BAB 8

Romance Completed 3427

Pada pagi seterusnya, Izat datang berjumpa dengan Mak dan Ayah Ain di hospital secara diam-diam semasa Ain masih sibuk di dapur.

“Anak Pak Cik tu banyak kekurangan Izat.. Lebih-lebih lagi keluarga Pak Cik taka da nama malah orang yang sangat susah untuk dibandingkan dengan keluarga Izat.”

“Izat tak peduli semua tu Pak Cik. Izat ikhlas nak memperisterikan Ain. Izat janji Izat akan jaga anak Pak Cik lebih dari Izat jaga Izat sendiri.” Kata Izat bersungguh.

“Kamu dah bincang dengan Ain, Izat?” Tanya Puan Salma pula.

“Dah, tapi dia tak beri keputusan lagi Mak Cik. Izat tahu, mungkin tindakan Izat nak bernikah dengan Ain dalam masa terdekat ini tak sesuai dengan keadaan Pak Cik, tapi Cuma cara ini aje Izat boleh ringankan beban keluarga Mak Cik.”

“Izat, Pak Cik dengan Mak Cik tak perlukan bantuan Izat. InsyaAllah kami boleh selesaikan sendiri. Kami juga ada harga diri. Kami tak nak orang anggap kami jual anak kami untuk kesenangan kami sendiri Izat.”

“Tak, bukan macam tu Pak Cik. Secara jujurnya, saya memang sayangkan Ain dari dulu lagi Cuma saya belum cari masa yang sesuai nak luahkan cinta saya. Dan saya fikir inilah waktu paling sesuai untuk saya tunaikan hajat saya sebab Ain degil untuk menerima pertolongan saya kerana kami tiada apa-apa hubungan. Mungkin selepas saya bergelar suami dia, tiada batas untuk saya menolong keluarga Pak Cik. Saya menolong pun kerana saya ikhlas hendak menolong bukan hanya kerana saya ingin jadikan Ain isteri saja. Lagipun sayang jika Ain hendak menangguh pengajiannya untuk bekerja terlebih dahulu untuk membantu Pak Cik sekeluarga.”

“Ain hendak tangguh pengajian?” Tanya Puan Salma laju.

“Ya, Mak Cik. Dia lebih rela bekerja dari menerima pertolongan dari saya. Sebab itu saya minta tolong Pak Cik dan Mak Cik untuk memujuk Ain supaya bersetuju menerima saya.”

“Keluarga kamu dah tahu Izat?”

Izat tersenyum. “Keluarga saya lama dah berkenan dengan Ain.. Malah mereka berniat hendak merisik Ain sekiranya Ain dah tamat belajar. Tapi tak salahkan kalau saya mempercepatkan benda baik seperti ini?”

Puan Salmah dan Encik Samad tersenyum mendengar kata-kata Izat. Lega hati mereka melihat ada lelaki yang baik ingin memperisterikan anak sulung mereka yang banyak kekurangan itu.

“Pak Cik tak ada halangan kalau kamu dah suka. Nanti kami cuba beritahu Ain perkara ini.”

Izat tersenyum gembira. “Terima Kasih Pak Cik, Mak Cik!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience