BAB 6

Romance Completed 12782

Seperti yang dijanjikan, Rehan datang juga ke rumah Tengku Shahrul sebab dia dijemput bersama Ria. Kebetulan dia ada masa sebelum pulang semula ke Universiti.

Halaman rumah Tengku Shahrul. Ria sudah menghilang mengambil makanan. Rehan termasuk ke satu ruang yang amat menarik. Ruang bilik tersebut penuh dengan pelbagai gambar yang sangat menarik.

Rehan memang suka melihat gambar-gambar pemandangan yang begitu indah ciptaan Allah. Dia mensyukuri keindahan tersebut.

“Siapa?!” ada satu suara menegurnya.

“Macam mana kau boleh masuk bilik Tengku Syahrul Azwari?” soal lelaki itu.

“Saya.....” kata-kata Rehan terhenti sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu.

“Awak....” Rehan baru teringat lelaki yang dilanggarnya pagi tadi.

“Rehan Makhtar....” Tengku Syahrul Azwari berkata. Dia ingat lagi gadis yang baik hati itu.

“Nama awak....” Rehan ingin berkata sesuatu.

“Tengku Syahrul Azwari wahai cik Rehan Makhtar.” Kata lelaki yang dikatakan gila itu.

‘Bukankah lelaki ini gila. Jangan nak buat hal. Baik aku keluar dari bilik ni.’ Perlahan-lahan Rehan berundur ke pintu keluar tetapi....

“Cik Rehan...”suara itu datang dari belakang Rehan. Dia berpaling.

“Abang Shahrul.” Tengku Syahrul Azwari bersuara.

“Kurung Az kat bilik bawah tanah tu. Sekarang!” Arah Tengku Shahrul.

Rehan terkejut dengan arahan yang dikeluarkan oleh Tengku Shahrul. ‘Kejam sangat sampai nak kurung bilik bawah tanah. Dia pun manusia macam
orang lain juga.’

“Kenapa nak kurung dia? Dia bukan buat masalah pun. Dia pun ada perasaan macam manusia biasa. Kalau dia gila, dia tak kan pandai melukis macam ni semua.” marah Rehan. Dia menghalang dua lelaki itu. Dia masih ingat wajah pagi tadi itu. Lagi pun Rehan melihat tingkah laku Tengku Syahrul Azwari tidak seagresif atau sawan.

“Cik Rehan jangan halang kerja kami. Lelaki ini gila. Dia tak betul. Pedulikan perempuan tu. Cepat bawa dia ke bilik bawah.” Arah Tengku Shahrul.

“Rehan, kenapa ni?” soal Ria apabila melihat Rehan munculkan diri dengan wajah yang serius dan memikirkan sesuatu.

“Entahlah.” Dia sendiri tidak pasti tindakan apa yang terbaik harus dilakukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience