BAB 5

Romance Completed 5775

Sambil berjalan perlahan-lahan di persisiran pantai, dahulu, dia selalu bermain dan melepak disini..sekarang tempat ini bagai berubah..tapi pemandangan tetap sama..angin bertiup perlahan, dan deruan ombak membuatkan Aini berasa tenang di tepi pantai itu, dengan kasut di tangannya. Tudungnya berterbangan ditiup angin. Dia berjalan-jalan bagai satu perasaan yang menariknya untuk kehadapan lagi dan..

“Adesss”

Kepala Aini bagai biul dibuatnya, manakan tidak kepalanya sudah terhantuk dengan dagu seseorang yang berjalan berhadapan dengan perjalanannya..

Aini mengosok-gosok kepalanya yang bagai ada satu benjolan dan mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang dilanggarnya itu, yang berseluar putih dan berbaju biru laut yang memakai pakaian berwarna hampir sama dengan blousenya itu.

Errkkk?? Satu perasaan yang dirasainya untuk kali kedua, apabila berlaku accident waktu pulang ke rumah masa dia di tingkatan 5.

‘”jap-jap, tadi aku terdengar ko kata dunia ko gelap gelita kan??” tanya Kak Nad..

“A’a” Aini mengiakan dan mengangguk sejurus itu.

“ko giler ke apa ha??” jerit Ipah..

“tak lah, aku cakap apa yang aku rasa, korang rasa aku demam ke?” kata Aini selamba..

“Mang ko demam..demam jatuh cintun..hahaha,” seloroh Jone.

Perbualan itu tergiang-giang di telinganya tetiba..

“CIk..emm..saya minta maaf, saya tak perasan cik di depan saya tadi” ujar lelaki yang dilanggarnya itu. AIni melihat pada kemeja lelaki itu, terdapat tag nama, Irfan Qusyairi..

“err…” percakapan Aini menjadi gagap tetiba dan..

Tangan lelaki itu tetiba menyinggah di benjolan kepalanya itu..

“sakit tak?” tanya laki itu lagi..

‘ehh?? Aku bukan muhrim kau la’ kata hati Aini..

“err…tak-tak..sikit je ni” kata Aini apabila suasana itu menjadi lain apabila lelaki itu cuba memengang dahinya itu..sambil mengalihkan pandangan ke lain dan cuba menjauhkan diri.. Aini cuba melafazkan something..

“saya rasa awk yang bersalah tentang hal ini dan saya rasa awak tak patut pegang saya yang bukan muhrim awak ni, boleh dikategorikan haram, excuse me” tutur Aini dingin tetiba..dan cepat-cepat berlalu pergi. Memang kalau pasal lelaki dia memang agak anti..

Lelaki tersebut tercegang seketika dan..

“cik..” panggil lelaki tersebut sambil mengambil kasut Aini yang melorot jatuh ke atas pasir semasa berlaku pelanggaran tadi.

“cik” panggilnya lagi apabila Aini berjalan begitu laju. Entah apa yang membuatkan

Aini takut sangat dengan lelaki itu. Mungkin di atas ketidaksengajaan lelaki itu memegang dahi Aini. Aini memaling ke arah lelaki itu semula..

“APa lagi niE?” marah Aini..

“tak..ni kasut awak..”

“owh..thanks” jawabnya selamba.

Malu bukan kepalang, selamat tidak menghamburkan kata-kata yang buatkan “markah” Malu Aini meningkat..

Lelaki itu hanya tersenyum melihat kedinginan dan ‘keayuaan’ Aini berbicara..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience