Rate

Bab 5

Romance Completed 764272

"Cindai lah mana tidak berkias jalinnya lalu rentah beribu..Opss ternyanyi pula." Dian tersenyum sendiri. Matanya liar mencari kelibat Cindai.

"Mana Cindai ni. Kata nak jumpa pukul empat. Telefon tak dapat pula." Omelnya. Jam tangan dikerling menunjukkan pukul 4.30 petang. Meja diketuk-ketuk perlahan sebagai gendang. Bosan.

"Maaf Dian. I terlewat. Baru habis meeting." Sapa satu suara.

Dian berhenti dari bergendang. Dahi berkerut. Dia melihat seorang wanita chinese berpakaian office dress melabuhkan duduk di sebelahnya. Beg tangan berjenama gucci diletakkan di atas meja.

"Maaf, cik siapa ye? Kita kenal ke?" Tegur Dian. Dia keliru. Kalau salah orang kenapa wanita tersebut mengetahui namanya.

Wanita tersebut mengangkat pandang. Terhenti dari membelek beberapa kertas size A4 yang dipegang.

"Me? Puan Louisa lah. Tak kan tak kenal?" Terang Louisa. "Oh yelah kita tak pernah jumpa lagi kan. I selalu berurusan dengan Cindai je. Cindai tak datang ke?" Tanya Louisa. Dia menyambung membelek kertas-kertas ditangannya.

Dian melihat kosong setiap gerak geri Louisa. Matanya tertancap pada satu kertas yang tertera gambar juga maklumat peribadinya yang diletakkan teratas antara kertas lainnya.

"Cindai tak sampai lagi. Maaf, kenapa puan yang datang. Cindai tak bagitahu saya apapun." Soal Dian. Dia semakin keliru. "Tu gambar saya kan?" Tambahnya ragu-ragu.

Louisa keliru. Keliru dengan kekeliruan Dian. "Ya gambar dan maklumat you. Bukan ke you minta Cindai untuk carikan you sugar daddy?"

Dian melopong. "Su..Sugar daddy? Eh, tak! Saya tak pernah minta Cindai buat apa-apa untuk saya. Saya yakin Puan salah orang." Balas Dian. Hatinya mula gusar.

Louisa menggeleng kepala. Kertas yang tertera gambar dan maklumat Dian tadi dihulurkan. "I tak salah orang. Nama you dah terdaftar dalam senarai kami. Dan ini bukti kalau you setuju untuk join. Cindai berikan pada I petang semalam. Dan pihak kami dah berikan check bernilai dua belas ribu ringgit sebagai pendahuluan. Check tu dari pelanggan kami juga. Your daddy. Tinggal kertas perjanjian je you kena sign."

"What? Dua belas ribu!" Dian melopong tidak percaya.

"Ya. Ini kertas perjanjian you kena sign." Louisa menarik sehelai kertas paling bawah lalu diletakkan di depan Dian.

Kertas yang berada di depannya diambil lalu dibaca. Selesai membaca keseluruhan isi perjanjian tersebut, Dian menolak semula kertas itu ke depan Louisa.

"Tak. Saya tak nak sign. Saya tak pernah tahu pun hal ini dan saya sama sekali tak pernah bersetuju. Pihak puan tak selidik dulu ke sebelum terima?" Bantah Dian.

"Sorry dear. Bukan urusan I untuk memastikan maklumat yang pihak kami terima betul atau tak. Kalau maklumat dah sampai kira penama dah bersetuju then kami proses." Jelas Louisa panjang.

Dian meraup muka sebelum tangan naik memicit kepala. Serabut.

Louisa kemudian menghela nafas. Simpati melihat wajah kusut gadis disebelahnya itu.

"Betul ke you tak tahu langsung? You tak rasa you tertipu dengan kawan you sendiri ke? I rasa Cindai tipu you dan lari lepas dapat duit dari check tersebut." Dia yakin gadis itu tertipu. Apakan daya Louisa hanya menjalankan kerjanya.

Kerana wang, orang yang dianggap sahabat sanggup tikam belakang.

"Your daddy dah on the way. Pandai-pandailah both of you bincang okay." Sambung Louisa lagi.

Dian menggeleng kepala. Mustahil Cindai tergamak melakukannya begitu. Dia mendail nombor Cindai berulang kali. Namun, panggilannya itu langsung tidak tersambung.

"Cindai kau mana. Jangan buat aku macam ni." Dian resah. Skrin telefon terlihat kabur. Mata redupnya sarat dengan air jernih.

"Oh, your daddy is here." Ujar Louisa setelah melihat kelibat sugar daddy untuk Dian sedang berjalan ke arah mereka.

Dian semakin gelisah. Telefon ditangan ditenung mengharap Cindai menghubunginya semula. Sikit pun dia tidak tertarik untuk melihat lelaki itu. Sudah namanya sugar daddy sudah tentulah lelaki berumur, berduit, berblazer hitam, beristeri dan mungkin mengandung. Opss! silap, mungkin buncit seperti orang mengandung.

Louisa berdiri. Dian dapat mendengar derap langkah yang berhenti di depannya. Dekat dengan Louisa.

"Hi, how was your day, Mr Raees Suffian. Here you baby. Dian Andrea." Sapa Louisa juga turut memperkenalkan Dian.

'Raees Suffian?' Dian mengangkat kepala memandang empunya nama. "Sir Raees?" Hilang segala bayangan lelaki berusia dan buncit. Tetapi wajah kacak itu. Her crush. Namun, Dian tidak percaya dengan pandangan matanya kali ini. Mustahil.

Manakala Raees mencerun tajam. Dia juga tidak menyangka kehadiran Dian di situ. Bahkan sebagai sugar baby nya.

Kedua mereka saling berpandangan. Kedua-duanya terkelu lidah. Sunyi.

"Er, Raees. Could I have a word with you? There are some problems." Suara Louisa memecahkan kesunyian diantara mereka. Dia juga tidak menyangka reaksi dari kedua pelanggannya sedemikian rupa.

"Sure." Balas Raees tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah Dian.

Tidak jauh dari Dian. Louisa seperti sedang menerangkan sesuatu kepada Raees. Dilihat Raees berdiri di hadapan Louisa dengan kedua tangan di dalam poket seluar. Adakalanya mengangguk kepala beberapa kali sambil mendengar Louisa. Mungkin wanita itu sedang menerangkan kejadian mengenai Dian yang ditipu Cindai.

Beberapa minit kemudian, Raees kembali diikuti Louisa. Lelaki itu menarik kerusi dan duduk dihadapan Dian. Muka beku. Manakala, Louisa mengambil beg tangan miliknya dan tersenyum memandang Dian.

"Both of you bincang okay. I duduk kat meja hujung tu. Dah selesai I datang semula." Kata Louisa kemudian mengatur langkah meninggalkan Dian dan Raees.

Raees memandang Dian tajam. "Dah kemaruk duit sangat ke?" Soalnya tegas.

"Maksud Sir?" Dian mengerut dahi hingga kedua keningnya hampir bersambung. Tidak mengerti.

Raees menjongkit hujung bibir. Senyum mengejek. "Seorang pelajar yang masih muda sanggup cari lelaki berkerjaya semata-mata mahukan duit. Semurah itu?"

Dian tercengang. Hatinya sakit umpama tertusuk duri. Tidak menyangka perkataan tersebut yang keluar dari mulut lelaki itu. Lelaki yang dipandang tinggi olehnya.

"Tak! Sir salah faham. Saya tak tahu langsung pun mengenai hal ni."

"Tak tahu ke atau berkomplot dengan kawan awak tu. Dia bawa lari duit kemudian awak berpura-pura menjadi mangsa? Kat belakang bersuka ria dengan duit tu." Marah Raees.

Dada Dian berombak. Berang mendengar Raees merendahkan dirinya "Saya terjerat. Saya tertipu. Tak kan saya nak buat macam tu. Saya ada maruah Sir! Lainlah Sir, mengata orang diri sendiri terlibat benda merapu macam ni. Tak cukup satu. Sibuk mencari kat luar. Yang jauh lagi muda pula tu."

'Bang!'

Raees memukul kuat permukaan meja dengan tangan yang digenggam erat.

Bahu Dian terangkat. Terkejut dengan tindakan Raees. Begitu juga Louisa yang duduk di meja hujung. Bunyi pukulan Raees mengalihkan perhatiannya.

"So, kau nak sama kan aku dengan kau?" Soal Raees. Dia kini membahasakan 'aku kau' pada Dian.

"Aku tak mahu tahu masalah kau dengan kawan baik kau tu. Aku dah keluarkan duit, samaada kau bayar semula atau kau sign ni!" Raees menolak kasar kertas perjanjian yang berada di atas meja dengan hujung jarinya.

Dian menggeleng. Dia sedar ungkapannya tadi membakar amarah lelaki itu. "Sir please. Saya tak mampu bayar sekali semua. Bagi saya masa Sir. Saya bayar ansur-ansur."

"No!"

Dian menghela nafas berat. 'Masalah apa lagi aku perlu hadap ni. Cindai, mana kau pergi.' Bisik hatinya.

"Bagaimana? Kalau mampu bayar semula. Kalah tak sign kontrak tu." Suara lelaki yang tegas namun umpama sindiran ditelinga Dian.

Dian hanya tunduk mengetap bibir serta menggenggam erat kedua tangan. Otaknya ligat berfikir mencari jalan penyelesaian.

'Macam mana ni. Aku bukan ada duit banyak tu nak bayar sekarang. Tapi tak kan pula aku nak jadi perempuan simpanan. Apa baby sugar? Sugar Daddy? Euww..' Dian bermonolog dalam hati. Tiba rasa jengkel.

Walaupun lelaki itu Raees, tetapi Dian tetap tidak teringin menjalinkan hubungan seperti itu. Cukuplah ada Syahmi, hati pun dah mula sayang akan tunangnya itu.

Sesaat, dua saat.

"Dian Andrea! Aku tak ada masa nak tunggu." Suara tegas lelaki itu mengejutkan Dian.

Perlahan Dian mengangkat kepala memandang wajah Raees yang merenungnya tajam. Wajah yang dulu pernah membuatkan hatinya terpikat.

"Er..Bo..boleh." Ujar Dian dengan suara berketar.

"Boleh? Boleh apa? " Raees menjongkit sebelah kening. Dahinya berkerut.

"Sa..saya sign." Teragak-agak Dian mengambil kertas di atas meja yang tertera segala perjanjian.

Selesai menandatangani kontrak tersebut Dian melepaskan keluh berat. Huh! Apalah nasib.

'Srettt'

Lelaki dihadapannya itu bangun menolak kerusi sehingga terhasil bunyi geseran. Dia merapikan cotton coat yang dipakainya lalu meninggalkan Dian tanpa sepatah kata.

"Berlagak." Kutuk Dian. Kalau dulu wajah itu mencairkan hatinya tetapi tidak kini. Sebaliknya membuatkan dia menyampah.

Bukan saja menyampah dengan paras wajah kacak itu. Tetapi setiap inci dari atas ke bawah. Menyampah, sungguh menyampah.

"Sikit pun aku tak heran lah dengan lelaki berlagak macam kau." Sambung Dian dengan hati yang jengkel.

Kertas perjanjian di atas meja dicapai. "Eee..geramnya. Kenapa kau sign Dian? Baru kena gertak sikit dah takut. Kenapa? Kenapa kau tak lari je dari lelaki berlagak tu. Lari tahu lari?" Marah Dian pada diri sendiri. Dahi diketuk berkali-kali.

"Lari? You nak pergi mana? Cari Cindai. Maklumat you semua ada ni." Tegur Louisa. Tersenyum dia melihat telatah Dian yang memarahkan diri sendiri.

Louisa melabuhkan duduk di kerusi Raees tadi. "You jangan risau lah. Raees baik orangnya. I berani jamin dia tak kan usik you. Dia cari sugar baby sebagai teman untuk pergi jumpa client je. Atau jalan-jalan ke. You juga untung dia bawa jalan tanpa keluar bajet. Dapat pula bergaul dengan orang-orang berkerjaya, ternama. Lepas tu you dapat elaun lumayan tiap bulan. Mudah kan."

Louisa mengemas kertas-kertas di atas meja. Kertas perjanjian yang tersemat tanda tangan Dian disimpan rapi.

"Well, haruslah cari sugar baby kan. Tak kan nak ajak wife orang. Nahas yang dicari tu." Sambung Louisa lagi.

Dian menggaru pelipis mata. "Tapi tak kan sampai cari perempuan lain. Kalau isteri dia tahu macam mana. Yang tu pun mencari nahas juga. Boleh hilang nyawa saya nanti." Rungut Dian.

"Hah, Isteri? Ayo Dian, you tak baca detail Raees tadi ke? Semua ada dalam ni." Kata Louisa. Kemudian dia mengambil salah satu lagi kertas dan dibaca.

"Raees Suffian bin Zeinal Zein. 34 tahun. Masih muda tau. Bakal pewaris Zein Trading Cooperation. Status duda. You dengar tak? Duda. Dulu dia pernah kahwin dengan anak dari ibu ke ayah saudara dia, tapi dah cerai. Sebab apa tak tahu." Terang Louisa panjang lebarnya.

Louisa kemudian bangun berdiri. "I gerak balik dulu. Yang ni you simpan." Louisa memberikan Dian salinan kertas perjanjian tersebut. "Semoga bahagia dengan daddy you." Ujar wanita itu dengan senyuman. Belakang Dian digosok perlahan lalu pergi meninggalkan Dian yang termangu.

"Sir Raees duda? Kacak, berkerjaya macam tu pun duda? Seriously? Ah lantak dia lah. Berlagak." Dian berkata sendiri.

Dia kemudian mengambil kertas salinan perjanjian tersebut. "Ni lagi..jadah apa syarat-syarat macam ni. Bila kontrak berakhir pun tak ada. Ikut suka dia je. Syarat ke sepuluh ni lagi lah mengarut. Tak boleh ada boyfriend konon. Aku ni siap ada tunang." Dian membebel seorang diri. Kesal. Lalu kertas salinan perjanjian tersebut digumpal menjadi sampah.

Kaki yang longlai membawanya keluar dari kafe tersebut. Keluar dengan membawa masalah yang besar. Bahu terasa semakin berat memikul beban baru. Bagaimana kalau keluarganya mengetahui hal tersebut? Bagaimana pula dengan Syahmi? Dian menguak rambut kasar. Serabut.

story ni kita update sampai sini je ye. Tq pada yg sudi baca. Please support sy di luar. =)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-22 14:53:26 

tqvm Leysaaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience