BAB 3

Romance Completed 12782

“Aku tak nak balik. Aku tak nak balik!” tiba-tiba perwatakkan Tengku Syahrul Azwari berubah. Terkejut Rehan.

“Kenapa dengan tuan awak tu?” Rehan memberanikan diri untuk bertanya.

“Maaf, tuan saya tu, tidak berapa sihat. Saya kena pergi sekarang.” Lelaki berkot hitam itu pun meninggalkan Rehan bersendirian.

‘Tak sihat rupanya mamat tu. Harap muka sahaja kacak tapi mental. Kasihannya. Muda-muda lagi dah tak betul. Semoga Tengku Syahrul Azwari cepat sembuh ye. Amin. Doa anak yatim piatu ni selalunya berkat.’ Rehan meneruskan perjalanannya. Dia sudah lewat untuk ke pejabat.

Sampai sahaja di hadapan biliknya, setiausaha peribadinya sudah lama menunggu. Rehan berjalan beringinan dengan setiausaha peribadinya. Dia nampak begitu anggun dengan pakaian formalnya.

“Maaf, lambat sikit. Ada hal tadi. So, hari ini jadual I penuh ke Ria?” Rehan bertanya. Matanya tidak lepas dari melihat telefon bimbitnya. Dia berhubung dengan pelanggannya melalui web sosial yang menjadi kegilaan orang ramai iaitu Fac.

“Tidak. Waktu pagi sahaja.” Ria pula sibuk melihat buku yang amat berharga baginya. Kalau tidak ada buku ini, tidak jalanlah kerjanya.

“Meeting dengan siapa?” Rehan sudah menjangka yang dia akan masuk bilik mesyuarat sekejap nanti. Bosan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience