BAB 5

Romance Completed 12782

“Oh, ahad ni! Dah masuk semester akhir. Rasanya tak sabar. Penat tau Ria. Kalau ada masa sahaja, terpaksa masuk pejabat.” Rehan meluahkan perasaannya. Dia begitu mesra dengan setiausahanya yang peramah dan pendiam. Tidak banyak cakap.

“Ya Rehan. Ria faham.” Dia tersenyum. Rehan berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Tengku Shahrul sudah lama menanti.

‘Baru pukul 9.30 pagi. Awalnya mamat ni sampai.’ Rehan berkata di dalam hatinya. “Awalnya Tengku datang.” Rehan cuba beramah mesra dengan pelanggannya.

“Kalau mahu berjaya, kita perlu tepati masa. Biar kita tunggu orang, jangan orang yang tunggu kita.” Rehan tersenyum. Lelaki yang berusaha 28 tahun itu berjaya setelah tamat belajar dalam usia 23 tahun. Selepas itu dia menubuhkan syarikat sendiri dalam bidang kosmetik. Lelaki yang boleh dikatakan berjaya. Kot??

Jarang lelaki yang menceburi bidang seperti ini. Rupanya, Datin Shamsiah iaitu ibunya sendiri yang banyak membantu.

“Tepat jam 10, kita mulakan perbincangan.” Rehan berkata. Tengku Shahrul tersenyum. ‘Wajah si minah ni memang nampak sempurna tetapi dalam dunia
ni mana ada yang sempurna kejadiannya.’ Pandangan mata Tengku Shahrul tidak lepas dari terus memandang Rehan.

Rehan sedar dirinya menjadi tumpuan kerana usianya yang terlalu muda iaitu 23 tahun telah menceburi bidang perniagaan. Sejak ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dia berusia 20 tahun, dia sudah didedahkan selok belok tentang syarikat dan sebagainya dengan bantuan ayah saudaranya yang sentiasa melayannya dengan baik.

Perbincangan mereka diteruskan sebaik sahaja semua ahli lembaga sudah bersedia.

“Cik Rehan, jemput ke rumah saya malam ini. Ada majlis hari jadi mama saya.” Jemput Tengku Shahrul.

“Insya Allah...” Ramah Rehan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience