan terus duduk bersebelahan dengan kawan baiknya itu.

Dara terus memasukkan beberapa french-fries ke dalam mulutnya, tanpa berkata apa-apa sebagai tanda yang dia sedang betul-betul marah.

"D-Dara, Dara tahu tak.."

Dara menoleh ke arah Hanieya,

"Makan. Engko jangan cakap apa-apa."

Hanieya mengangguk, tetapi kesemua peminat Han masih menggila dan asyik menghala telefon mereka ke arah meja Han.

Wajah Dara kian berwarna merah.

Dari putih melepak, dalam sekelip mata menjadi Angry-Bird berwarna merah.

Dia tahu bahawa penyanyi yang membuatkan restoran itu penuh dengan manusia, ialah Han, dari EPN Records.

"Lembab ke budak gay tu. Guna je lah drivethru, menyusahkan company dia je kerja..."

Bisik Dara.

Hanieya menghabiskan pankeknya dengan laju, Dara juga sama.

Mereka berdua terus beredar dari restoran itu tanpa bersembang, pagi itu amat kecoh membuatkan Dara tidak selesa langsung padahal dia hanya mahu meluangkan harinya dengan Hanieya.

BEET!

Kad Dara diimbas.

Mata Hanieya bertambah saiz selepas melihat bangunan milik EPN Records yang besar sebanyak 9 tingkat.

Dara terus masuk ke dalam lif, tidak menghiraukan staf yang mengucapkan 'selamat pagi' di kaunter masuk.

Butang '2' ditekan, Dara membawa Hanieya ke bilik staf, bilik yang penuh dengan bunyi papan kekunci, skrin, papan cadangan.

Hanieya hanya mengikuti sahabatnya dari belakang seperti anak itik yang sudah hilang ibunya.

Dara melabuhkan punggungnya di kerusi berwarna merah. Hanieya mengeruk muka..

"Solehah nak duduk mana?" Tanya Hanieya, yang kelihatan buntu. Dara ternganga,

"Oh. Ha-ah la. Lupa nak bagitahu boss yang aku bawak masuk kau, sat."

Dara berdiri semula dan terus menarik tangan Hanieya.

Apakah?

Seperti Dara pula CEO syarikat itu, bawa keluar masuk orang.

Mereka berdua masuk ke dalam lif, dan menekan butang '8'.

Dara berlari, meninggalkan Hanieya ke belakang.

Hanieya terbeliak. Apakah?
Dara menoleh ke belakang.

"Ah lupa, aku bawak kau sekali! Sini sini!"

Semua staf yang ada di tingkat itu sudah biasa dengan kedatangan si Dara.

Budak paling kuat bercakap dan 'pekerja kesayangan' CEO EPN Records.

Mengapa?

Pintu bilik CEO yang berumur 27 tahun itu dibuka,

Muda kan?

Lebih muda dari beberapa penyanyi EPN Records!

Dara tersenyum melihat kelibat lelaki yang sibuk menonton muzik video rasmi terbaru milik kumpulan HYETH untuk memastikan kualiti muzik video tersebut..

"Eh Daraaa! Whatssup?"

Dara memberikan senyuman sinis ke arah kawan baiknya lalu berjalan dengan lenggang-lenggok. Bunyi kasut tumit tingginya didengari jelas.

Kenapa ya Dara Luke ialah pekerja kesayangan CEO EPN Records bernama Dylan?

Kerana,

Dara ialah cinta pertama CEO itu di sekolah menengah!

Dia tidak pernah meluahkan perasaannya, sebab dia tua beberapa tahun dari Dara.

Akan tetapi, Dara sudah lama tahu kerana salah satu seniornya ialah tentera bawang.

Maka, Dara dilayan seperti isterinya sendiri oleh CEO yang muda ini.

"Dylan!" Dara tersenyum, dia memberi serangan yang dia ada.

'Serangan Senyuman Gigi.'

Gigi Dara amat comel, jadi, dia akan menggunakan teknik itu khas untuk Dylan.

Dylan terus menekan butang shut down telefon pintarnya lalu fokus ke arah Dara.

"Yes?" Dylan tersenyum, dia menumpang dagunya.

"Dylan, i have a friend that really needs a job right now."

Dylan mengangguk manja, asyik tersenyum seperti orang gila.

"Soooo..."

"Can you take her?"

"Pleaseeeee!"

Dylan masih mengangguk.

"Okay. For you, semua boleh. Nak runtuhkan tandas pun boleh! Nak jadi CEO yang kedua pun boleh!"

Dara Luke tersenyum, pipinya merah kalah dengan buah epal.

"But! Saya nak tengok dulu kawan awak tu. Meh, meh."

Dylan menolak kerusinya kebelakang, dan bangun dari tempat duduknya.

Tangannya dilipat.

Dara menarik nafas dalam, reaksi wajahnya bertukar dalam sekelip mata.

Hanieya Solehah berjalan perlahan-lahan ke arah Dylan dan Dara.

Dylan ternganga.

"Dara..we need to talk."

Dylan memegang tangan Dara, dan menariknya ke sudut bilik, jauh dari Hanieya Solehah.

"D-Dara y-you know the company's policy, right?"

Tanya Dylan dengan nada serius.

"I do."

Jawab Dara, dengan riak wajahnya yang sudah bertukar.

"So.?"

Dylan mengangkat kening.

"You told me you can let me wreck the whole company's toilet rooms, or i can even be the company's second CEO, but you can't even give my friend a job just because she is a muslim?"

"I don't know about you, but for me that just sounds unfair."

Dara memberontak.
Dylan mengeluh.

"Excuse me. Ada je pekerja muslim dalam company but-"

"Tapi apa?"

"Most of the staff aren't religous. They don't pray, and only focus on work. That is what i want from my staff! Not those that take a pause and pray or whatever!"

Jawab Dylan.

Dara ternganga,

"How do you even know she is religious!"

(Religious=Alim)

"From the way she looks, Dara!"

Dara mendekatkan dirinya ke arah Dylan, dan mula menjengket supaya wajahnya betul-betul dekat dengan wajah si Dylan.

"If you are not going to give her a job,"

"You are going to lose me."

Kata-kata Dara membuatkan Dylan terkejut. Dara benar-benar sayangkan Hanieya Solehah.

"But, Dara. We can have a slowtalk-"

"Deal with it. Give her a job, or i am going to leave."

Dylan menggigit bibirnya.

"Fine! But if she wants to pray, zikir, you are going to deal with it! Everything!"

Dara tersenyum riang lalu terus memberikan Dylan pelukan yang amat erat.

"Thank you, thank you, thank you!"

Dylan terkejut ketika Dara memeluknya buat kali pertama, hatinya hampir meletup seperti gunung berapi di Indonesia.

Dara berlari ke arah Hanieya Solehah dan terus memeluk badan kecil milik gadis itu.

"You did it! You did it!" Kata Dara.

"Bukan, Dara. YOU did it. Saya tak bagi sijil pembelajaran, sijil apa pun. Awak sendiri yang bodek boss tu."

Dara melihat ke arah wajah Hanieya Solehah.

"Apa-apa je lah! Asalkan Solehah dapat kerja dengan Dara!"

Hanieya hanya mengangguk.

Dylan hanya melihat karenah mereka
berdua dari jauh.

Kesemua staf terkejut dengan kedatangan Hanieya Solehah, sehinggakan dia mendapat gelaran 'Budak Tudung Labuh' oleh TheOnionVengers.

"Hanieya kerja hmmmm jadi assistant Dara lah, Solehah duduk dekat tempat fail-fail tu, tolong susunkan fail-fail Dara je!"

Arah Dara, Hanieya hanya mengangguk.

Hanieya pergi ke almari fail tersebut dan mencari nama 'Dara', dia menyusun semua fail-fail sahabatnya mengikut abjad dengan kemas.

Beberapa staf sedar dengan apa yang Hanieya Solehah sedang lakukan, jadi mereka mula mengambil kesempatan.

"Sambil-sambil tu, boleh tak awak susunkan fail saya? Sebab Encik Dylan nak melawat bilik staf esok! Nama saya 'Rose' tau! Terima kasih!"

Hanieya tersenyum.

Sejenak sahaja dia selesai menyusun fail-fail milik Dara, dia terus menolong Rose dengan fail-fail kerja miliknya.

"Tolong saya punya sekali ya! Terima kasih!"

Hanieya Solehah berhenti menyusun fail-fail yang ada, kerana telah waktu masuk Zuhur.

Hanieya bangun dari duduk di atas lantai, dan terus berjalan ke arah tempat duduk Dara.

"D-Dara. Hanieya nak solat ada surau tak?"

Tanya Hanieya.

Dara berhenti dari menekan papan kekunci.

Dia mula memikirkan mana tempat yang sesuai buat Hanieya Solehah beribadah.

Nak kata bilik stor semuanya kotor.

Bilik yang bersih pula bakal digunakan untuk penyanyi-penyanyi yang baharu dan akan datang sebagai bilik tarian menari.

Tinggal satu sahaja lagi bilik.

Bilik kosong yang berada sama tingkat dengan bilik tarian menari milik kumpulan artis,
AE19.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience