BAB 2

Romance Completed 8865

Haziq longlai. Tubuhnya terasa lemah. Atau mungkinkah mindanya yang lemah? Masih terbayang-bayang wajah ayu Qaira yang di tinggalkan tadi. Wajah yang tidak mungkin dia dapat tatapi lagi. Wajah yang sudah menjadi milikkan abadi lelaki lain. Tapi kenapa awal sangat dia mendirikan rumahtangga. Result SPM pun belum tahu? Dan yang pastinya SPM pula baru dua hari berlalu. Terdesak sangat ke? Atau kena kawen paksa?

Haziq terbangun dari duduknya. Kena kahwin paksakah? Eh, betul ke? Haziq memegang dada kirinya. Sakit! Sakit tu di sini!! Jantung di dada semakin berdegup kencang. Betul ke? Tubuhnya semakin longlai dan lemah. Apa dayanya…apa yang perlu di lakukannya. Jika paksaan itu, kenapa bukan dia yang di paksa? Seribu satu kali sanggup lagi dia mengangguknya. Huhhh…

“Ni tak boleh jadi ni, aku kena tanya dia betul-betul. Emmm…Bandar Pekan…aku akan datang menemuimu lagi.”

Haziq tekad. Dia mahu bertemu Qaira lagi.

Kunci motornya di capai. Helmet di sarungkan ke kepala. Namun di start beberapa kali. Tak hidup. Motornya meragam. Tidak mahu hidup. Haziq turun semula, penutup tangki di buka. Mata di kenyitkan sebelah, mengintai ke dalam. Hampir kosong. Rupanya minyak hampir habis atau memang sudah habis agaknya. Terasa ingin di hentaknya helmet ke lantai.

Tetapi terasa juga sayangnya. Akhirnya Haziq masuk kembali dalam rumah. Duduk di atas sofa, melepek bagaikan kain buruk yang sudah koyak rabak dan busuk pulak tu.

“Haziq kenapa?”

Suara Puan Mazura menerjah. Rasa hairan dari pagi tadi terbawa hingga sekarang.

“Takde apa-apalah mama.”

Lemah lemau suara Haziq.

“Habis tu kenapa mama tengok. Dari pagi tadi Haziq macam lembu nak beranak je. Ke hulu ke hilir. Tadi tengok macam nak keluar tapi masuk balik.”

Puan Mazura menjeling ke arah Haziq yang sudah berserabut rambut tegaknya.

“Mama!!!”

“Iye…”

“Mama pernah tengok ke lembu nak beranak?”

“Tak…hahaha…kucing beranak pun mama takut nak tengok.”

Puan Mazura ketawa kecil. Dia sengaja sebenarnya.

Haziq makin menyerabutkan rambut tegaknya. Terkena dengan mama sendiri. Umpamanya seketul tulang lembu yang dibaling tepat atas kepalanya. Sakit dan kelakar bercampur perasaannya. Mujur-mujur kalau tidak terluka dan berdarah. Kalau itu jadinya, keparahan memang sudah melekat pada diri rasa-rasanyalah. Haziq mengeluh panjang.

“Esok mama dan papa nak pergi ke majlis kat rumah Qaira. Haziq nak ikut?”

Puan Mazura mempelawa.

Haziq menggaru-garukan kepalanya berkali-kali.

“Ma…Haziq rasa rambut Haziq dah beruban la. Cuba mama tolong tengokkan.”

Haziq menghulurkan kepalanya kepada puan Mazura.

“Kenapa pulak? Muda-muda lagi dah beruban?”

Membelek juga rambut anak bujang. Manalah tahu, kot-kot betul sudah beruban.

“Haziq rasa gatal semacam je sejak semalam. Manalah tau, kot-kot sudah beruban.”

Haziq menggaru-garu lagi kepalanya.

Puan mazura menepuk bahu Haziq.

“Itu bukan gatal sebab tumbuh uban. Itu gatal sebab tak mandi tengahari. Betul kan tak mandi lagi?”

Sepet mata puan Mazura memandang Haziq yang semakin menggaru kepalanya.

Haziq tersengih menampakkan lesung pipitnya.

“Ma…cuba jangan wat mata gitu boleh tak?”

“Buat mata macam mana?”

“Menyepetkan mata yang sudah tersedia ada sepetnya…hahaha.”

Ketawa besar.

“Bertuahnya budak! Dah mama asalnya bangsa cina, memang la mata sepet!! Dah…dah…pergi mandi!! Macam la mata dia tu besar sangat!!!”

Bberkali-kali di tepuknya bahu Haziq.

Ketawa terbahak-bahak. Haziq segera bangun dari lepeknya tadi. Beberapa kali dia menggosok bahu yang di tepuk berkali-kali oleh mamanya. Sakit. Namun sakitnya bukan di situ sebenarnya. Sakitnya di dada. Hampir pecah namun masih tercantum. Hampir koyak namun masih terjahit. Haziq longlai menaiki tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience