BAB 1

Romance Completed 5775

Kala petang hari sahaja, maka akan kelihatanlah anak Mak Cik Gayah, si Aini suka benar bersiar-siar di tepi pantai bersama rakan-rakannya, iaitu Syarifah aka ipah, Jone nama sebenarnya Wan Jamilah, Kak Nad ataupun Nadia Aqilah, di gelar begitu bukannya apa, sebab dia lagi matured, sebagai “kakak” dia yang selalu ingatkan dorang tentang apa-apa sekalipun dan ada la beberapa orang lagi kaki busybody.

Geng anak dara ini ini boleh dianggap geng paling meletop di kawasan ini, kerana sering “lepak” dan buat study group, port dorang di bawah pokok rendang celah-celah batu, memang port aman damai sebabnya di situ jarang orang datang, so, sunyi sikit nak study.

Mereka ini juga dianggap geng-geng yang memang terkenal dengan geng yang cakap merepek merapu meraban. Bak kata orang, geng riuh sekampung tapi budi bahasa tetap class A. Yang class last tu bila perbualan di antara mereka bersama, yang itu memang tak kering idea di buatnya untuk mengutuk sesama sendiri.

Bila musim exam je, ada la dorang di sini, tak pun bila petang-petang, memang sah tepat jam 5 lebih-lebih dengar la riuh rendahnya. Main-main, rest, release tension, nak kata menarik di sini, menarik la juga kot, nama pun pantai, bila ada musim cuti, dorang akan buat kerja part time cari duit, contohnya buka gerai air or pape la.

Al-maklumlah dengan rupa boleh di kategori cun, banyak la pelanggan yang hadir terutamanya lelaki, tapi satu je prinsip dorang, cari duit, cari..jangan pepasal cari pakwe lak.. NO WAY!! SAY NO FOR PAKWE!!! Kira geng anti-couple maybe. Sape caye? Tapi mana mungkin kan?? Kan?? Tul x??

“weh, korang..ade plan pape tak tuk lepas exam ni?,” tanya Aini tetiba apabila suasana antara mereka sunyi sepi, dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa yang menyejukkan kawasan itu.. semua rakannya khusyuk menelaah pelajaran sudah hampir 2 jam, tak terkutik pun mulut dorang untuk sembang. Seraya dengan itu, Jone,Ipah, Kak Nad memandangnya.

“entah, ko?,” kata Ipah blur sambil memandang Jone. Untuk memastikan aktiviti yang perlu di buat.

“aku??”

Ipah hanya mengangguk. Kemudian Kak Nad mula menyampuk. Aini hanya diam untuk menantikan respon seterusnya. Ting tong ting tong..lambat tul korang pikir.

“aku rasa kita buat macam selalu la, buat pe tanya-tanya aku malas pikir pasal lain coz exam next week,” kata Jone berhati-hati. Memang tak nak ingat pasal lain la dorang ni, exam, exam, any aktiviti lepas exam. Adakah dorang budak skema?? Bayangkan..

“Ye la next week, adess..tetibe je ingat exam, aku dah macam ayam berak kapur study ni tahu,” ngomel Kak Nad sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

“A’a la, dah-dah, hehehe.. aku punya pasal la korang terganggu nak study, anyway SAY YES FOR EXAM!!!!!!!!,” sorak Aini kuat. Aini bangun dan melompat-lompat seperti orang merdeka pun ada. Sambil mendepakan tangannya pusing-pusing dan berlari-lari ke laut. Sementara itu sempat lagi, menarik tangan kawan-kawannya untuk berlari bersama. Dan, dorang jerit untuk buangkan apa yang tension itu.

“AAAAAAAA!!!!!!!!!”

“9 A’s!!!!!!!!”

“KAMI AKAN SKOR!!!!!!!!”

Aihh, itu la al kisah budak-budak mental. Terjerit-jerit.. Tanpa mereka sedar, ada mata yang sedang memerhatikan tingkah laku mereka. Dia hanya tersenyum melihat kegembiraan pelajar sekolah itu. Dia sudah masak dengan tingkah-laku mereka yang kekadang tidak di sangka-sangka, kekadang menangis, hepi, kekadang berpelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience