Rate

Bab 4

Romance Completed 764272

"DIAN. Aku ada hal lah. Jumpa kau kat tempat kerja eh. Kelas petang ni aku tak masuk tau." Kata Cindai. Dia bangun tergesa-gesa meninggalkan Dian.

Dian terpinga-pinga melihat Cindai yang berlalu pergi. Kalau diikutkan hati mahu saja dia mengikuti Cindai. Tingkah sahabatnya itu menimbulkan tanda tanya padanya. Tetapi disebabkan sekejap lagi dia harus berjumpa Raees. Maka, dia hanya mengiringi pemergian sahabatnya itu dengan pandangan mata.

Dian berlambat-lambat mengemas peralatan tulis dan not miliknya sementara rakan sekelasnya yang lain beransur meninggalkan dewan kuliah. Sesekali dia melirik ke arah Raees yang dikerumun beberapa mahasiswi. Ada yang sungguh bertanya mengenai subjek pembelajaran dan ada juga sekadar menyemak agar Raees menyedari kewujudan mereka. Termasuk Atira. Rakan sekelas yang sentiasa tidak berpuas hati terhadap hubungan persahabatan Dian dan Cindai tanpa sebab. Walhal dua sahabat itu tidak pernah menganggunya.

Melihat kelas yang sudah lenggang. Dian bangun berjalan ke arah Raees yang sedang duduk membaca sesuatu pada komputer ribanya. Pen ditangan diketuk-ketuk perlahan di atas meja. Hati Dian sedikit berdebar memandangkan ini kali pertama dia berurusan dengan Raees.

"Sir." Sapa Dian.

"Yes?" Soal Raees. Matanya masih tertumpu pada skrin yang menyala di depannya.

"Er..tadi Sir suruh jumpa lepas habis kelas." Balas Dian. Perantara kedua keningnya sedikit berkerut. 'Tak kan dah lupa.' Desisnya.

Raees panggung kepala memandang Dian. Mata dipicingkan. Seketika baru lah dia teringat.

"Oh, Wait." Raees kembali fokus ke arah komputer ribanya.

'Pula. Tak apa lah boleh pandang Sir lama sikit.' Dian senyum dalam hati.

Dia kemudian berlalu duduk di kerusi pelajar yang paling dekat dengannya. Beberapa mahasiswi sempat melirik ke arah Dian sebelum keluar. Sudah tentu mereka berfikir Dian hendak mengayat lecturer dambaan ramai mahasiswi itu. Lantaklah.

Sepuluh minit berlalu. Kelas yang tadi penuh kini tinggal mereka berdua. Raees masih seperti tadi.

Dian menggaru kepala yang tidak gatal. 'Hish, Sir Raees ni lupa ke aku kat sini.' Bisik hatinya.

Baru saja dia hendak bersuara, dilihat Raees sedang menutup rapat komputer ribanya. Kemudian kedua lengan baju kemeja dilipat ke siku sehingga melihatkan urat kekar di kedua lengannya itu.

Rekod kehadiran dicapai. "Nama apa?" Soal Raees selepas itu.

"Siapa, Sir?" Tanya Dian blurr. Dia menoleh ke kiri dan kanan melihat andai ada sesiapa lagi di dalam kelas tersebut.

"Ada orang lain ke kat sini? Tak kan saya nak tanya nama saya sendiri."

Zupp! Ungkapan Raees mengena ke jantung.

"Err..Dian. Dian Andrea, Sir." Dian bangun dan berdiri lebih kurang satu meter di depan meja Raees.

"Dian Andrea binti Affendi. Hmm, rajin." Raees membaca nama penuh Dian dan melihat rekod kehadiran gadis itu. Fail kehadiran di letakkan semula.

Raees bangun dan berjalan ke depan. Kemudian dia bersandar di sisi meja. Betul-betul dekat dan berhadapan dengan Dian. Tanpa sengaja dia terlihat sebentuk cincin pada jari gadis itu.

"Tunang?" Raees memandang tepat ke wajah Dian. Tangan dilipat ke dada memeluk tubuh.

Dian mengangguk. Kemudian dia mundur setapak disebabkan Raees berdiri terlalu dekat dengannya. Dia janggal.

Raees melunjur tangan mencapai telefon yang terletak di sebelah komputer riba. Dia memasukkan kata kunci pada skrin telefon tersebut kemudian diberikan kepada Dian. "Your number."

Dian teragak-agak mengambil telefon tersebut.

"Lusa ada perubahan jam kelas. Nanti saya inform. Tugas awak memastikan semua classmates awak maklum. Kalau ada yang tak hadir sebab tak dapat maklum. Awak bertanggungjawab." Terang Raees.

Dian menelan air liur. Tidak memasal menjadi satu kerja untuknya. Jari laju memasukkan nombor telefon. Kemudian nama. Jari terhenti seketika.

"Er, Sir. Nak letak nama apa?"

Raees mengangkat sebelah kening. "Kalau awak isteri saya letak lah beloved wife or sayang." Perlinya sinis.

Jengkel. Sekali lagi terkena. Tanya lagi soalan bodoh. Dian cepat-cepat menaip namanya dan mengembalikan telefon tersebut.

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. "Nanti barang atas meja ni bawa ke bilik saya. Semua. Denda sebab tak pasang telinga awal kelas tadi." Arah Raees lalu mengatur langkah keluar.

Dian memandang Raees sehingga hilang di sebalik pintu.

"Kena panjat tingkat paling atas ke? Ni yang aku malas ni. Hmm.. Sebab Sir crush aku, aku sudi jadi rajin menapak ke atas. Tapi cukup kali ni je. Lain hari no no no." Dian mengoyak sengih lebar sambil mengemas barang-barang yang ditinggalkan Raees di atas meja.

TEPAT pukul lima petang. Syahmi sampai di depan rumah Dian. Seperti yang dijanjikan, dia datang untuk menghantar Dian pergi ke tempat kerja.

"Syahmi masuklah. Dian ada kat dalam." Tegur Karina sebaik saja dia melihat Syahmi berdiri di depan pintu. Maklum akan tujuan anak muda itu datang ke kediaman mereka.

"Tak apa aunty. Saya tunggu sini je. Aunty dan uncle sihat?" Tanya Syahmi.

"Aunty sihat. Uncle kau awal pagi dah masuk hutan. Mungkin dua minggu lagi baru balik."

"Ibu, Dian pergi dulu." Tegur Dian yang baru saja berdiri di sebelah ibunya. Tangan Karina disalam. Sempat dia mengoyak senyum ramah pada tunangnya itu.

"Ha yelah. Syahmi elok-elok bawa kereta ye. Kalau boleh kamu tengok-tengokkan lah Dian ni."

Syahmi tersenyum dan mengangguk kepala. "Baik aunty. Kami pergi dulu."

Dari tingkap rumah, Dyana memerhati Dian dan Syahmi yang berlalu. Sedikit rasa kesal singgah dihati. Dia mula cemburu.

TIBA di kafe, Dian keluar dari kereta diikuti Syahmi. Syahmi duduk di satu meja manakala Dian masuk ke dalam bilik locker untuk menukar uniform kerja.

Beberapa minit kemudian Dian datang membawa secawan kopi untuk Syahmi. "Abang nak makan apa-apa?"

Syahmi menggeleng. "Abang tak lapar lagi. Dian kerja lah. Abang duduk kejap je." Jawab Syahmi. Kopi ditiup perlahan sebelum dihirup membasahkan tekak.

Sementara itu, Dian melabuhkan duduk dihadapan Syahmi. "Lagi lima belas minit baru Dian tukar shift." Jawabnya. Dia akan menggantikan shift Laila salah seorang pekerja kafe tersebut.

Tidak lama kemudian Cindai pula sampai.

"Cin." Panggil Dian. Cindai yang melihat sahabatnya bersama seorang lelaki datang menghampiri.

"Hal kau dah selesai?" Soal Dian mengingat Cindai yang keluar tergesa-gesa selepas kelas Raees tadi.

"Er, Dah." Jawab Cindai pendek. Kemudian dia memandang Syahmi. "Ni siapa Dian?"

"Pagi tadi aku kata nak kenalkan kau dengan tunang aku kan. Ini lah dia Abang Syahmi." Dian memperkenalkan Syahmi kepada Cindai.

"Oh, ini lah orangnya. Boleh tahan handsome juga tunang kau Dian. Abang Syahmi, saya Cindai kawan baik Dian. Kalau nak tahu rahsia pasal Dian boleh tanya saya." Jelas Cindai dan tertawa kecil.

"Hish, aku mana ada rahsia." Balas Dian.

Cindai kemudian membongkok dan mendekatkan bibir ditelinga Dian. Membisikkan sesuatu. "Rahsianya..kau ada crush. Sir Raees."

"Mengarutlah. Rahsia apa macam tu."

Cindai ketawa. Sungguh dia tiada memegang sebarang rahsia Dian. Tetapi sebaliknya, dia yang merahsiakan sesuatu daripada Dian. Perancangan untuk kepentingan dirinya.

"Eh, aku tukar baju dulu lah. Jumpa lagi Abang Syahmi."

"Yelah, cepat sikit." Balas Dian. Manakala Syahmi hanya mengangguk dan tersenyum melihat gelagat dua sahabat itu.

"Syahmi?" Tegur Maria. Salah seorang majikan Dian. Maria dan Deliya merupakan rakan kongsi aktif untuk menguruskan perniagaan kafe tersebut.

Syahmi dan Dian berpaling ke arah Maria. Wanita itu menarik kerusi lalu duduk di sebelah Dian.

"Mar. Lama tak jumpa." Balas Syahmi.

"Hah, tu lah. Lama tak jumpa. Kau buat apa kat sini? Mak Su kata kau dah tunang."

Dian blurr. "Er..Kak Maria dengan Abang Syahmi kenal ke?" Dian memandang wajah Maria dan Syahmi bergilir. Tertanya mengenai hubungan mereka berdua.

"Apa tak kenalnya. Kenal lah. Syahmi ni sepupu sedara akak. Kita orang sebaya."

Dian tercengang. "Laa..baru tahu. Abang Syahmi pun senyap je."

"Kenapa? Korang berdua kenal ke? Eh kejap, korang sekampung kan mestilah kenal." Ujar Maria.

Syahmi pula tertawa kecil. "Dian ni lah tunang aku, Mar."

Membulat mata Maria. "Laa.. Tak jauh jodoh kau rupanya. Anak buah aku juga kau kenan ye. Patut macam mimpi kau datang sini." Balas Maria dengan senyuman. Bahu Dian dirangkul lembut.

"Aku singgah sebab hantar Dian je. Ni pun aku nak gerak balik dah ni. Lepas ni boleh lah aku singgah selalu."

"Itu lah kau. Kalau bukan sebab Dian, tak ada maknanya kau nak datang kan."

Syahmi tersengih. Kopi yang suam dihirup hingga setengah. Lalu dia bangun berdiri hendak pulang. "Mar, aku gerak dulu. Jumpa lagi. Kau jangan dera tunang aku. Jangan bagi kerja berat pula."

"Eleh, risau sangat dekat tunang dia. Sampaikan salam aku kat Mak Su dan Pak Su ye." Balas Maria pula.

"InsyaAllah." Ujar Syahmi sambil berlalu. Dia menoleh ke arah Dian dan menghadiahkan senyuman manis pada gadis itu sebelum pergi. "Dian abang balik dulu ye. Malam nanti abang datang ambil."

Dian tersenyum. "Baik. Thanks abang."

"Tak lama lagi kita berkeluarga lah eh Dian." Ujar Maria setelah Syahmi pergi.

Sesaat kemudian muncul Deliya. Semasa dia masuk tadi, dia berselisih dengan Syahmi yang dilihat dari menemui Dian dan Maria. Sempat dikerling wajah lelaki itu.

"Er, siapa tu?" Tanya Deliya. Punggung di labuhkan duduk di tempat Syahmi tadi.

"Syahmi. Sedara aku merangkap tunang Dian." Jawab Maria dengan yakinnya.

"Dian dah tunang? Wah, Tahniah Dian. Akak doakan hubungan Dian bersama tunang kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu." Ikhlas Deliya.

"Aamiin. Thanks Kak." Balas Dian. Sungguh dia juga mengharapkan yang sama walaupun permulaan hubungannya bersama Syahmi tidak lah seperti yang dia inginkan.

"Jangan jadi macam akak. Hubungan separuh jalan. Kena tinggal suami." Luah Deliya.

Diusia 29 tahun dia bergelar janda setelah rumahtangga yang terbina selama dua tahun musnah lima bulan yang lepas.

"Kak jangan cakap macam tu. Jodoh ditangan Tuhan." Ujar Dian sambil mengusap tangan Deliya.

Disebabkan Deliya sering bercerita mengenai kehidupannya kepada Dian dan Maria. Mereka cuba untuk memahami perasaan Deliya. Menjadi pendengar yang setia.

Kehidupan rumahtangga Deliya, Dian jadikan sebagai pengajaran untuk dirinya kelak. Kehidupan yang mewah dan rezeki yang tidak putus dari segi kewangan tidak dapat menjamin kebahagian rumahtangga. Mahupun hubungan tersebut dijodohkan oleh orang tua.

"Dah lah jangan diungkit, kata dah move on. Jangan-jangan kau kawin dulu tak daripada Dian. Dah lah cantik bertudung. Berkarisma. Beratur lelaki nak kan kau tahu. Satu pergi seribu yang datang." Maria cuba menghiburkan kawannya itu.

Deliya tersenyum. "Entah dalam seribu tu ada sangkut kat kau pulak. Boleh lah kau pula kahwin lepastu. Jangan asyik aku je."

Maria dan Dian ketawa mendengarkan Deliya. Dian kemudian bangun meninggalkan kedua majikannya itu dan berlalu untuk menukar shift.

"Dian." Bahu Dian dicuit oleh Cindai yang baru saja keluar dari menukar uniform. "Tunang kau dah balik?"

"Dah. Baru je." Jawab Dian.

"Dia kerja apa? Polis ke?" Soalnya lagi.

"CEO."

"Hah! Ye ke? Uishh, bakal isteri CEO lah kau ni." Cindai kagum tidak percaya.

"Hahaha." Dian ketawa geli hati. "Bakal isteri operator kilang je Cin. CEO mana nak kat aku ni." Jelas Dian dengan sisa tawa.

"Hish, kau ni! Bermatian aku percaya." Marah Cindai tidak puas hati. "Erm..Dian. Esok kau free tak? Dalam pukul empat petang macam tu?"

"Empat petang? Esok kan kelas Prof Zaquan batal. Free lah. Kenapa?" Jawab Dian.

'Ting.' Telefon Dian berbunyi menandakan notifikasi masuk.

"Kita keluar nak? Kau tunggu aku dekat kafe sebelah Hotel Haston tu boleh?"

"Boleh." Jawab Dian pendek tanpa menolak. Tangan dimasukkan ke dalam poket mengeluarkan telefon yang berbunyi tadi. Membuka satu pesanan whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.

[Khamis kelas lewat petang. 6.00pm]

Dian menggaru kepala yang tidak gatal. "Siapa ni?" Gumamnya.

Puas Dian mengasah ingatan untuk meneka pemilik nombor tersebut. "Sir Raees." Dahi ditepuk. "Hish, tak ada salam, tak ada perkenalan. Mana orang nak tahu."

"Cindai." Laung Dian memanggil Cindai yang baru saja meninggalkannya.

Cindai berpaling.

"Ni, Sir Ra.. Eh, kau kenapa Cin?" Tanya Dian tanpa menghabiskan ayatnya. Dia melihat mata Cindai merah dan dipenuhi air jernih.

"Tak ada lah. Aku bangga je ada sahabat macam kau. Sentiasa sudi luang masa dengan aku selama ni." Terang Cindai. Dia mengelipkan mata berkali-kali agar air jernih dikelopak mata menghilang. Senyum paksa diukir.

"Tiba je kau ni. Kenapa? Kau ada sembunyikan apa-apa ke?" Soal Dian musykil.

Cindai menggeleng dan tersengih.

"Erm yelah. Ni..pasal kelas Prof Zahrah hari khamis nanti tu kan. Sir Raees buat lewat petang. Pukul enam."

"Pukul enam? Biar betul. Kenapa tak buat malam je Sir Raees kau tu." Omel Cindai.

Dian menjuih bibir dan mengangkat kedua bahu, tidak tahu. Kemudian dia menghantar pesanan whatsapp ke group khas kelas mereka. Memastikan semua classmates mendapat info perubahan jadual tersebut. Kalau terlupa boleh kena maki dari mulut pedas lelaki itu.

Tanpa Dian sedar. Cindai memandangnya dengan pandangan serba salah. Esok hari, kehidupan Dian semakin jauh dari bayangan yang gadis itu angankan. Jauh dari membina hidup bersama lelaki yang dicintai.

'Maafkan aku Dian.'

Slow update yer. jemput juga baca Mr Husky Voice dan Cik Duri. tq =)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-21 23:17:28 

tqvm leysaaa nnt update ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience