BAB 3.

Romance Completed 97023

"LIA!!!" Bukan Lia tidak dengar Zayd memekik dia memang dah berada di depan pintu bilik pun. Tapi sengaja dia berdiam di situ kerana selain rasa sakit hatinya tadi, Lia mulai nampak akan kelincahan pada pergerakan tangan suaminya itu biar pun tidak sepenuhnya. 

"Lia! Allah!" 

Pang! 

Jam Zayd sudah berjaya menyentuhnya. Tapi ia seakan menjadi lebih jauh pula. Terpaksalah Zayd mengengsotkan lagi tubuhnya ke pinggir katil. 

Gedebuk! 

"Abang!!!"  Barulah Lia berlari masuk bila tubuh suaminya itu sudah hilang dari atas katil. Mendesah sakit atas lantai mozek.

"Argh!" Zayd membentak dengan menepis tangan Lia saat mahu mengangkatnya.

"Maafkan Lia bang… Li.. Lia tak sengaja… Lia ada kerja di bawah tadi bang…" Lia Zulaikha beralasan tatkala Zayd masih lagi menepis-nepis tangan Lia serta membebel-bebel dalam bahasa tidak terusnya itu. 

"Hau he Hana, hah? Hehak he hahu hanggi hun hah hengar? ( Kau ke mana? Pekak ke, aku panggil pun tak dengar?)..." 

"Ya. Ya, bang … Lia pekak … maafkan Lia bang. Mari Lia angkat abang…" Lia tetap mahu memegang. 

"Hah! Hep pi hah!!!" Zayd menjerit lalu dengan kasar dia menolak Lia. 

"Aduh!" Berdentum kepala Lia terhentak pada pintu almari solek. Terhenyak perut dan pinggangnya terkena tempat keras pada almari.

"Allah … sakitnya!" Jeritan Lia membuatkan Zayd terpaling wajah. 

"Sakit…" Lia melirih dalam tangisan.  Zayd tertunduk. Hati diselubungi rasa bersalah. Dia tidak tahu kenapa dia sekarang sukar nak menahan semuanya. Termasuklah amarahnya. 

'Lia… aku… tak sengaja…' Hanya hati yang mampu berbicara saat itu. Lia mengengsot ke arah kaki katil. Tangan mencapai tombol atas lalu digenggam dengan sekuat yang mungkin.  

"Allah!" Lia terduduk kembali membuatkan perut semakin senak termasuk pinggangnya juga sakit. Lia memang ada rasa seperti ada lelehan panas di betisnya.

"Harah (darah) ?" Zayd resah apabila kain kurung Lia Zulaikha dibasahi darah. 

"Hoi yong ham…ma…! Hiya haa harah! Hoi yong ham ma… hap pah!!! ( Tolong mama! Lia berdarah. Tolong mama! Tolong papa)" 

Zayd mengengsot tubuh ke arah pintu kerana dia tahu, menjeritlah macam mana sekalipun takkan ada yang memahaminya. Mahu menekan loceng, loceng sudah pecah dan terbuka penutup baterinya. 

"Allah Zayd! Kenapa ni!" Laju Mak Leha berlari ke dalam kamar. Dan dia lagi terngadah saat matanya terpandang keadaan Lia Zulaikha berkain yang dibasahi oleh darah. 

"Allah! Lia! Kenapa dengan kamu ni?" Mak Leha berlari ke arah Lia dan Zayd masuk kembali dan dia juga mengengsot ke arah Mak Leha.

"Hah … hayyid hak haja hoyak Hia… ( Zayd tak sengaja tolak Lia)..." Begitu sukar sekali Zayd ingin menerangkan keadaan sebenar. Mak Leha seakan memahami dan dia terpaksa meminta bantuan Pak Mat drebar.

Kemudian dia kena telefon Dato dan Datin untuk khabarkan tentang kecelakaan Lia.
"Sakit Mak Leha…" Keluh Lia memegang tangan Mak Leha. Mak Leha terasa betapa kuatnya genggaman itu di lengan. Mak Leha tahu Lia dalam kesakitan dan tidak dia sangka Lia Zulaikha mengandung. 

'Anak siapa dalam perut kau tu, Lia? Takkan Zayd? Dia pun macam itu… apa lagi nanti bila Dato' dan Datin tahu…' 

Tidak sampai beberapa minit,. Pak Mat sampai.  

"Ya Allah Leha kenapa ni?" 

"Tak usah banyak tanya. Cepat angkat Lia ni …" 

"Allah!" Lia terjatuh lagi. Sungguh kakinya sangat menggeletar ketika itu. Dan Zayd semakin murung. Ingin saja dia bangun dan mendukung tubuh itu. 

'Lia… maaf…maafkan…' Hati Zayd masih lagi mengulangi ayat yang sama.  

"Kejap biar aku call ambulance. Lia tak boleh bangun ni Leha!" Kelam-kabut Pak Mat menarik keluar telefon bimbitnya lalu nombor 999 didail.  

"Sakit Mak Leha!" 

"Ya. Mak Leha tahu Lia …" 

"Dah ke abang Mat?" 

"Dah. Dah. Biar aku tunggu ambulance di luar." Terang Pak Mat mengangkat dahulu Tuan Zayd ke atas katil lalu dibaringkan barulah dia berlari keluar. 

"Ma… Yeha…" Zayd memanggil.

"Ya, Tuan… Zayd ada nak apa-apa ke? Nak makan? Kejap ya… tunggu Pak Mat datang kejap …" Sahut Mak Leha kelam-kabut dia bangun dan mendekati katil. 

"Hida… Maa Yeha… Hay yed mahap …" 

"Ya, Mak Leha tahu nak. Tuan Zayd tak sengaja … takper janganlah risau…" Sahut Mak Leha sayu hatinya. Kalaulah hari itu, Zayd dengar cakap dia walau hanya pembantu rumah pasti semua ni tak jadi. Zayd pun tak kemalangan…

'Sabarlah Zayd…' Desis Mak Leha dalam Hati. 

"Ini dia encik!" Kelam-kabut Pak Mat menunjuk pada Lia yang sudah pengsan. Angkat saja dia darah bertakungan. Mak Leha dan Pak Mat saling berpandangan.

"Apa kata Dato' dan Datin?" Sempat lagi Mak Leha bertanya. 

"Siap-siap lah kalau nak ikut… Bawak Zayd sekali … mana kerusi roda dia?" Pak Mat menyoal dan tercari-cari. 

"Ada dalam stor tu … aku siap kejap …" 

"Hah, cepat!" 

"LIA mengandung anak siapa bang? Kalau tak kerana ditolak pasti kita tak tahu…" 

"Maya, tak baiklah cakap begitu…" 

"Bukan macam itu maksud Maya bang…" Datin Maya terpaksa membantah tuduhan suaminya itu. 

"Maya cuma terkejut bang… takkan dengan si Zayd kut? Anak kita pun macam itu… cakap pun huk hak…huk hak…" Datin Maya bercerita habis-habisan pada suaminya agar tidak salah faham lagi. 

"Entahlah sayang … abang pun buntu jugak ni… kita kahwinkan mereka pun kelam-kabut manalah sempat nak menyiasat latar belakang si Lia tu sedalamnya…" 

Datin Maya terdiam dan mata masih merenung keadaan Lia atas katil wad kelas pertama itu. "Nak tanya dia pun. Serba-salah jugak bang. Ke memang dia dan Zayd dah? Mana kita nak tahu bang… hari-hari berdua dalam bilik tu … Lia memang isteri yang sah… Lainlah kalau Rhea tu …" Datin Maya tiada henti dari memberi andaian. 

"Apa kata kita minta Zayd tu tulis … nak dengar dia bercakap nanti kita yang tak faham." 

"Abanglah yang bertanya.  Man's talk…" Sahut Datin Maya menarik kerusi di sisi Lia. Tangan menyebak-yebak rambut menantu ekspress nya itu. Jatuh kasihan dia melihatnya. 

Muka Lia Zulaikha menjadi sangat pucat biar pun di tiang bergantungan bunjut darah. 

'Lia, mama minta maaf… Lia dah selalu sangat dikasari anak mama tu… mama rasa sangat bersalah kahwinkan Lia dengan anak mama. Dia cacat semuanya sayang… bukan mama taknak anak mama tu di operate tapi… ' Bicara hati Datin Maya terhenti di situ. 

Memang benar ramai yang mencadangkan supaya Zayd Erfan di operasi untuk buang ketulan darah beku tetapi walau apa pun benda itu semua tetap ada risiko dan komplikasi. Datin Maya menjadi lebih takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience