BAB 5

Romance Completed 3427

Setibanya di rumah, Ain terus masuk ke dalam rumah dan bersalam dengan Puan Salmah yang hanya duduk di kerusi.

“Mak, Ain bawak kawan Ain.. Dia tolong hantarkan Ain.. Izat Marzuki.”

“Izat, ni Mak aku.” Ain memperkenalkan kedua-dua mereka.

“Maaflah Mak Cik, Izat datang tanpa dijemput. Izat Cuma temankan Ain aje.” Kata Izat selepas bersalam dengan wanita separuh umur dihadapannya.

“Takpe Izat, Mak Cik pun bimbang kalau Ain ni balik sorang. Terima kasih sebab sudi temankan..” Balas wanita tua yang kelihatan sembab matanya.

“Mak, macam mana keadaan Ayah? Ain nak jenguk Ayah..”

“Ayah dah kembali stabil. Ain jangan bimbang. Esok kita jenguk ayah sama-sama. Ain mesti penat kan?”

“Takpe Mak, Ain nak jenguk malam ni jugak. Ain tak penat pun.”

“Ain kena ingat, Ain bawak tetamu. Tengok Izat ni, penat mukanya. Pergilah bersihkan diri dulu. Mesti belum makan lagi kan?” Tanya Puan Salma.

“Eh, takpelah Mak Cik, Izat okay je kalau Ain nak jenguk Pak Cik kat hospital.”

“Bukan Mak Cik nak halang tapi sekarang ni dah lewat..”

“Takpelah Mak, kita pergi sesame esok. Erm.. Ain nak mandi dulu.. Kau Izat, ada bawak baju tak?” Tanya Ain.

Izat hanya menyengih. ‘Kau ni Ain, agak-agaklah nak tanya. Kau Nampak aku sempat nak simpan barang satu beg besar macam kau ke?’ Kata Izat dalam hati.

“Kenapa kau diam? Kau kutuk aku kan?” Tanya Ain serius.

“Ain kenapa cakap kat Izat macam tu. Mak tak ajar Ain cakap kasar macam tu. Ain tanyalah elok-elok. Izat, nanti Izat mandilah kat bilik sama dengan Syukri, adik Si Ain ni. Dia tak ada, masih kat kampus lagi. Esok balik. Mak Cik siapkan makanan. Nanti kita makan sama-sama.”

“Baiklah Mak Cik.. Terima kasih.” Puan Salma terus berlalu.

“Kau ada baju tak hahh Sengal?” Tanya Ain sambil memperlahankan suaranya dikhuatiri didengar Mak nya.

“Boleh pulak suara kau slow ya? Ni hahhh baru perempuan. Bukan dok jerit kat telinga aku aje kerja..” Bebel Izat.

“Kau jangan nak main-mainlah Izat!” Suara Ain kembali besar tanpa sedar.

“Kenapa tu Ain?” Tanya Puan Salma dari dapur. Izat hanya tergelak melihat muka Ain berubah.

“Hahaha.. berani lagi nak marah kat aku..” Kata Izat.

“Kau tinggal aje kat sini! Sakit hati aku layan lelaki sengal macam kau ni!”

“Wehh Ain, aku mana ada baju. Aku tak sempat beli lagi.”

“Tahupun jawab soalan aku yang dah basi tu!” Perli Ain. “Tu lah engkau, nak ikut tak fikir panjang. Sekarang menyusahkan aku. Kau pakai je baju adik aku, ada dalam almari dia. Jom aku hantar kau. Kau mandi cepat-cepat nanti turun bawah makan. Aku tak ketuk pintu kau.” Kata Ain lagi.

“Ya Cik Ain Nadirah…” Izat hanya menurut setelah mendengar Ain membebel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience