BAB 1

Romance Completed 8865

‘Hati. Janganlah kau layan perasaan itu. Jiwa. Berlagulah kau namun bukan lagu itu. Kerana aku tidak pasti adakah laguku dan lagunya adalah sama…’

Qaira memandang Haziq yang semakin menghilang. Hilang meninggalkan debuan yang berterbangan. Hilang meninggalkan persoalan yang tiada jawapan. Perlahan-lahan dia membawa dirinya melangkah longlai, memasuki kereta yang di parking di tepi jalan. Jalan yang sebenarnya lebih layak di gelar denai sahaja. Ataupun gelaran yang lebih elok iaitu jalan kampung. Qaira menunggu rombongan dari pihak pengantin lelaki selesai menjamu selesa. Dia sudah tiada nafsu untuk menjamah makanan.

Tap! Tap! Tap! Ketukan di tepi tingkap mengejutkan Qaira. Dia menoleh.

“Nak apa?”

Soal Qaira malas.

“Aira tak nak makan ke?”

Qaizer bertanya. Dia kelihatan segak dengan tanjak di kepala. Tersenyum memandang adik kesayangan.

“Aira tak laparlah…”

“Yup! Tak lapar? Si kembang abang ni tak lapar?”

Hairan. Qaizer hairan dengan jawapan itu.

“Abang…janganlah panggil Aira…kembang. Mana ada Aira, kembang! Ni kan dah kurus ni?”

Rasa panas dengan perkataan itu. Qaira paling tidak suka bila di panggil ‘kembang’ oleh Qaizer.

“Nope…pada abang. Aira tetap si kembang. Baby yang cute dan montel. Abang dukung dulu…puhhh, berat nak mampus. Nyaris kita berdua tak tertonggeng jatuh dalam longkang. Hehehe…”

Qaizer sengaja mengimbau kenangan zaman kanak-kanak mereka.

“Abangggggg!!!!!!” jerit Qaira dan ketawa sekaligus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience