BAB 3

Romance Completed 8865

Qaira menirap di atas katil. Riuh rendah di luar biliknya tidak di hiraukan. Dia di dalam dunianya kini. Dunia itu sunyi dan sepi. Sesunyi dan sesepi jiwanya kini. Hanya satu nama yang bergema di dalam. Hanya satu nama yang terukir cantik di dalam. Haziq. Si sombong yang telah setahun terpahat kukuh di hatinya. Si kasar yang telah setahun di kemam kemas tidak terluah. Benarkah lelaki itu juga sukakannya? Benarkah lelaki itu juga cintakannya? Jika benar…kenapa begitu caranya? Jika benar…mengapa begitu caranya?

“Pernahkah kau rasa apa yang aku rasakan…”

Perlahan-lahan di sebutnya ayat yang di ucapkan Haziq sebelum melangkah pergi.

“Pernahkah kau rasa apa yang aku rasakan…emmm…Haziq…ya, aku juga merasakannya tetapi siapalah aku jika di bandingkan dengan engkau. Siapalah aku jika di gandingkan dengan engkau.”

Qaira membalikkan tubuhnya. Kini dia memandang lelangit.

“Jika kau ucapkannya lagi ayat itu…aku sebenarnya sudah ada jawapannya. Jika kau ucapkan lagi…aku sudah ada keputusannya.”

Qaira memejamkan matanya.

Degupan jantungnya kencang. Debaran itu sentiasa ada. Bila berjauhan. Bila berdekatan. Bila berpandangan. Bila bertelingkah. Namun kenapa waktu itu tiada perkataan keramat tidak terluah oleh lelaki itu? Sebenarnya hampir setiap hari Qaira merasakan dengupan jantungnya berlagu irama cinta. Hampir setiap hari Qaira merasakan debaran hatinya berlagu irama sayang. Tetapi siapalah dia untuk luahkan segalanya jika lelaki itu bagai memandang benci dirinya.

“Haziq…adakah itu cara seseorang lelaki? Aku keliru. Betulkah kau apa yang kau katakan tadi…tetapi aku masih ragu sebenarnya.”

“Aira! Aira!”

Ketukan di pintu mengejutkan lamun Qaira.

Segera dia bangun dan menapak. Pintu biliknya di buka.

“Kenapa?”

Soalnya.

Qaizer tegak berdiri di hadapan pintu.

“Puan Mazura call. Penting katanya.”

Telefon di tangan di unjukkan.

“Mama? Errkk…kenapa?”

Berbisik ke telinga Qaizer. Bimbang puan Mazura yang berada di talian, mendengarnya.

“Entah!!”

Ya, memang Qaizer tidak tahu.

Telefon di lekapkan ke telinga.

“Assalamualikum mama…”

Ucapnya lembut.

“Waalaikummussalam…”

Lembut juga jawapan. Damai.

“Aira…tolong mama, sayang.”

Sambung puan Mazura lagi. Suaranya kedengaran sayu dan sedih.

“Errkkk…kenapa mama?”

Perasaannya sedikit terganggu. Kenapa dengan puan Mazura? Sakitkah?

“Tolong mama pujuk Haziq…”

“Pujuk Haziq? Kenapa dengan dia?”

Pelik dengan permintaan yang tiba-tiba.

“Dia kata dia nak ke Australia esok. Nak jumpa Hanafi dan Hazrul. Mama pelik. Mama tanya dia…kenapa tiba-tiba. Nak tahu apa jawabnya?”

Panjang cerita puan Mazura.

“Apa jawapan dia, mama?”

“Dia hanya sebut satu perkataan. Qaira. Itu sahaja.”

Jelas puan Mazura.

“Qaira…tolong mama, sayang. Tolong pujuk Haziq supaya jangan pergi.”

Pinta puan Mazura bersungguh-sungguh.

Qaira terdiam. Tiada suara yang dia mampu keluarkan. Tiada nada yang boleh dia lagukan. Kenapa dengan lelaki itu?

“Errkk..mama. Aira nak pujuk dia macam mana…diakan tak sukakan Aira.”

Jujur dia memberitahu tentang sebuah hakikat.

“Aira…please sayang. Dia bukannya tak sukakan Aira. Mama rasa, dia sukakan Aira. Suka sangat-sangat. Mama sebenarnya tak pasti kenapa tiba-tiba dia mengambil keputusan nak ke Australia. Sedangkan dia pernah kata dulu…dirinya di rantai di Malaysia.”

Puan Mazura bagaikan merayu.

“Pagi-pagi esok…biar driver gantian yang papa upah tu, ambil Aira yee? Dan terus ke airport.”

Puan Mazura mendesak secara lembut.

“Emm..baiklah. Aira buat ni…semua untuk mama tau.”

Putus Qaira.

“Terima kasih, sayang. Takpelah untuk sape-sape pun. Asalkan Haziq tak jadi ke Australia. Dan Aira…”

“Ye, mama…”

“Mama sayangkan kamu…”

Qaira memegang dadanya.

“Aira pun sayangkan mama…”

Perbualan berakhir namun Qaira masih memegang dadanya. Terdengar-dengar kata-kata puan Mazura berkata dia sayangkan Qaira. Alangkah eloknya jika Haziq yang berkata begitu. Perkataan yang Qaira tahu susah untuk seorang lelaki ucapkannya kepada sesiapa walaupun kepada yang tersayang.

Agaknya memang seorang lelaki itu di lahirkan dengan sifat ego yang tinggi. Dan seorang perempuan pulak di lahirkan dengan sifat segan yang menebal. Kontrasnya sifat-sifat antara kedua jantina namun mungkin itulah sebenarnya daya penarik antara keduanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience