BAB 4

Romance Completed 97023

DATO ' OMAR memasuki ke dalam kamar Zayd Erfan. Lama sekali pandangannya terjatuh ke tubuh terbaring si anak lelakinya itu. 

"Papa?" Meera memanggil dan juga melangkah masuk. Dato' Omar membuat isyarat jari agar tidak bersuara terlalu kuat. Dia tidak mahu menganggu lena anaknya itu. 

Dato' Omar tahu, semenjak kejadian dia menolak lagi Lia Zulaikha tidur malamnya tidak pernah lena. Dato' Omar tahu kerana setiap kali dia mahu turun ke dapur pasti akan ke kamar Zayd. 

Zayd meracau-racau dalam tidurnya. Memang tak semua racauannya Dato' Omar memahami tetapi dia memahami akan sebutan untuk nama Lia. 

"Abang meracau lagi ke papa?" Meera menyoal lagi. Dia juga tahu akan kecelakaan yang sudah berlaku pada Lia Zulaikha. 

"Masa papa masuk takde. Meera dari mana? Meera dah pergi lawat kak Lia ke?" 

"Meera baru balik lah ni pa… Meera nak mandi-mandi kemudian nak pergi semula. Mama nak balik so Meera temankan kak Lia…" 

"Ada sebarang perkembangan?" 

"Kak Lia masih belum sedar lagi pa… papa rasa anak tu … abang Zayd punya ke?" 

"Entahlah Meera.  Papa pun tak dapat nak pastikan. Meera tengoklah keadaan abang Zayd macam mana… memang susah papa nak cakap…" 

"Hari tu, Meera dengar yang kak Lia tu pernah kena kejar dengan Ah Long sebab nak rogol dia tu, betul ke papa?" Meera takut-takut nak menyuarakan isi hatinya yang agak lama dia pendamkan setelah dia tanpa sengaja terdengar perbualan di antara Datin Maya dan Dato' Omar sendiri.

"Meera curi-curi dengar ya?" Tebak Dato' Omar. Mereka tidak pernah ceritakan benda itu pada anak kedua mereka ini. Yang tahu pun hanyalah Mak Leha saja.

"Er… tak papa. Meera tak sengaja terdengar … masa tu, Meera nak turun tapi tak jadi …" Jawab Meera lalu menunduk. Rasa bersalah pula.

Dato' Omar hanya mengeluh. 

"Meera jangan ambil hati pula. Papa tak marah Meera pun. Papa rasa Meera pun berhak tahu."

"Ya, pa… Meera sebenarnya kasihankan kak Lia tu. Sabar je dia melayan karenah abang. Meera pun tak sesabar itu papa…" Meera berterus-terang. Pernah saja dia membantu Mak Leha atau mama.  Dengan tantrum abang Zayd nya lagi.

"Papa, mama memang taknak operate abang ke? Dulu dia normal papa. Meera pun tak sampai hati nak tengok abang macam ini. Sampai bila?" 

"Bukan papa tak mahu Meera tapi Meera pun dah tahu apa semua risikonya." 

"Ya. Tapi pa… kalau abang berterusan macam ini pun bahaya jugak bukan pada dirinya saja pada orang lain pun sama. Contoh paling dekat hah, kak Lia. Berapa kali dah Kak Lia jatuh papa. Tangga pun dah tapi tu lah elok pula! Kenapa tiba-tiba je boleh keguguran. Pa… Meera rasakan anak abang lah… sebab kak Lia dah berapa kali jatuh abang tolak… tapi still ok … luka jelah …" Meera semakin yakin bila dia fikirkan semua itu.

Panjang helaan nafas Dato' Omar ada tikanya dia juga bagaikan sudah termakan dengan hipotesis Meera. Benar juga sebab selama ini memang Lia tu tak apa-apa.

"Papa dengan mama kenal keluarga Kak Lia kan? Apa kata try tanya. Eh, mereka tak lawat Kak Lia ke? Tak tahu ke?" Tiba-tiba Meera membuatkan Dato' Omar teringat tentang bapa kepada menantunya itu. Pak Muaz.

"Lia taknak balik sana. Lia takut …" Semerta kata-kata dari Lia Zulaikha muncul dan merubah keputusan Dato' Omar.

"Papa? Kenapa?" 

"Papa tak boleh bagitahu mereka."

"Lah kenapa pulak? Bapak kak Lia tu pa!" 

"Ya, papa tahu. Tapi kalau Meera nak tahu sebab Pak Muaz lah kak Lia tu akur dinikahkan dengan abang kerana berhutang budi pada kita kerana melunaskan segala hutang-piutang Pak Muaz tu. Bukan sahaja pada Ah Long malah meja judi. Jika tidak, Lia lah cagarannya."

"Astagfirullah. Tak sangka Meera papa… elok jugak kak Lia tu bersetuju bernikah dengan abang. Meera lagi berkenan sikap Kak Lia dari si Rhea tu… gedik nak mampus!" 

"Meera …" Dato' Omar memanggil dan mencerlungkan matanya. Meera tersenyum kambing.

"Betullah pa… Meera memang dari dulu tak sukakan kak Rhea tu. Panggil kakak pun marah dah memang Meera lagi muda dari dia Kut papa!" 

Dato' Omar tersenyum mendengar bebelan Meera sambil itu, matanya tetap memandang Zayd Erfan.
"Eh, Meera lupa dah. Meera nak pergi mandi nanti nak datang balik hospital. Papa, Meera keluar dahulu ya." 

Anggukan si bapa sebagai jawapan dan pandangan mata Dato' Omar menghantar Meera keluar dari pintu.

"Hap… pa…" Teguran Zayd Erfan memalingkan semula wajah si bapa. Zayd tersenyum begitu juga dengan Dato' Omar. 

"Zayd nak bangun ya?" Soal Dato' Omar laju menunduk dan menegakkan bantal agar Zayd dapat menyandar.  

"Selesa?" Dato' Omar menyoal semula. Dan bila Zayd mengangguk barulah dia menarik kerusi dari meja solek. Punggung dihenyakkan untuk duduk. 

"Pa… ma… na… Lia… hay yid nak Lia di… sini …" Jujur Zayd menerangkan isi hatinya. Sudah empat hari Lia tak masuk ke biliknya.  

"Lia?" 

Zayd mengangguk kemudian dia menunjuk ke arah kertas dan pen. Dua benda ini, Lia selalu guna untuk berkomunikasi. 

"Zayd nak pen dengan kertas untuk apa? Menulis?" 

Zayd mengangguk lagi seraya tangan kanan dia angkat. Barulah Dato' Omar sedar bahawa tangan kanan Zayd masih boleh cuma agak perlahan. Kertas dan pen diangkat dan diletakkan atas briefcase. Zayd tanpa menunduk terus dia menulis…

Pa… Zayd tahu Lia gugur masa Zayd tak sengaja tolak dia. Masa tu, Zayd tak sedar apa-apa kepala Zayd Sa… Kit sangat macam nak pecah!  Zayd panggil tapi Lia tak datang- datang . Zayd jadi lagi marah tu yang Zayd tertolak. Zayd tak tau Lia mengandung …

Pa… Zayd rasa Zayd tahu itu anak Zayd.  Zayd tahu Zayd dah kahwin bukan dengan Rhea. Masa itu, Zayd rasa rindu pada Rhea dan Zayd nampak Rhea atas katil.  Dan Zayd … Patutlah Rhea pada masa itu mengelak. Zayd jadi pelik. Selalu ok je. Zayd memang nampak Rhea … Zayd paksa Rhea buat hubungan macam selalu … esok pagi bila Zayd bangun Rhea hilang … tepi Zayd Lia … 

Selesai nota di tulis dalam keadaan senget-benget, kertas tersebut terus dihulurkan pada Dato' Omar. Dan lelaki kenamaan itu membaca dalam keadaan terkejut. Khasnya perenggan Zayd ingat Lia itu Rhea. Dan Zayd rindukan Rhea. 

'Zayd. Kamu masih rindukan Rhea lagi?' Hati kecil menyoal sambil mata terhala pada wajah tertunduk Syed Zayd Erfan.

Kemudian Dato' Omar juga menulis sesuatu.

'Zayd... kenapa tak beritahu kami... kamu dan Rhea dah bersama? kamu berdua tak takut dosa ke? Sudahlah kami kahwinkan Zayd dengan orang lain?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience