BAB 4

Romance Completed 5775

5 tahun selepas itu..

“Rin kamu balik tau esok, esok tengah hari kita nak buat kenduri tahlil untuk arwah ayah kamu itu,” kata Mak Gayah di dalam telefon apabila Aini duduk berjauhan dengannya kini, selepas Spm dengan keputusan yang membanggakan Mak Gayah, Aini mendapat tawaran ke luar negara dalam jurusan kedoktoran. Ipah, Jone dan Kak Nad juga mendapat keputusan yang cemerlang tetapi antara mereka berempat, Aini yang paling cemerlang. Sekarang Aini sedang mengambil ujian praktikal di bahagian pembedahan di HUKM.

“ok mak, nanti Rin balik.. jemput KAk Nad, Ipah dan Jone tak?” tanya Aini kepada Mak Gayah.

“mesti la WAHAI DR.SUHAINI” usik Mak Gayah.

Setelah beberapa minit bergayut.. Mak Gayah meletakkan telefon dan meneruskan perbincangannya tentang perkahwinan Aini dengan seseorang yang merisiknya dua tahun dahulu. Mak Gayah tersenyum bahagia..

“Rin, mak dah setuju dengan pertunangan kamu 2 hari lagi, kamu tak kisahkan?” tanya Mak GAyah..

“eh?? Asal cepat sangat mak??” agak terkejut dengan penjelasan maknya itu.

“hari itu, kamu tak kisah bila mak tanya mak nak cari calon suami untuk kamu, sekarang kata cepat sangat..aih..macam-macam la..tapi ingat!! Lagi 2 hari..jangan menggatal lari pulak,” panjang berjela MaK Gayah menasihati anaknya itu.

“tak la, Rin tak habis belajar lagi, mak dah suruh kahwin” ujar Aini..

“bukan macam tu, tak faham betul la” kata Mak Gayah menggaru-garu kepalanya yang beruban yang tidak terasa gatal itu.

“pastu?”

“bertunang tu bukan kahwin..pertunangan itu hanya mengikat kamu sebagai tunangan orang dan jangan sesekali kluar dengan lelaki lain dan nanti kamu jumpa dengan bakal suami kamu selepas tunang okey?” kata Mak Gayah memberi penjelasan panjang.

“oOOooOOOoOOOook” panjang bebenar O Aini.

“tapi mak, Rin tak kisah la, kalau tak tengok muka tak pe ke?” pertanyaan ibarat tiada perasaan.

“ntah la, tapi dah pihak lelaki yang minta macam tu..kenapa tak nak tengok muka dia?”

“emm..tak kisah la muka dia cam na mak, jumpa sebelum atau selepas tunang tu pun Rin tak nak tengok muka dia..malas nak pikir la mak oii…daripada tak kahwin, ada juga orang nak kahwin dengan Rin mak..” tutur Aini bagai tidak ada perasaan tentang perkahwinan.

“eh..nanti dia kata Rin tak sudi plak”

“tak la..bukan macam tu, Cuma sekarang Rin nak tumpu study sampai habis nanti la Rin tengok muka dia, dia pun tak kisah kan mak?” tanya AIni..

“tak tahu mak, tapi budaknya baik Rin..mak dah sembang ngan dia sebelum kamu balik sini dahulu, tapi, muka dia tu..nanti Rin sebagai doctor perbetulkan muka dia..eh??” gurau Mak Gayah..

“asal mak? Muka dia herot ke?”

“herot bebenor la” usik lagi..

“erkkk?? Ok je la..Rin malas nak bayangkan muka herot-herot nie..Rin setuju je”

‘aihh?? Cam tak kisah je tentang perkahwinan dan rupa paras ni?? Sawan ke x de perasaan anak aku ni?’ desis hati Mak Gayah hairan..

“uishh, Aini!!!” panggil Ipah sambil melambai-lambaikan tangan kepada Aini..

“Hey!!”

“weh, dr..sihat??” tanya Jone

“dr memang sentiasa sihat la..pesakit ni sakit ke??” kata Aini bergurau-gurau dengan rakan-rakan karibnya sejak sekolah menengah lagi.

“dah-dah, jemput-jemput makan” kata Aini lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience