Bab 1: Memori

Romance Series 895623

Imbas kembali…

AKU menyangkut pakaian yang sudah kering ke dalam almari satu per satu. Bau wangian yang terbit dari setiap fabrik itu membuat aku tersenyum sendiri. Ya, aku mudah bahagia dengan perkara-perkara kecil dalam hidupku. Aku tidak punya banyak kerenah untuk merasa bahagia, mungkin kerana hidup aku yang sebatang kara di dunia ini membuat aku tidak pernah meminta lebih.

Tiba-tiba pinggangku dipeluk dari arah belakang. Aku tersenyum lagi. Inilah faktor yang menyuntik rasa bahagia dalam hidupku walaupun… aku tersentak apabila tangan itu semakin nakal menyentuh tubuhku. Belakang leher aku dikucup dengan bibir hangatnya. Aku mengangkat bahu sebelah kerana kegelian.

“Saya tengah buat kerja…” ujarku apabila kerjaku terganggu di saat ini.

“Tinggalkan dulu… nanti aje sambung. Aku lebih penting, kan?” bisiknya lagi betul-betul di cuping telingaku. Aku jadi kegelian dengan ciuman yang mahu menggoda itu. Ya, aku sentiasa tergoda, tiada yang aku harus nafikan apabila berada di dalam dakapan lelaki ini. Aku pasti akan hanyut...

Tubuhku dihempas dengan penuh dramatik di atas katilnya yang empuk. Aku hanya melihat dia mula membuka satu per satu butang kemejanya sambil merenungku penuh keinginan. Aku dapat rasakan wajahnya penuh tekanan. Tetapi sedikit pun tidak menjejaskan ketampanannya.

Ketika itu aku terkedu buat sekian kalinya melihat tubuh lelaki idaman aku di hadapan mata. Siapa yang tidak terpesona dengan tubuh sasa milik lelaki ini. Wajahnya sahaja membuat tidurku tidak nyenyak. Apatah lagi kata-kata manisnya yang selalu buat aku terbuai.

“Mandi dulu... tuan baru balik dari kerja,” kataku apabila dia sudah naik ke atas tubuh kecilku yang sepatutnya masih ada upaya untuk menolak. Tetapi, hanya kata-kataku sahaja yang cuba melengahkannya.

“Aku stres, Tya... kau je yang boleh buat aku tenang,” bisiknya lalu merapatkan bibirnya di bibirku yang lembap.

“Tu...” Aku tidak sempat berkata-kata. Ulas bibirku sudah dijamahnya dengan rakus. Seperti biasa, aku tidak terkejut. Lelaki ini memang hebat sehingga aku tidak berdaya membuat penolakan sejak kali pertama kali kami bersama di bilik ini.

Satu per satu pakaian aku ditanggalkan dan aku tidak lagi akan menolak. Setiap gerakannya sentiasa buat aku lemah. Dia juga sentiasa tahu bagaimana untuk buat aku hanyut. Bibirnya kini mengucup dan lidahnya bermain di belakang telingaku. Tangannya menyentuh segala aset-asetku sehingga aku tidak mampu menolak seperti kali pertama kami melakukan perkara ini.

Aku akhirnya tergelam dan lemas dalam setiap permainan lelaki ini. Bahunya yang lebar itu menyentuh mukaku yang sedikit kelihatan. Aku mencari nafas kerana dia menekan aku sehingga aku tidak mampu menahan. Dahinya mengeluarkan peluh dingin walaupun bilik ini cukup sejuk. Aku dapat merasakan tubuhku semakin kejang.

“Tuan... sa...”

“Bertahan,” bisiknya keras. “Aku suka kita sama-sama...”

Aku mengetap bibir dan memejam mata. Tanganku menggenggam erat cadar yang sudah keronyok. Setiap kali saat ini tiba aku pasti akan terasa amat lelah. Lelah dengan segala noda yang aku telah lakukan dan sedang lakukan. Sehingga sampai satu saat aku hanya rasa terbeban dari rasa nikmat seperti sebelumnya.

“Urgh!” Aku melepaskan suaraku yang ditahan sejak tadi. Ini kerana dia sudah melepaskan segala miliknya di dalam tubuhku. Lelaki itu menghempap tubuhnya ke atas aku apabila seluruh tenaganya habis. Aku sudah tentu sukar sekali untuk bernafas.

“Tuan,” bisik aku perlahan.

Dia mengangkat mukanya. Seperti biasa dia akan tersenyum puas. “Thank you so much,” bisik lelaki itu lalu keningku dikucup.

Aku kelu. Mahu balas apa lagi selain hanya senyuman hambar aku yang semakin hari semakin pahit. Erfan bangun lalu menarik tuala di sisi katil dan membalut pinggangnya.
Dia menoleh dan menghulur tangan kepada aku.

“Jom...”

Aku menggeleng perlahan kerana masih malu dengan lelaki itu. “Saya kemudian je...”

“Please... Mandi dengan aku.” Erfan mengangkat kening seperti menyampaikan arahan dalam nadanya yang sedikit tegas walau ada perkataan ‘please’ di situ.

Aku kalah lagi dengan renungan mata redup berwarna coklat hazel itu. Tangannya disambut dan aku perlahan keluar dari selimut tebal. Erfan tersenyum lagi walaupun sudah menikmati tubuh aku sebentar tadi.

Selesai mandi bersama dan sempat bergurau senda di dalam tab, aku terlebih dahulu keluar untuk memakai pakaian. Aku melihat wajahku di cermin meja solek. Walaupun aku bukan wanita yang dilahirkan dalam kemewahan, tetapi aku bersyukur juga kerana memiliki bentuk tubuh yang sempurna dan kecantikan yang asli tanpa perlu aku bersusah payah ingin merias wajahku.

Aku kembali menyambung kerja untuk menyusun pakaian lelaki itu di dalam wardrobe yang tertangguh tadi. Erfan keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Aku melihatnya hanya sekilas.

“Tya sayang...”

Aku terus menoleh melihat lelaki itu di muka pintu. “Ya?”

“Hot coffee... di bilik bacaan ya.”

“Baik, saya pergi selepas selesai susun pakaian tuan...”

“Terima kasih...” ucap lelaki itu lagi sambil mengenyit mata kepada aku.

Aku tersenyum secara spontan. Debaran di dadaku tidak pernah surut setiap kali aku bertentang mata dengannya. Panahan cinta? Mungkin...

Aku membawa satu mug berisi kopi panas ke bilik bacaan lelaki itu. Dia sedang fokus dengan kerjanya di meja sehingga tidak menyedari kehadiran aku.

“Ini kopi,” ujarku lembut supaya dia tidak terkejut. Ya, sampai sebegitu sekali aku menjaganya.

Erfan mengangkat muka melihat aku dengan serius. “Aku buat kerja sekejap... Kau tidur dulu.”

“Baik,” ujarku patuh.

Aku kembali ke dalam bilik dan merebahkan badan di atas katil empuk. Aku terlalu lelah sehingga tanpa sedar mataku memberat dan aku terus tertidur.

AKU terjaga pada pagi itu ketika cahaya matahari sudah menyusup masuk melalui celahan jendela. Aku melepaskan nafas lega kerana kerana tidurku amat berkualiti kali ini. Namun, aku sedar akan tangan sasa yang melingkari pinggangku. Aku cuba mengalih tangan itu perlahan-lahan. Tetapi tiba-tiba aku dipeluk kejap. Aku tersentak.

“Tuan... sudah bangun?” soalku.

“Hmm...”

Aku antara dengar tidak dengar dia bergumam.

“Tya bangun dulu, nak buat sarapan...”

“Aku tak nak makan...” bisiknya.

“Jadi?” soalku polos.

Erfan pantas menarik aku sehingga menghadapnya. Aku terkesima kali ini. Apa lagi?

“Kenapa wajah kau tak ceria macam selalu, Tya? Kau tak sihat?” soalnya sambil membelai anak rambutku.

Aku menggeleng lemah. “Saya cuma letih...”

Erfan tersengih. “Ya, kau bekerja keras semalam...”

“Saya letih perkara lain.” Aku akhirnya cuba untuk meluahkan.

“Tell me what’s bothering you?”

Aku terdiam kelu. Adakah aku harus menyatakannya sekarang? Apa dia akan berubah jika aku meluahkan hasrat ini?

“Saya mahu... hubungan yang halal.” Akhirnya aku berjaya meluahkan ayat yang setahun tersimpan di benak.

Erfan mengerutkan dahinya sehingga keningnya hampir bertemu. “Apa?”

“Tuan Erfan...” Aku benar-benar terasa nafasku sesak ketika ini. “Sampai bila kita harus begini?”

Erfan mengangkat tangannya yang tadi melingkari pinggang aku. Air mukanya benar-benar berubah.

“Aku tak suka berbincang hal ini...”

“Kenapa tidak mahu bernikah? Bukankah tuan pernah berjanji tidak akan sia-siakan saya?” soalku dengan nada yang semakin sayu. Aku tidak pernah meninggikan suara dengan lelaki ini, walaupun dia sebenarnya bukan lelaki yang harus aku taat.

“Tya... kau tahu, kan? Aku tak pernah sebut tentang pernikahan. Tidak sia-siakan kau yang aku maksudkan...” Erfan berjeda.

“...adalah keperluan hidup kau yang aku beri sebagai gantinya.”

“Tuan...” Aku bingkas bangun. Air mataku sudah bergenang. “Saya mohon... bukankah tuan cintakan saya?”

Erfan tiba-tiba mengangkat keningnya. “Tya... jangan cakap benda mengarut. Aku tak suka. Pergi buat sarapan.”

Aku menggeleng. “Tuan...”

“Baiklah... sebab kau degil, aku akan beritahu satu perkara yang akan buat kau lebih sakit. Aku akan kahwin bulan depan! Puas hati? Dengan pilihan keluarga aku. Dan sudah tentulah seseoang yang layak menjadi isteri aku,” luah Erfan lalu bingkas bangun tanpa memandang wajahku.

Aku tergamam. “Apa? Tuan... tuan tidak bohong, kan?” soalku dengan dada yang mahu pecah. Bergetar bibirku bersama linangan air mata yang tiada harga.

“Dah lama aku nak beritahu kau, ini adalah hakikat...”

“Tuan dah berjanji untuk tidak sia-siakan saya...” rayuku dengan lirih.

“Jadi, kau percaya?” Erfan menoleh tepat kepada aku dengan sinis.

Aku terpempan lalu memandangnya dengan hati yang pedih. Erfan mendekati aku lalu kedua-dua belah bahuku dipegang kejap.

“Tya... dengar sini. Kalau kau masih mahu tetap di sisi aku, jangan sebut perkataan bernikah. Aku akan muak...”

Bergetar bibirku sehingga aku tidak mampu untuk membalas bicaranya yang tajam itu. Tubuhku ditarik dalam dakapannya, dan aku tetap kaku dengan menahan air mata.

“Jangan sebut lagi, aku belum ready kehilangan kau, Tya...”

Aku menggeleng perlahan. “Tuan mahu berkahwin? Jadi buat apa lagi bersama saya... saya cuma tempat tuan melepaskan nafsu kemudian saya akan dicampak seperti wanita lain bukan?”

“Kalau kau tak mahu dicampak, jangan buat aku muak...”

“Tapi... saya tak nak berterusan hidup macam ni...” Kali ini aku menghamburkan tangisan di bahu lebarnya. Ya... aku sama sahaja dengan perempuan tiada maruah di luar sana. Menggadai harga diri demi lelaki yang kononnya sudah berjanji mahu bertanggungjawab. Aku terlalu lemah untuk mempertahankan harga diri aku kerana aku terlalu cintakan lelaki ini. Terlalu cinta...

“Hidup yang bagaimana maksud kau, Tya? Aku tak memaksa kau untuk melayani aku... aku tak membeli kau dari sesiapa. Kau bukan juga perempuan simpanan aku. Malah, bukan kekasih aku atau bakal isteri aku. Kau cuma...” Erfan menuding jari tepat ke wajahku dengan berjeda, dia seperti sedang memikirkan aku ini sebenarnya siapa di dalam hidupnya.

“Kau cuma... bukan siapa-siapa! Jadi, jangan tunjuk seolah-olah kau tu mempunyai harga diri.”

Aku meneguk liur yang kelat. Jadi, aku bukan siapa-siapa?

“Tuan...” Aku memandangnya dengan linangan air mata. “Saya... cintakan tuan.”

Lelaki itu ketawa sinis. “Itu bukan cinta Tya... jangan keliru dengan perasaan kau sendiri. Kau cuma obses dengan ketampanan aku, dan kehebatan aku di atas ranjang. Tidak lebih... aku yakin esok kau akan terus lupakan aku. Kau perempuan yang menarik Tya, pakej yang lengkap, kecuali otak yang cerdik. Kalau kau mudah terpedaya dengan lelaki maka itu bukan salah aku.”

Aku menggeleng lagi. “Tidak... saya benar-benar cintakan tuan. Saya merayu jangan buat saya begini...”

“Aku bosan dengar rayuan kau... so, keluar dari rumah ini. Now!” jerkahnya secara tiba-tiba.

“Tuan...” Aku menarik tangannya dan terus menangis teresak-esak. “Saya tidak boleh hidup tanpa tuan. Tuan adalah satu-satunya yang saya ada dalam hidup ini...”
Erfan merenung tangannya yang aku pegang kejap. Aku terasa dunia aku sudah hancur di saat ini.

“Aku cakap yang aku akan berkahwin! Dengan wanita yang layak. Kau kena cermin diri... pergi masa aku masih bersabar. Keluar sebelum aku lempar barang ke muka kau,” bentaknya keras dengan matanya mencerlung tajam kepada aku. Tangannya juga direntap kasar.

Aku tidak pernah melihat pandangannya seperti itu selama ini. Padangan yang tiba-tiba menjadi benci. Hanya kerana aku memintanya menghalalkan aku? Aku sedar aku tidak layak tetapi lelaki ini langsung tidak mempunyai hati.

“Tuan telah mempermainkan hati saya. Hati yang benar-benar tulus... saya bersumpah, tuan tidak akan bertemu cinta sejati sehingga akhir nyawa...”

Lelaki itu melepaskan tawa yang kedengaran sumbang. “Aku boleh membeli cinta dengan apa yang aku ada. Aku malah telah membeli kepercayaan kau. Pergi... aku akan masukkan wang ke dalam akaun kau sebagai bayaran malam tadi... aku puas!” katanya dengan sinis.

Aku benar-benar terasa terhina walaupun aku sudah lama kehilangan harga diri. Aku juga manusia. Sejijik mana pun aku... aku masih punya hati dan perasaan. Dan saat ini hati aku tiba-tiba menjadi kepingan kaca yang terhempas di atas batu. Pecah berderai dan hancur. Aku tidak yakin bisa mengutipnya kembali atau tidak untuk seumur hidup.

 

Okeyyy....Done prolog dan Bab 1. Sila meriahkan ruang komen yaaaaa!! hehe..

Share this novel

pbezpq
2024-11-20 14:37:41 

test_account

Zuraida Ahmad
2024-04-07 02:15:54 

ada novel kn.nk beli mcm mna

Ain Suhaimi2401
2022-04-20 12:15:39 

Bila dah ambik tinggal macam tu jerr... Geram pulak dgan erfan..


NovelPlus Premium

The best ads free experience