Series
1177
Dara mengeluh, mengetahui bilik itu adalah satu-satunya bilik yang tinggal.
Tingkat 5 digelar sebagai 'The Death Floor' oleh staf-staf EPN Records.
Dylan sahaja yang selalu berkunjung ke sana.
AE19 terkenal dengan perangai jejaka pilihan ibu anda, tetapi garang seperti seorang guru matematik.
Malah, Dara yang sejenis perempuan ganas pun takut hendak menjejakkan kaki ke sana kecuali jikalau dia mempunyai perihal mustahak seperti mahu curi air Coway di tingkat 5.
Ya, air Coway ialah 'perihal' yang amat mustahak.
Tingkat 5 ialah hak milik AE19, artis pertama yang debut di bawah syarikat EPN Records.
Mereka itu amat berharga sehingga ayah Dylan, (CEO EPN Records yang pertama) sanggup membuat studio buat setiap ahli kumpulan di tingkat 5.
Dara bangun dari kerusi, dan berjalan ke arah staf yang bernama 'Cheng.'
"Woi Cheng."
Cheng terkejut, dalam masa sesaat, dahinya berpeluh, tangannya menggigil selepas mendengar suara Dara.
"Y-Ya, P-Puan Dara."
Jawab Cheng.
"Cheng! Cheng!"
Suara bisikan didengari oleh Cheng.
Cheng menoleh ke arah staf tersebut,
"Apa? Apaa?"
Tanya Cheng dalam keadaan berbisik.
"Kan aku dah ajar kauuu 'puan' tu untuk perempuan yang dah kahwinn!"
Bisik staf 1.
"Ohhh saya ingatkan Dara sudah kahwin...."
Bisik Cheng semula.
"Nak panggil dia apa?"
Bisik Cheng buat kali ketiga.
"Cik Dara! C-I-K D-A-R-A!'"
Staf 1 membuat bentuk mulut supaya Cheng faham.
"Haaa? Makcik?"
Pelat Cheng dalam berbahasa Melayu amat jelas.
Dara sudah naik darah.
Dara mendekati ke arah Cheng.
Cheng mengelap dahinya, kesemua staf menyorokkan wajah mereka menggunakan fail-fail yang mereka ada.
"Matilah ko Chengg.."
Bisik staf 1.
"Kamuuuu tidakkk amatttt membantuuuu sayaaa..."
Sempat lagi si Cheng berbisik dalam keadaan maut sedang memanggil.
"Cheng! AE19 ada ke kat tingkat 5 lagi?"
Tanya Dara sambil melipatkan tangannya.
"Erk. Rasanya tak ada. Baru-baru ini saya lihat mereka keluar dari bangunan, mahu pergi shooting untuk showcase 'A Day With AE19'."
Jelas Cheng dalam bahasa Melayu formal.
"Okay. Thank you, Cheng. And for your information, i am not married yet."
Dara membuat senyuman tidak ikhlas lalu berlari ke arah Hanieya Solehah yang tercegak di tepi meja Dara dari tadi.
"Dah jom, naik tingkat 5. Sambil-sambil tu aku nak bawak botol air, air Coway sana sedap.."
"Ada beza ke air Coway dengan air Cuckoo?"
Ting!
Tangan Dara dipegang erat oleh Hanieya.
Dara membawa sahabatnya ke bilik kosong tersebut.
Mereka melalui koridor masuk terlebih dahulu dan terdapat sebuah poster besar yang ditampal di dinding.
"Ni lah jejaka-jejaka yang membuatkan remaja ceroboh bangunan ni pada pukul 4 pagi. Naik melalak aku dibuatnya." Kata Dara sambil menunjuk ke arah poster kumpulan AE19 itu.
Hanieya hanya tergelak, mereka berdua teruskan berjalan sehingga Dara berhenti di hadapan bilik yang pintunya diperbuat daripada kayu.
Pintu itu dibuka, kosong.
Bersih.
Terdapat tingkap berbentuk segi empat yang agak besar di dalam.
Ternyata kosong.
"Bersihnya tempat ni, Dara.."
Dara mengangguk setuju.
"Kau dah angkat wudhu tadi kat tandas bawah kan? Sini ada tandas jugak, nanti aku tunjuk lepas solat."
Hanieya mengangguk dan terus bentangkan sejadah travelnya yang berwarna biru.
Dara duduk bersandar ke dinding dan menemani kawan baiknya.
Hanieya Solehah asyik tersenyum kerana bersyukur ada ruang solat khas untuknya.
Sepanjang hari itu, Dara menemani Hanieya menunaikan solat Asar dan Maghrib.
Dara memberitahu Hanieya yang dia terpaksa bekerja sehingga malam kerana dia perlu membentangkan idea seni untuk musik video terbaru milik seorang penyanyi.
"Kau balik je lah. Aku mesti lambat punya ni.."
Dara memujuk Hanieya untuk pulang.
"Takpela, Dara.."
Hanieya menggeleng, dia tetap dengan pilihannya untuk menemani Dara.
"Solehah nak pergi solat dulu. Dara.?"
Hanieya memandang ke arah Dara.
Dara terlalu sibuk dengan kerjanya.
Hanieya menarik nafas panjang,
Lantas, dia meninggalkan Dara.
Tanggapan Hanieya Solehah ialah AE19 masih tiada di tingkat 5.
Ting! Pintu lif terbuka.
Solehah berjalan perlahan-lahan ke arah bilik tersebut, tetapi langkahnya berhenti buat seketika selepas dia terdengar suara seseorang,
"One, two! One, two! Bam bam! Bam bam bam bam!"
Terdapat bunyi tapak kaki yang sedang menari dari sebuah bilik,
Hanieya menggeleng, dia terus berlari ke bilik solatnya dengan laju.
Sejadahnya dibentang, dan matanya sudah meleret ke arah lakaran berbentuk masjid di sejadahnya.
Tetapi,
Brak!
POSISI HAN
Han menaiki tangga dalam keadaan mabuk. Dia sudah menghabiskan satu botol wain berjenama 'Le' Branz' di rumah Hide.
Dia berjalan perlahan-perlahan, dia sepatutnya menghadirkan diri dalam latihan menari bersama dengan ahli kumpulannya pada pukul 9..
Han melihat ke arah jamnya,
Sudah pukul 10:12 minit malam.
Dia menjeling, dan menolak pintu masuk dari tangga ke tingkat 5 dengan perlahan-lahan lalu memonteng latihan menari pada hari itu tanpa rasa bersalah.
Han, dengan bau alkohol di badannya menuju ke bilik yang berpintu kayu,
Dia membuka pintu tersebut dan terus mengunci.
Han terus jatuh terduduk, dan sandarkan badannya di pintu bilik, tanpa menyedari terdapat seorang gadis di dalam bilik itu.
Mata Han terbeliak, kelibat wanita bertelekung putih sedang sujud di atas sejadah.
"Aku takde masa untuk benda ni. Jangan nak khayal, Han. Tidur sajalah!" Bisik Han di dalam hati.
"Assalamualaikum Warahmatullah, Assalamualaikum Warahmatullah."
Sejenak sahaja lelaki itu mendengar suara perempuan itu, dia pasti. Itu bukannya khayalan.
"Woi! Kau baca jampi apa dekat bilik aku nih!"
Jerit Han.
Hanieya menoleh kebelakang dengan matanya yang sudah bertambah saiz,
Jantungnya berdegup kencang mengetahui ada seorang lelaki berada di dalam bilik itu.
Dia menarik nafas panjang.
"S-Saya solat tadi."
Jawab Hanieya, tidak menoleh ke arah Han.
Han menjeling, dia masih tidak percaya ada perempuan di dalam bilik rahsianya.
"Sorry. Tapi ni kali terakhir saya guna bilik ni! Saya keluar dulu ya?"
Hanieya cepat-cepat membuka dan melipat telekungnya.
"Woi. Kau duduk situ diam-diam.
Jangan keluar sampai aku suruh kau keluar. Duduk."
Hanieya buntu. Dia mengangguk laju.
Wajah Han bertukar perlahan-lahan selepas melihat keadaan Hanieya yang berada di dalam ketakutan,
"Takyah nak takut. Aku tak ingin nak buat apa-apa."
Kata Han.
Hanieya melihat ke arah Han, dia mula buntu.
"Aku gay."
Hanieya menahan dirinya daripada bergelak sakan.
Pipinya mengambung kerana menahan diri daripada gelak.
"A-Aku serius la!"
Hanieya terkejut, dan tidak berhenti menganggukkan kepalanya.
Tiba-tiba, Han mula merenung wajah Hanieya buat seketika membuatkan Hanieya kurang selesa.
"But yeah, after seeing your face..
I think its fine to be a bisexual for a day."
Harini ni nak pendek-pendek je supaya hati korang poppop dulu..Jazakallah' khair for reading?? sila tekan butang bintang warna oyen, dan boleh komen?? it will make my day, In shaa Allah?? Have a blessed day, everyone
Share this novel