BAB 3

Romance Completed 3427

Semasa dalam kereta, air mata Ain tak dapat ditahan. Izat pula hanya mendiamkan diri untuk membiarkan sahabatnya itu tenang.

“Zat, maaflah, aku habiskan tisu kau..” Kata Ain sambil mengambil helaian tisu yang terakhir dalam kotak dihadapannya itu.

“Eh takpelah. Tapi kau janji, bila kau sampai sana nanti kau jangan menangis dah.. Kau kena bagi semangat kat Mak kau. Kau tak boleh Nampak lemah macam ni.. Lagipun aku takde nak sponsor tisu untuk kau.. Hahaha..” Gurau Izat untuk menceriakan suasana.

“Terima Kasih tau Izat.” Balas Ain ringkas.

Beberapa minit kemudian, setiba Ain dirumahnya, Izat hanya menunggu dalam kereta sementara Ain mengemas barang keperluannya.

‘Parah Ain ni aku tengok.. Dahlah Mak dan Ayah dia tu kelemahan dia. Boleh ke dia kawal perasaan dia kat sana nanti? Apa kata aku ikut? Bukan ada buat apa-apa pun. Papa pun kata nak bagi cuti dulu sebelum masuk kerja. Hmm. Ikut tak ikut tak ikut ttt…’ Disaat Izat tengah berfikir, Ain mengetuk pintu. ‘err ikut ja lah!’ Kata hati Izat sambil membuka kunci pintu.

“Sorry bagi kau tunggu lama.” Kata Ain setelah masuk.

“Banyaknya barang kau bawak?” Tanya Izat pulak.

“Aku tak tahu aku sampai bila kat sana, tak jadi masalah kan kalau aku bawak barang banyak? Lagipun cuti ada dua minggu lagi kan? And now apa masalah kau?” Tanya Ain serius.

“Kau ni, aku tanya je, bukan nak gaduh. Tak payahlah jawab tu garang sangat. Dah jom gerak..”

Ain malas melayan Izat yang terkenal dengan perangai sengalnya. Ain lebih memikirkan keadaan Ayahnya disana. Beberapa minit kemudian Ain pelik melihat Izat dah masuk ke highway.

“Eh kau nak kemana ni? Hantar aku ke bus station lah..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience