BAB 7

Romance Completed 12782

Kini, sudah hampir dua bulan perkara itu berlaku. Rehan cuba pura-pura tidak ambil berat tentang lelaki yang bernama Tengku Syahrul Azwari tetapi wajah lelaki itu cukup kasihan. Dia benar-benar simpati dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.

Rehan kembali semula ke pejabat apabila cuti pertengahan semester bermula. Itulah tugasan yang perlu dilakukan. Dia banyak habiskan masa di pejabat berbanding di rumah. Dia perlu uruskan syarikat peninggalan keluarganya.

“Rehan, ada orang nak berjumpa. Namanya Tengku Syahrul Azwari. Rehan kenal?” soal Ria. Ini kali pertama dia berjumpa dengan lelaki tersebut.

“What?!” Rehan terkejut.

Dia berfikir sejenak. ‘Kenapa lelaki itu berada di sini? Pelik dan sangatlah pelik.’

“Minta dia masuk sekarang.” Arah Rehan.

“Cik Rehan Makhtar...” tegur Tengku Syahrul Azwari. Lelaki itu segak bergaya dengan pakaian formal ke pejabat. Serba lengkap dengan tali leher. Rambut yang dipotong kemas.

“Tengku Syahrul Azwari.” Terkejut Rehan melihat perubahan lelaki itu.

“Cik Rehan Makhtar, Tengku Syahrul Azwari mahu mengucapkan terima kasih sebab malam tersebut adalah malam pengakhiran kehidupan derita Tengku Syahrul Azwari.” Kata Tengku Syahrul Azwari dengan senyuman yang manis.

Dahi Rehan sudah berkerut. Kepalanya sedikit pening dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Tengku Syahrul Azwari. Walaupun dia belajar dalam bidang perniagaan tetapi dia begitu minat dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu.

“Kenapa dengan muka Cik Rehan Makhtar?” soalnya.

“Tak ada apa-apa wahai Tengku Syahrul Azwari.” Balas Rehan.

“Tengku Syahrul Azwari mahu menjemput Cik Rehan Makhtar malam malam bersama. Sudikah?” jemput Tengku Syahrul Azwari.

Rehan menelan air liurnya. ‘Alamak, kenapa gayanya macam seorang putera yang sedang melayan puteri cintanya. Aku dah mula nak berangan ni. Tolonglah keluarkan aku dari dunia khayalan ini.’ rayu hati Rehan.

“Cik Rehan Makhtar...” panggil Tengku Syahrul Azwari dengan lembut dan perlahan.

“Ya! Ya, Tengku Syahrul Azwari.” Rehan terkejut. Rehan hanya mampu tersengih.

Mereka pun berjanji akan berjumpa malam ini untuk makan malam bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience