Rate

Bab 3

Romance Completed 764276

"OMG! Aku dah lambat." Jerit Dian sebaik melihat jam di dinding. Pagi itu dia bangun sedikit lewat untuk ke kampus.

Dia langsung bergegas ke bilik air dan bersiap-siap dengan kadar segera. Beberapa minit kemudian dia berlari ke ruang tamu mengambil kunci kereta yang terletak di atas kabinet.

"Bangun lambat lah tu? Tak sarapan dulu?" Tegur Karina yang sedang duduk di atas sofa.

"Dian breakfast kat sana je ibu. Takut lambat sampai." Jawab Dian sambil tunduk mencium tangan Karina. Setelah itu dia menuju keluar untuk memandu kereta.

[Aku on the way.]

Pesanan whatsapp dihantar pada Cindai.

HAMPIR 30 minit Cindai menuggu Dian di kantin. Dia ralit dengan telefon ditangan. Nasi lemak dan air milo yang baru dibelinya tadi tidak terusik.

"SugarSugar. Meet and.." Dian sempat membaca sepotong ayat yang terpapar di layar kaca telefon Cindai sebelum sahabatnya itu berpaling ke arahnya.

"Oii cepatnya sampai! Laju betul. Mesti kau bawa kereta macam palesitkan. Tahulah siang hari." Ujar Cindai. Cepat-cepat dia memasukkan telefon ke dalam beg tangan.

"Ala laju sikit je bukan laju banyak. Kau buat apa tu? SugarSugar tu apa? Candies?" Soal Dian tanpa mengetahui mengenai aplikasi tersebut. Dia duduk di sebelah kemudian menarik pinggan nasi lemak Cindai dan disuap ke dalam mulut sendiri.

"Tak ada apa lah. Kau lambat sampai ni kenapa? 10 minit lagi kelas nak mula. Dah lah semalam ponteng kelas, ponteng kerja. Tak whatsapp aku pula tu." Dahi berkerut memandang Dian.

"Aku bangun lambat. Malam semalam aku tak cukup tidur sebab ni." Tangan diangkat menunjukkan cincin yang tersarung dijari. "So, malam tadi aku balas dendam tidur puas-puas tapi tak sangka pulak terbabas sampai ke pagi." Sambungnya.

"Wah, cincin baru ke? Tapi kenapa dengan cincin tu sampai kau tak puas tidur? Apa kaitan?" Cindai menghirup air milo menunggu jawapan Dian.

"Aku dah tunang."

'Uhuk,uhuk!' Cindai tersedak. "Apa kau dah tunang? Serius lah." Soalnya tidak percaya.

Dian mengangguk kepala. "Yup! Kena paksa. Cuba teka sebab apa?"

"Dyana?" Jawab Cindai dengan mengangkat sebelah kening.

"Betul!" Dian menepuk tangan. "Siapa lagi kalau bukan sebab budak tu. Si anak intan payung tu."

"Weh, macam tak percayalah. Boleh erk sampai macam tu sekali?"

Dian mengangguk kepala. Sesudu lagi nasi disuap ke dalam mulut. Kemudian pinggan nasi lemak ditolak semula ke depan Cindai.

"Apasal adik kau selalu dilebihkan eh? Dia buat apa pun akibatnya kau yang tanggung. Dari dulu layanan korang ni lain-lain. Macam pilih kasih. Kenapa eh? Aku rasa kan kalau kau bukan anak angkat mesti kau anak pungut. Kena pungut bawah pokok pisang." Cindai membuat kesimpulan mengikut apa yang terlintas difikirannya.

Dian ketawa geli hati. "Bendul kau ni. Kalau betul lah aku anak pungut bawah pokok pisang ke apa, kenapa muka aku sebijik muka ayah aku. Kau tengok ni jelas muka Affendi kan?" Dian menunjuk ke muka sendiri bersama sisa tawa.

"Ha'a..mulut kau je ikut Aunty Karina." Jawab Cindai.

Dian menghela nafas. Serius. "Aku tak tahu lah Cin, aku tak ada jawapan. Mungkin sebab aku anak sulung so parents aku fikir anak sulung ni kena pikul beban. Kena tanggung semua."

"Hmm..Kesian kau Dian. Tapi kan siapa lelaki bertuah tu? Handsome tak?" Cindai menongkat dagu.

Dian mengambil sesudu nasi lemak lalu menyuap ke mulut Cindai. Sibuk bercerita sampai makan pun lupa perempuan itu. "Abang Syahmi. Anak ketua kampung. Boleh lah sedap mata memandang, tak kacak sangat macam Syah Rukh Khan idola kau tu."

"Idola aku memang kacak tak ada tandingan. So, lepas ni kau kena kahwin dengan dia ke? Kau boleh terima dia, siapa tadi? Abang Syamil?" Cindai bertanya dengan mulut yang penuh.

Melihat Cindai rancak bertanya, Dian kemudian menyuap kan lagi sesudu nasi ke mulut kawannya itu.

"Dah lah aku boleh makan sendiri. Tercekik kang." Sambung Cindai memarahi Dian. Tersembur nasi keluar dari mulutnya.

"Hish, tersembur ni hah. Makan lah elok-elok." Dian menahan senyum. Disebabkan dia lah Cindai makan sebegitu rupa.

Bahu Dian dipukul geram.

"Jadi lepas ni kau kena kahwin lah dengan Abang Syamil tu?" Cindai mengulang tanya.

"Syamil apanya. Syahmi. Abang Syahmi. Kalau ikutkan habis degree ni kami nikah. Beginilah nasib aku Cin. Jauh sekali dari kehidupan yang aku inginkan. Mampu berangan je lah." Jelas Dian. Kali ini Dian pula yang menongkat dagu. Sayu.

"Ada ke yang dapat semua apa yang dia inginkan Dian? Aku rasa tak ada. Anggap je lah rezeki kau macam tu." Balas Cindai.

Dian mengangguk setuju.

"Kalau habis degree ni kau nikah maksudnya lagi berapa bulan lah kan? Tapi kan, kau punya crush macam mana? Lecturer handsome tapi muka beku tu nak letak mana?"

"Sir Raees? Oh no! Sampai bila-bila pun jadi crush je lah gamaknya."

"Melepas. Dah lah handsome. Rendah diri pula tu. Dia seorang je lecturer ada PhD tapi suruh student panggil Sir kan. Tapi sayang muka beku."

"Muka beku pun ramai peminat cair tau. Wajah kacak dia tu buat hati terpikat. Termasuk aku." Kata Dian dengan sengihan. Membayangkan wajah lecturer tersebut berada di depan mata.

"Laki orang kut dia tu. Mesti bini dia pun cantik. Tak pandang dah perempuan lain."

"Kau pernah tengok ke bini dia?" Dian tertanya siapakah wanita pemilik hati lecturer dambaan ramai itu.

"Tak pun. Hmm.. tapi aku dengar Sir Raees nak berhenti. Last minggu ni." Kata Cindai. Air milo dalam cawan dihirup.

"Apa! Betul ke?" Dian mengoncang tangan sahabatnya itu.

'Uhuk, uhuk.' Cindai tersedak buat kali kedua. "Astaga, Tak lama aku mati tercekik."

Dian segera menutup mulut Cindai dengan tangannya. "Betul ke?" Soal Dian perlahan. Tidak dihirau wajah kelat Cindai.

Cindai menarik tangan Dian daripada terus menekap mulutnya. "Iye, aku dengar sebab dia nak fokus handle syarikat keluarga dia. Alah, apa ntah. Syarikat keluarga Zein tu lah. Atuk dia kan Dato' Zein. Dah lah kau tak payah lebih-lebih. Kau dah tunangkan. Pergi date dengan tunang kau lagi elok daripada nak crush suami orang bagai." Terang Cindai.

"Ala..Nak crush pun tak boleh." Dian memuncungkan bibir.

Kemudian Dian teringat sesuatu lalu mencuit bahu Cindai. "Petang nanti Abang Syahmi nak hantar aku pergi kerja. Nanti aku kenalkan kat kau eh." Katanya dengan senyuman.

"Orite!" Jawab Cindai. Dia kemudian mengeluarkan telefon sebaik mendengar bunyi notifikasi daripada aplikasi SugarSugar. Dia melirik sesaat ke arah Dian memastikan gadis itu tidak mencuri pandang pada telefonnya lagi.

"Weh, mampus! Kelas dah start. Kena tiau dengan prof Zarah kang. Sibuk sangat bercerita. Jom-jom." Dian menarik tangan Cindai bangun berdiri.

"Hah, jom lah. Tapi Prof Zahrah.."

"Cepatlah." Desak Dian memintas kata Cindai.

Dian dan Cindai berlari anak untuk sampai ke kelas. Takut di marah andai Prof Zahrah sampai terlebih dahulu berbanding mereka. Ditambah pula Prof Zahrah sedang berbadan dua. Cepat saja bertukar angin.

Baru saja mereka tiba dimuka pintu. Dian tiba-tiba berhenti berlari. Kelihatan lecturer dambaannya, Raees juga hendak melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.

"Ouchh!" Cindai terlanggar belakang Dian. Menyebabkan Dian terdorong sedikit ke depan hampir mengenai Raees. "Hish, kau ni kenapa?" Marah Cindai. Dahi digosok perlahan.

Raees berpaling melihat ke arah dua orang gadis tersebut dengan pandangan kosong.

"Sir." Tegur Dian ramah dengan sebaris senyuman. Memberi laluan untuk lecturer kacak itu masuk terlebih dahulu.

Raees mengangguk kepala sekali sambil melangkah masuk. Muka beku tanpa secalit senyuman.

"Aduh kacaknya." Gumam Dian. Mereka kemudian mengekori Raees masuk ke dalam sebelum mengambil tempat duduk di tempat mereka seperti selalunya.

Terdengar beberapa suara daripada mahasiswi seakan sedang berbisik-bisik melihat Raees. Tidak kurang juga mahasiswa. Tetapi Raees mengendahkan suara-suara sumbang tersebut. Terbiasa.

Dian menyiku perlahan Cindai yang sedang mengatur nafas di sebelahnya. "Cin, kenapa Sir Raees masuk kelas kita?" Bisik Dian.

Matanya fokus melihat Raees yang bercakap di hadapan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sikitpun dia tidak mendengar apa yang Raees sampaikan.

"Laa..Kau ni." Cindai menarik nafas dalam sebelum menyambung kata. "Tak tengok group whatsapp ke? Minggu ni Prof Zahrah cuti. Sir Raees ganti kelas dia."

"Ha? Ye ke? Kenapa tak bagitahu tadi?" Dian berpaling dan matanya membulat.

"Tak sempat. Dah kau kelam kabut tarik aku berlari. Fuhh, Semput!" Rungut Cindai.

"Wah bestnya." Dian ketawa suka. Tidak menyangka dia boleh menatap wajah kacak Raees sepanjang kelas. Tanpa sedar suara tawanya bergema jelas disebabkan keadaan kelas yang fokus mendengarkan Raees di depan. Semua mata beralih melihat ke arah Dian. Dian mengetap bibir.

"Seronok nampak." A voice full of authority. "Awak dengar saya tak tadi?" Soal Raees dari depan.

Dian menggeleng. Mukanya terasa bahang. "Maaf Sir."

Manakala Cindai tunduk menahan gelak tawanya dari terletus melihat reaksi Dian.

Raees masih memandang Dian seketika. Memikirkan sesuatu. "Habis kelas ni sebelum keluar jumpa saya." Ujarnya.

"Baik Sir." Akur Dian. Tidak kisah lah keluar lambat pun asalkan dia dapat cuci mata. Menyempat.

Raees kembali fokus kepada seiisi kelas.
"Okay. Disebabkan tadi ada yang tidak memasang telinga, terpaksa saya ulang..."

Raees menjeling ke arah Dian sesaat. "..memandangkan minggu ni Prof Zahrah cuti, kelas beliau pada hari ni, hari khamis dan jumaat nanti saya yang ambil alih. Dan saya difahamkan minggu lepas Prof Zahrah ada memberikan tugasan secara berkumpulan. Bentangkan hari ni kemudian berikan hardcopy yang awak semua dah siapkan." Terang Raees panjang.

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Adakalanya Dian tersenyum sambil menatap wajah Raees. Tangan dibawa menongkat dagu.

'Lelaki kacak? Ya, perempuan mana yang tidak suka melihat kekacakan lelaki. Bukan saja kekacakan yang terpampang di paras rupa, sebaliknya sifat kacak dari dalaman lelaki itu sendiri. Sir Raees Suffian? Dalaman dia aku tak tahu. Tapi yang lagi pasti, aku cair dengan kekacakan luaran dia.' Dian berdialog dengan diri sendiri.

Namun adakah wajah kacak itu akan sentiasa menarik dan mencairkan hati Dian?

Please support kisah Dian ye.. juga kisah Tisha dan Iskandar dalam Mr Husky Voice dan Cik Duri. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience