BAB. 1

Romance Completed 97023

"ZAYD!!!" 

"Ya Allah! Anak aku ini… Lia tak apa-apa?" Gundah sekali soalan Datin Maya.  Habis penuh dengan nasi di wajah menantu barunya itu. 

"Tak apa mama. Lia okay. Lia pun bersalah jugak ma… dah tahu abang tak nak makan. Dipaksa-paksa juga…" Terang Lia tersenyum pada Zayd.  

"Kesian menantu mama…maafkan mama Lia…" Jujur permintaan Datin Maya. 

"Lah kenapa pula mama nak minta maaf pada Lia. Mama takde salah apa-apa pun sama juga dengan abang Zayd…" Lia juga berbicara dengan ikhlas dan tangan mak mertuanya itu, diraih dan digenggam. 

Datin Maya mengesat pipi yang basah dalam masa yang sama dia amat bersyukur sekali kerana Allah SWT telah hantar pada dia seorang menantu bukan saja baik hati malah sanggup hidup bersama dengan Zayd Erfan. 

Zayd bukan seperti suami-suami yang lain. Ini semua terjadi beberapa bulan lalu setelah dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Otaknya bukan sahaja menerima gegaran malah ada ketulan darah beku. Sebenarnya Zayd harus dioperasi secepat yang mungkin cuma ada beberapa risiko yang harus mereka sekeluarga ketahui dan menerimanya. 

"Ya Allah kenapa ni? Mama, kakak kenapa dengan abang Zayd, dia buat hal lagi ya?" Meera bersuara kuat sambil membantu kakak iparnya itu mengemas bilik.  Berhamburan segala lauk-pauk di permukaan lantai mozek.  Datin Maya menjawab dengan senyuman.  Macam biasalah pasti ada yang tak kena jika tak, Zayd tak baling barang. 

"Lia, betul takde sebab lain? Mama tengok keadaan kamu macam anak mama mengamuk sakan je?" Datin Maya mahukan kepastian. Dia merasa kasihan tapi dalam masa sama dia juga memerlukan seorang perempuan yang sudi menjaga anaknya itu. 

Tidak semua menyanggupi menjaga Zayd dalam keadaan begitu. 

"Betul mama takde sebab lain pun.  Maafkan Lia, mama… sebabkan Lia, mama dan Meera pula kena mengemas…" 

"Kecik punya hal lah kak Lia… bukan mengemas teruk mana pun…" 

"Sepatutnya kami yang harus minta maaf pada Lia kerana tidak berterus-terang dah tu pulak menyusahkan Lia…" 

"Allahu mama, mengapa terfikir sampai begitu pula?  Lia yang bersetuju pada penjodohan ini… Kalau bukan kerana mama sekeluarga bantu, sampai sekarang bapak tu kena kejar ah long…"

Lia sekali lagi terpaksa mengenang kembali kenapa dia rela dijodohkan dengan Zayd sedangkan hatinya waktu tersebut ada penghuni. 

Namun itu semua tinggal sejarah tatkala Lia sudah dapat tahu pasal kecurangan Faez.  Jadi tidak salah dia balas dendam dengan cara mencari bahagia.  

"Huh, tengoklah tu mama… bukan main lagi perempuan kampung tu berlakon…" Rhea meluat memandang segala kebaikan menantu kesayangan Datin Maya itu.  Terdetik rasa cemburunya melihat Lia bermesraan dengan bekas kekasihnya itu.

"Biasalah sayang. Orang kemaruk harta macam tu lah… tulah salah Rhea jugak," sindir Suria mama kepada Rhea. 

"Mama… kalau abang Zayd tak jadi macam sekarang dah lama kami kahwinlah… mama nak ke bermenantukan orang macam abang Zayd tu… sembuh entah bila…" Rhea tidak boleh menerima kenyataan bahawa kemalangan tersebut berpunca dari dirinya juga. 

"Rhea lupa siapa puncanya?" Sindir Suria masih lagi berang pada kebodohan anaknya itu.  Seandainya Rhea tidak buat hal dengan Stephen sudah pasti perkara seperti ini takkan terjadi dan mereka sudah menjadi ahli keluarga golongan elit.  Memang itu dambaan Suria setelah kematian suaminya. 

Dia mahu menumpang kemewahan si anak tapi sayangnya lain pula yang berlaku.  Dan dia hanya makan asap. Perempuan dari ceruk tok kun tu pula yang Datin Maya pilih sebagai menantu. 

"Dah lama sampai?" Satu suara menegur mengejutkan kedua beranak sedang mengintip anak menantunya itu. 

"Eh, uncle bila sampai? Rhea tak perasan pun…" Rhea berbasa-basi sambil mengerling ke arah mamanya.  Suria juga terkapa-kapa apabila perlakuan mereka berdua sudah diketahui oleh Dato' Omar.

"Dah lama, kamu berdua-beranak saja yang tak perasan.  Dari mengintip macam itu kan ke lebih baik pergi jumpa je dengan Datin…" 

Sengaja Dato' Omar lantangkan suaranya bertujuan Datin Maya beserta menantu mereka itu tahu ada mata-mata sedang melakukan intipan.

"Er…takpelah lain kali sajalah Kut, ya Dato'..." Suria bersuara sambil mencuit bahu Rhea agar mengikutinya keluar dari balik dinding. 

"Eh, tak perasan pula Puan Suria datang? Rhea pun ada?" Tegur Datin Maya sedang membawa dulang pinggan Zayd yang berselerak.

"Kenapa kak Lia tak angkat?" Rhea sengaja mencari kesalahan Lia. 

"Ish. Rhea…". Suria cepat-cepat mencubit pinggang.  Rhea terjengket-jengket sakit.  Lia seraya bangun setelah mengemas katil dan  usai membersihkan muka suaminya. 

"Mama… mari Lia bawakan lagipun dah siap kemas semua…" Dengan lembut Lia meminta dulang tersebut.  Rhea mencebir meluat. Hanya Suria yang terpaksa menahan perasaan.  

"Takpelah…" Dalih Datin Maya tahu Lia terasa hati dengan kata-kata Rhea menantu tak jadinya itu. Dato' Omar berasa geram dengan tingkah dua beranak itu. Sudahlah tadi bukan main lagi mengintip macam Lia ni pesalah.  Sekarang nak sindir-sindir pula. 

"Takpe mama. Mama sembang-sembang lah dulu. Kan ada tetamu…" 

" Tetamu tak di undang…" Laju Dato' Omar mencelah sebelum dia naik ke atas. Sebelum itu, dia memasuki ke dalam bilik Zayd Erfan dahulu. 

"Takpelah Datin. Kami pun memang nak cepat ni. Ada hal… Jom Rhea…" Sekali lagi, pinggang Rhea yang sedang menjengah ke dalam bilik Zayd dicubit.  

"Aduh mama ni! Sakitlah Kut iya pun tangan tu jangan nak menjalar saja!" Rhea bersuara geram. Makin berang pula Suria dengan kebiadapan Rhea. Menunjuk ya! 

Kang Datin ingat aku tak ajar anak pula.  Tunggu kau balik nanti! 

Setelah kedua-duanya pergi barulah Dato' Omar keluar dari dalam bilik Zayd. 

"Dah balik dah wartawan TV3 tu?" Sindiran Dato' Omar mendapat senyuman dari Datin Maya dan Lia tanpa sengaja.
"Ish, abang ni…" Sela Datin Maya dan Lia saling berpandangan. 

"Yelah, mesti sayang dan Lia tak perasan kan diaorang datang. Dah tu, bukan main lagi jadi spy tengok macam mana menantu kita ni layan Zayd. Anak dia jugak yang tak nak kan Zayd bila kawan tu dah rupa itu," lantang amarah Dato' Omar suarakan isi hati.

"Sebenarnya sayang perasan bang…saja je sayang buat-buat tak nampak," sahut Datin Maya pula sambil menjuihkan bibir merahnya ke arah cermin di meja solek.

"Aha, papa Meera pun nampak. Sebab tu tadi, Meera sesaja buat-buat mengemas dengan bagi belakang..."

"Tak baik tau Meera..."

"Kak Lia. Akak tak kenal lagi perangai dua beranak tu kak... nanti, kalau akak dah kenal... akak pun buat macam Meera..." Sanggah Meera yang anti pada Rhea. Lia yang mendengar hanya tersenyum mungkin benar kata-kata Meera itu tadi. Dia merupakan orang baru dalam keluarga kenamaan hadapannya ini. 

"Lia ke dapur dulu ya…" 

"Mama sembang-sembang lah dahulu dengan papa…" Lia berkata sambil dulang dia tarik juga dari tangan Datin Maya.

"Meera pun nak naik ataslah..." Meera sempat menyampuk sebelum pipi Datin Maya dia kucupi dan berlari ke tangga.

"Haha… baiklah. Eh, tadi bukan ke abang nak naik atas?" Soal Datin Maya teringat kata-kata Dato' Omar sebelum dia masuk ke bilik Zayd Erfan. 

"Jomlah kita ke gazebo kejap. Abang ada benda nak sayang tahu ni…" 

"Nanti Lia bawakan air ya…" Habis menutur kata Lia membuka langkahnya ke arah dapur.

"Kasihan pula abang tengok si Lia tu sayang. Sabar je melayan karenah anak kita…" 

"Tulah bang… Maya pun kadang-kadang tu rasa bersalah jugak. Lia tu berpelajaran tinggi tapi kerana hutang bapaknya. Dia mengetepikan cita-citanya itu… kadang Maya rasa kita ni macam ambik kesempatan pula bang…" Datin Maya merenung wajah si suami. Dato' Omar hanya mampu mengeluh nak undurkan masa pun semua dah berlaku. 

"Tadi abang kata ada benda nak cerita. Apa dia?" Datin Maya laju mengubah topik perbualan mereka

"Aha ada jomlah kita ke gazebo…" Sahut Dato' Omar sambil mata mengerling bilik Zayd.  Dia tak mahu ada yang mendengar.  

"Aha, marilah…" Sahut Datin Maya pula. Kini kedua-dua susuk tubuh kenamaan itu membuka langkah ke arah kanan luar. 

Sementara itu, Zayd dalam kamar berlinangan air mata.  Dia sebenarnya ingin meluahkan segalanya pada Lia Zulaikha tetapi tidak mampu. 

Dengan wajah serta kutukan Rhea sewaktu di dalam wad, berputaran di benaknya. 

"Lia…" Dia menyeru tanpa ada sesiapa pun sedar.

terimalah karya beshe2 dhia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience