Bab 4: Sumpahan

Romance Series 894201

PADA malam yang hening itu, aku menemani Aqif belajar di atas meja makan selepas selesai makan malam yang serba sederhana. Aku bersyukur kerana anak bijak ini sangat mudah untuk dibesarkan. Dia langsung tidak banyak kerenah. Malah, aku dapat lagi lihat kecergasan mindanya yang ketara. Gurunya memberitahu aku bahawa Aqif atau nama sebenarnya Thaqif, sangat mudah menerima pelajaran. Aku bersyukur juga tentang itu. Walaupun... hidup kami berdua serba kekurangan. Aku bukan tidak cuba untuk berusaha memperbaiki hidup, aku sudah cuba pelbagai pekerjaan sebelum ini. Sehingga aku langsung tidak ada masa untuk Aqif apabila siang dan malam aku bekerja. Oleh itu, aku ...

— Locked Chapter —


NovelPlus Premium

The best ads free experience