BAB 2

Romance Completed 3427

Ain yang duduk termenung diperhatikan oleh sahabatnya yang didepan..

“Engkau dah kenapa dari awal sampai habis duk termenung Ain?” Tanya Izat kepada gadis dihadapannya itu.

“Takde papelah, Zat. Kau macam tak kenal aku yang suka termenung ni..”

“Ya lah Ain Nadirah binti Abdul Samad!” Balas Izat.

“Amboi kau, siap hafal full name aku.. hahaha. Aku tahulah nama aku sedap..” Kata Ain yang angkat bakul sendiri.

“Kita kenal bukan sehari dua Ain, dah tentulah aku tahu nama kau.. takde maknanya aku nak hafal-hafal..” Nafi Izat Marzuki.

Disaat Ain dan Izat tengah berbual, Puan Salma di kampung menghubungi Ain..

“Assalamualaikum Mak.. Mak apa khabar?” Suara Ain seperti biasa, sentiasa ceria.

“Waalaikumusalam Ain..” Jawab Puan Salma di hujung talian dengan suara tersekat-sekat.

“Mak, mak kenapa? Mak menangis eh?” Tanya Ain tak sedap hati. Izat dihadapannya hanya mencuri dengar.

“Ain.. Mak dah tak tahu nak buat apa Ain dengan keadaan Ayah sekarang ni dan mana tempat kita nak tinggal lepas ni Ain..” Tangisan Puan Salma semakin kuat membuat Ain turut menitiskan air mata walaupun belum mengetahui hujung pangkal yang berlaku..

“Mak, kenapa ni? Ceritalah kat Ain Mak..”

“Tadi ayah dalam perjalanan nak masukkan duit ke dalam akaun Tuan Rumah dan bayaran bulanan kereta kita tapi malang tak berbau ayah kena ragut semasa melintas jalan sampaikan ayah Ain tenat kat hospital sekarang sebab kena seret dengan motor peragut masa Ayah masih pertahankan beg yang ada duit kita tu Ain..” Cerita Puan Salma dengan tangisan.

“Ya Allah. Ayah macam mana Mak? Mak kat mana sekarang?”

“Ayah masih dalam ICU.. Ain, kalau boleh tolonglah balik.. Mak tak kuat nak hadapi semua ni seorang diri..”

“Ain balik petang ni jugak Mak.. Mak jangan risau.. Mak tunggu Ain ya.. Mak kena kuat, Mak kena tabah.. Jangan putus untuk berdoa.InsyaAllah takde pape yang terjadi kat Ayah..” Pujuk Ain walaupun kini dia sendiri tak kuat.

“Ya Ain.. Ain balik hati-hati ya Ain.. Nak gerak nanti beritahu Mak ya Ain..”

“Baiklah Mak.. Hmm Mak, Ain nak balik rumah sewa Ain, nak kemas apa yang patut..Assalamualaikum..” Setelah salamnya disahut, Ain menutup panggilan.

“Ayah kau kenapa Ain?” Tanya Izat laju.

“Zat, ayah aku kena ragut and masuk ICU. Aku kena balik sekarang jugak Zat..”

“What? Teruk ke Ain?” Tanya Izat tanpa berfikir.

“Kan aku dah cakap ICU?” Jawab Ain. Fikirannya runsing.

“Okay-okay, sorry! so, kau nak baliklah ni? Naik bas ke?”

“Dah tu aku nak naik ape? Kau boleh tak tanya soalan yang logic sikit time ni Zat?” Tanya Ain balik.

“Aku suspen lah, sebab tu aku tanya soalan yang pelik-pelik doe. Jomlah aku hantar kau pegi rumah sewa kau ..” Pelawa Izat

“Eh, takpe ke Zat? Kau tak busy ke?” Tanya Ain.

“Its okay lah Ain. Kau kawan aku.. Kejap, aku pergi bayar semua ni dulu. Kau tunggu dalam kereta. Nah kunci. Hati-hati, Ain. ” Izat menghulurkan kunci keretanya sebelum pergi ke kaunter pembayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience