Bab 19

Romance Series 1216323

Bab 19

UMAIRA sesekali memandang cincin di jari manisnya itu sambil menaip di atas papan kekunci komputer ribanya. Dan setiap kali itu juga senyuman nipis terbit menghiasi bibir.

"Asyik pandang cincin tu, dah kenapa? Rindu tunang ke?" usik Syafiqa yang duduk di depan.

Umaira terus mencebik. "Tak ada maknanya nak rindu-rindu bagai. Tiap hari kot tengok muka dia sampai aku naik rimas."

"Eleh! Ye lah tu... Rimas lah sangat." Syafiqa turut sama mencebik.

"You know what? Dia tahu lah pasal kes Irina semalam. I guess, Irina mesti mengadu dekat dia,” cerita Umaira.

Syafiqa sedikit terkejut. “What? Really? Woah… Tak tahu malu langsung lah perempuan tu. Dia yang upah budak tu serang kau. Tuan Syed cakap apa dekat kau?”

“Well… Tak ada lah dia tuduh macam-macam atau marah dekat aku. Cuma dia macam terkilan lah kononnya sebab tak bagitahu dia fasal hal tu,” cebik Umaira.

“Kau ni pun. Kau kan tunang dia,” kata Syafiqa.

“Kau percaya ke?”

“Ni bukan soal percaya ke, tak. Dia sebagai tunang, tak kira lah apa tujuan korang bertunang sekalipun, dia perlu ambil tahu. Dia pun nak juga jaga reputasi dan imej dia,” jelas Syafiqa.

“Hmmm… Whatever.“ Umaira menyandar tubuh di dada kerusi.

"Ni, aku nak tanya kau. Zakuan belum tahu lagi ke fasal pertunangan kau ni?" soal Syafiqa.

Ah! Umaira hampir terlupa tentang hal itu. "Entah lah. Aku tak pasti. Tapi, aku ada call Tiara lepas majlis bertunang tu.”

"Kau call Tiara, buat apa?" tanya Syafiqa.

"Aku terpaksa beritahu dia pasal pertunangan tu. Aku minta tolong dekat dia cuba halang Zakuan dari tengok sosmed. Dia kata, dia tak dapat janjikan tapi dia akan cuba. Kau pun tahu kan, Zakuan tak ada IG, fac, apa semua tu. So, lambat sikit kalau dia nak tahu. Cuma aku takut, kalau parent atau kawan-kawan dia beritahu dia. Tu je," ujar Umaira mula risau jika berita itu akan sampai ke telinga Zakuan. Lelaki itu masih lagi berada di Langkawi atas urusan kerja.

"Kau... rapat dengan secretary baru dia tu ke?" tanya Syafiqa seakan tidak percaya.

"Tak lah. Tapi, aku dapat rasakan Tiara ni baik orangnya. Maksud aku, dia jujur dalam bekerja. Dia tak ambil kesempatan atau goda Zakuan. Lagipun, dia ada boyfriend," jawab Umaira bersama dengan senyuman nipis.

"How did you know?" tanya Syafiqa, tidak yakin dengan jawapan Umaira.

"Aku tahu lah..."

"Siapa beritahu kau? Zakuan sendiri?" teka Syafiqa.

"Ye. Tapi, aku lebih bertambah yakin lagi bila aku tahu latar belakang perempuan tu."

"Dari siapa?"

"Dari siapa lagi? Kalau bukan crush kau dalam diam tu lah, Luis," perli Umaira lalu mencebik sebal.

Syafiqa terus tersengih seperti kerang busuk.

"Macam lah aku tak tahu. Korang asyik curi-curi pandang je bila jumpa. Ni ke, sebab kau reject lamaran Haiqal mentah-mentah hari tu?" tebak Umaira.

Syafiqa tidak mahu menjawab. Dia cuba menyimpan senyum sambil menilik kuku jari-jemarinya lagak seperti seorang diva.

"Kau jangan eh! Nak main-mainkan perasaan dia. Kalau tak suka tu, buat cara tak suka. Jangan bagi harapan palsu dekat dia," tegas Umaira sambil mengangkat telunjuk jari. Mencerlung anak matanya seolah memberi amaran pada Syafiqa. Bukan dia tidak kenal dengan perangai perempuan di depannya itu.

"Luis tu not bad orangnya. Handsome, putih, tinggi, mata sepet. Yang paling best, aku suka bau dia. Daripada jauh lagi, aku boleh hidu. Apa lagi kalau dekat. Wangiii sangat..." Komen Syafiqa tanpa segan silu.

Ternganga mulut Umaira yang mendengarnya. Wangi?

"Sebab dia wangi lah, kau suka dia? Woah... Lain macam taste kau ni ye," perli Umaira dengan senyum jengkel.

"Okay lah juga. Daripada kau, nak kahwin dengan cina buta, sanggup tunang dengan orang tua," balas Syafiqa tak mahu kalah.

"Damn you!" Umaira mencarut, geram hati.

"Hahaha!" Syafiqa tertawa puas hati.

"Cuma tu lah, Luis tu pemalu orangnya. Susah sikit nak bawa berborak," ungkap Syafiqa lagi lalu tertawa geli hati bila teringat kembali sewaktu Luis curi-curi pandang semasa menghadiri majlis tiga hari yang lalu.

"Ye lah. Bagus lah dia pemalu orangnya. Bukan macam kau, tak tahu malu. Bagitahu je lah kau nak menggatal. Tiber pula nak cakap susah bawa berborak. Puiihh!" Umaira melepaskan satu das perlian bercampur geli selepas mendengar kata-kata Syafiqa.

Meledak tawa Syafiqa, memenuhi ruang pejabat itu. "Hahahaha!"

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Belum pun sempat Umaira memberi arahan, pintu terus dibuka dari luar, membuatkan tawa Syafiqa mati serta-merta.

Bulat mata Umaira terkedu apabila melihat Syed Redza melangkah masuk ke dalam sambil tersenyum nipis. Seperti biasa, lelaki itu sememangnya sentiasa segak bergaya dengan memakai baju kemeja putih dengan blazer hitamnya.

"Aku keluar dulu. Selamat berdating." Sempat lagi Syafiqa mengusik sebelum melangkah keluar dari situ, meninggalkan Syed Redza dan Umaira berdua.

Setelah pintu ditutup rapat, Syed Redza yang berdiri di hujung, terus melangkah menghampiri Umaira. "Hi, my dear fiancee."

"Are you serious? Perlu ke, hari-hari datang sini? Tak malu ke, nanti orang mula bercakap pasal awak?" Bukannya disambut mesra, Umaira malah menyelar sambil berpeluk tubuh.

"Awak lupa ke, tujuan saya datang sini hari-hari? Saya nak—"

Umaira terus mengangkat tangan. "Yea... yea... yea... awak nak bawa saya pergi lunch. Nak cepat kahwin kan?" perlinya, mengulangi ayat yang sama diutarakan oleh lelaki itu padanya sebelum ini. Itu je modal yang dia ada. Heh!

Syed Redza hanya tersenyum nipis melihat Umaira kembali menghampiri meja. Beg Chanel terus digalas di atas bahu.

"Apa? Nak pegang tangan juga ke? Nak show dekat ibu pula supaya ibu naik menyampah tengok kita?" perli Umaira lagi dengan wajah sinisnya. Namun, dia tetap juga menghulurkan tangannya.

Syed Redza terus menggeleng melihat tingkah laku Umaira yang mencuit hatinya itu. Tidak mahu bergaduh mulut dengan Umaira, dia terus menggenggam tangan Umaira lalu melangkah bersama menuju ke pintu.

Puan Kartina yang mengintai dari dalam bilik pejabat terus menghela nafas berat apabila melihat Umaira dan Syed Redza berjalan bersama sambil berpimpin tangan itu. Dia tahu waktu sebegini pasti Syed Redza datang menjemput Umaira untuk makan tengah hari.

"Maira... Maira... Apa dah jadi dengan kamu ni..." Puan Kartina mengeluh sendiri lalu kembali duduk berlabuh di atas kerusi pejabatnya.

****

UMAIRA merebahkan tubuhnya di atas katil. Hari ini, dia merasa amat lelah. Lelah dengan segala lakonannya bersama lelaki itu. Baru tiga hari mempamerkan kemesraan palsu di depan ibunya membuat dia rasa bersalah yang teramat. Tidak pernah seumur hidupnya membohongi syurganya itu. Tetapi, kerana ingin mengejar cinta, dia sanggup melakukan semua itu. Dia rasa amat berdosa!

Umaira memejamkan mata. Setitis demi setitis airmatanya mengalir. Maafkan Maira, ibu...

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersentak lalu pantas membuka mata. Airmata diseka dengan hujung jari sebelum dia meraih telefon bimbit di atas meja sisi katil.

Tergamam seketika apabila melihat nombor yang sangat dikenalinya itu terpapar di atas skrin. Jantungnya mula berdebar hebat. Air liur ditelan terasa kesat sebelum menjawab panggilan itu.

"He... Hello abang..." sapa Umaira gugup.

"Maira! Betul ke, Maira dah bertunang? Kenapa Maira sanggup buat semua ni?!" tanya Zakuan keras di hujung talian.

Umaira terus memejamkan mata. Ini lah yang dirisaukannya selama ini. Sejak dari hari pertunangan lagi, hatinya mula gelisah. Dia takut, jika lelaki itu tidak dapat menerima berita itu. Dia takut... jika lelaki itu akan meninggalkannya pergi.

"Abang nak jumpa Maira sekarang!" tegas Zakuan sebelum talian diputuskan.

****

"TELL me, Maira. Kenapa Maira sanggup buat semua ni? Kenapa tiada angin tiada ribut Maira bertunang dengan lelaki tu tanpa pengetahuan abang? Apa semua ni? Maira dah lupakan abang ke?" soal Zakuan sambil merenung ke dalam mata Umaira yang mula berkaca-kaca itu.

Umaira terus memejamkan mata. Perlahan airmatanya mengalir membasahi pipi. Dadanya terasa sesak!

"Maira, jawab pertanyaan abang,” desak Zakuan. Kedua tangannya terus menggenggam bahu Umaira.

Perlahan Umaira membuka mata. Nafas di tarik dalam cuba mengumpul kekuatan diri.

"Abang masih ingat tak, janji Maira pada abang sebelum ni?" soal Umaira dengan suara yang terbata-bata.

"Tak mungkin..." Zakuan menggeleng seakan tidak percaya. Kedua tangannya terus terlepas dari menggenggam bahu Umaira. Kakinya mula mengundur ke belakang beberapa tapak.

"Ye, abang. Maira buat semua ni sebab nak kembali pada abang. Maira nak kahwin dengan abang semula sebab Maira tak pernah lupakan abang. Maira masih cintakan abang sama seperti dulu. Tak pernah berubah,” jelas Umaira bersungguh-sungguh agar Zakuan mengerti dan mahu menerima keputusannya.

Remuk hati Zakuan ketika ini.

"Apa? Maira sedar tak apa yang Maira dah buat ni? Maira dah buat abang semakin rasa bersalah! Seolah-olah semua ni atas kehendak abang, yang membuat Maira terpaksa buat semua ni. Sedangkan abang tak tahu!" ujar Zakuan sedikit melengking.

Umaira terus menggeleng kepala. "Abang tak perlu rasa bersalah. Maira tahu, ini semua kehendak dan niat Maira sendiri. Bukan atas paksaan ataupun permintaan abang. Abang jangan salahkan diri abang."

"Maira tahu tak, perbuatan Maira ni dilarang sama sekali dalam agama? Malah Nabi Muhammad pun melaknat bekas suami dan bakal suami yang bersepakat dengan perkahwinan macam ni!" herdik Zakuan meluahkan rasa kesal di hati.

Umaira tertunduk mendengar kata-kata itu. Semakin laju airmatanya mengalir di pipi. Hatinya bagai dilapah-lapah tika ini. Dia tahu dan dia sedar akan perbuatannya itu salah dan berdosa sama sekali. Dan, nampaknya keputusannya itu langsung tidak dipersetujui oleh bekas suaminya itu.

"Maira, jujur abang cakap. Abang masih cintakan Maira. Abang masih sayangkan Maira sama seperti dulu. Abang nak sangat kita kembali bersama. Tapi, abang tak kan pernah sesekali bersetuju ataupun bersubahat dengan perkahwinan cina buta ni. Cukup sekali abang dah buat silap dengan menjatuhkan talak pada Maira sebelum ni. Abang menyesal dan abang tak nak Maira juga menyesal di kemudian hari,” ujar Zakuan dengan suaranya yang serak menahan tangis.

"Tapi abang, dia bersetuju nak lepaskan Maira nanti,” ujat Umaira memujuk dan cuba meyakini.

Zakuan terus menggeleng. "Tak, Maira. Hati manusia ni pandai berubah bila-bila masa je. Hati ni, Allah yang pegang. Mungkin sekarang dia bersetuju sebab dia tak ada perasaan pada Maira, tapi selepas kahwin nanti, kita tak tahu lagi."

Umaira sudah kehilangan kata-kata. Apa yang dikatakan Zakuan itu, mampu menjentik hatinya untuk berbelah bagi.

"Abang tak boleh halang Maira kalau Maira tetap nak teruskan semua ni, sebab itu hak Maira. Kalau Maira memang jodoh abang, dan lelaki tu dengan rela hati lepaskan Maira nanti, abang dengan terbuka hati akan terima Maira kembali dalam hidup abang. Tapi, kalau dia tak nak lepaskan Maira, abang minta jangan jadi isteri derhaka dan nusyuz selagi dia menjalankan tanggungjawab dia dengan baik sebagai suami," ujar Zakuan dengan hati yang sangat berat.

Umaira terpana mendengar kata-kata itu. Bergerak-gerak matanya memandang tepat ke dalam mata Zakuan yang tenggelam dengan airmata itu. Hatinya benar-benar luluh seluluhnya.

"A... abang...."

Share this novel

Mermaid_
2023-06-04 09:28:27 

sissss update selalu pleaseeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience