BAB 3

Romance Completed 5775

“Bagus la tu, anak dara balik maghrib-maghrib cam ni, ko bawak balik bape ekor kawan??,” leter Mak Gayah sambil memerli AIni..

“Ekor??..mana de mak..memandai je.. tak baik tul la mak cakap camtu,” rajuk Aini seketika.

“Dah tu, balik waktu cam ni, baik la?,” gertak Mak Gayah kepada anak tunggalnya itu.

“Erkkk…memang la tak baik mak, tapi tadi kalau tak accident mesti dah awal balik mak,” ujar Aini perlahan apabila kes accident yang diungkitnya..

“Apa???” jerit Mak Gayah..

“Hehehehe…gurau je la..mana de, orang terlambat sikit je, bincang pasal exam tadi, ala mak.. relax la,” kata Aini apabila mata Mak Gayah mula mencerlung ke arahnya dengan gaya ingin tahu kisah sebenar. Aini terus meluru masuk ke dalam biliknya.

“weh, korang nak tahu tak, petang semalam aku ter accident ngan sorang mamat tahu, nak kata hensem aku tak perasan la plak, tapi bila aku tengok muka dia, aku rasa dunia aku gelap gelita dan semua benda tak bergerak tahu,” cerita Aini panjang berjela apabila dia teringat akan kisah tentang itu.

“Apa?? ACCIDENT???” terkejut rakan-rakannya yang hampir terjerit. Kalut dibuatnya mereka apabila mendengar perkataan accident itu, dan menelitikan dimana luka Aini terkena.

“hey, apa nie?? reLax la aku tak de pape la..okey je ni” kata Aini kerana rimas dengan kelakuan Jone dan Ipah yang risau bebenar ini.

“jap-jap, tadi aku terdengar ko kata dunia ko gelap gelita kan??” tanya Kak Nad..

“A’a” Aini mengiakan dan mengangguk sejurus itu.

“ko giler ke apa ha??” jerit Ipah..

“tak lah, aku cakap apa yang aku rasa, korang rasa aku demam ke?” kata Aini selamba..

“Mang ko demam..demam jatuh cintun..hahaha,” seloroh Jone.

“weh2..biar betul?? Aku kan anti loving2 nie,” ujar Aini tetiba dan mula cuak dengan kata-kata Jone itu.

“eeiii, tak nak la..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience