BAB 4

Romance Completed 8865

“Betul ke mama?”

Haziq bagaikan tidak percaya.

“Betul. Apalah gunanya mama menipu anak mama sendiri. Qaira tak kawen lagi.”

Terang puan Mazura untuk kali yang ke berapa, dia sendiri tidak mengiranya.

“Tapi kenapa Qaira tak beritahu perkara sebenar?”

Soal Haziq lagi. Dia betul-betul tidak puas hati.

“Ada tak Haziq tanya dia? Tanya…betul tak dia dah kawen?”

Haziq menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak. Tapi Haziq ada cakap sesuatu pada dia. Dan tak pasti…dia faham atau tak.”

Rambut tegaknya serabut di garu-garukannya.

“Haziq cakap apa?”

Terjongkit kening puan Mazura. Tidak sangka rasanya anak bujang sudah pandai berkata sesuatu kepada sang gadis.

“Pernahkah kau rasa apa yang aku rasakan…”

Senafas ayat di ucapkan Haziq. Matanya memandang puan Mazura yang sudah ternganga.

“Apakah itu?”

Blur. Puan Mazura pun pandai blur juga. Inikan pula si gadis yang naif.

Haziq makin menyerabutkan rambut tegaknya.

“Haziq rasa…memang ada ubanlah kat kepala ni…”

Mengalih rasa dengan lawak yang bersahaja.

Puan Mazura menepuk bahu Haziq. Kuat dan geram.

“Abang, cuba cakap apa-apa sikit kat anak bongsu abang ni…”

Puan Mazura memandang tuan Malik yang diam sahaja.

“Nak cakap apa? Abang pun tak faham apa yang dia cakap.”

Lepas tangan. Tuan Malik memang jarang campur tangan dengan masalah perasaan.

“Pernahkah kau rasa apa yang aku rasakan, Haziq? Rasa apa?”

Akhirnya puan Mazura terpaksa bertanya maksudnya.

Haziq tersengih.

“Pernah tak dia rasa kasih, sayang, rindu dan cinta kepada Haziq …seperti mana Haziq juga merasainya terhadap dia.”

Maksud di beritahu.

“Oooo…itu sebenarnya. Tapi kenapa tak cakap saja. Aku cintakan kau. I love you. Sarangheyo. Kan…senang.”

Puan Mazura menyebut perkataan itu dengan penuh perasaan.

Haziq terdiam. Kenapa tak cakap begitu? Persoalan itu berlegar di kotak kepalanya. Malu? Segan? Malu dan segan? Takut? Gementar? Takut dan gementar? Dia tiada jawapan untuk soalan itu sebenarnya.

“Tu dah ada pengumuman. Haziq jadi tak nak pergi Australia ni.”

Tuan Malik tiba-tiba mencelah. Terdengar panggilan masuk untuk para penumpang ke destinasi.

“Emm…mama. Betul ke Qaira dalam perjalanan ke sini? Kenapa dia masih belum sampai?”

Matanya terarah ke arah puan Mazura.

“Kejap lagi sampailah. Kenapa? Haziq tak jadi pergikan?”

Soal puan Mazura. Matanya bersinar kegembiraan.

“Emmm…tengoklah dulu. It’s depend kepada Qaira sendiri.”

Haziq berteka-teki.

Tiba-tiba telefon berbunyi. Puan Mazura menjawabnya. Mukanya berkerut dan telefon di hulurkan kepada Haziq tanpa bicara.

“Haziq…”

Terdengar suara halus itu berkata.

“Ya…kenapa Qaira. Kau jadi tak datang ke sini?”

Soal Haziq tanpa lengah.

“Emm…ada sesuatu berlaku…”

“Apa dia?”

“Sebelum tu…boleh tak saya tahu apa maksud kata-kata awak semalam?”

“Pernahkah kau rasa apa yang aku rasakan…maksudnya…pernah tak awak rasa perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap aku…seperti mana aku merasakan perasaan itu terhadap kau…”

Tenang Haziq menyatakannya. Ya, dia sudah bersedia mengungkapkannya.

Lama Qaira terdiam.

“Haziq…mungkin kita tidak di takdirkan bersama…”

Jelas dan terang satu-satu perkataan.

Haziq memegang dadanya. Sakit. Sakit rupanya penolakan. Sakit itu rupanya lebih menyakitkan dari segala-galanya dalam dunia. Perlahan-lahan Haziq duduk di bangku. Suara kebisingan sayup-sayup terdengar. Tiada pemecah untuk kesunyian yang di rasakan secara tiba-tiba itu. Tiada pemecah untuk kesepian yang tiba-tiba hinggap di tangkai hatinya.

“Kenapa?”

“Haziq…saya…saya…kemalangan…dan…dan…maaf sebab tak dapat jumpa awak.”

Suara itu tersekat-sekat dan senyap tiba-tiba. Panggilan terputus.

Haziq terbangun dari duduknya. Dadanya semakin sakit. Dia menatap telefon di tangan. Gelap. Segelap perasaannya. Qaira…nama itu bergema di dalam. Qaira…nama itu terpendam di dalam. Qaira…nama itu tenggelam di dalam. Setitis dua air mata lelakinya menitis. Setitis dua air mata hatinya menitis. Setitis dua air mata jantungnya menitis. Tanpa menyapunya, dia lemas di daratan. Tanpa menyapunya, dia sesat di lautan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience