BAB 6

Romance Series 3279

sakit kepala memikirkan ibu dan papa. sepanjang minggu ini mereka berdua hanya bergaduh sahaja. tajuk utama mereka bergaduh sebab aku. mina tak habis-habis lagi dengan boyfriend dia. Mikael pula asyik menyibukkan diri dengan kerja. sejak dia dapat tahu aku akan berkahwin.

harini hari terakhir. malam ni aku dah sedia nak bagitahu dekat syahril.aku dah buat solat istikharah. yang aku tak faham dalam mimpi tu aku cuma nampak mama pegang tangan aku lepastu tunjuk dekat lelaki yang aku tak nampak mukanya. mama senyum je. haih...aku tak fahamlah. kenapalah aku ditakdirkan sebegini. kalau boleh aku tak nak kahwin. aku tak nak hidup aku merana. aku tak suka bila dah kahwin lepastu suami suruh depan ibu bapa kita berlakon jadi bahagia. tapi belakang, hidup masing-masing.

"elynna..."pintu bilik aku dibuka oleh nek mah.

"ye nek mah...kenapa?"

"ada orang nak jumpa..." nek mah terus senyum.

aku terus turun menuju ke ruang tamu. dari jauh aku dah nampak dia.

"awak...saya nak mintak maaf pasal haritu. saya cakap kasar dengan awak." aku terus memulakan perbicaraan. tapi, dia masih membelakangi aku.

"saya tahu,time tu saya cakap kasar dengan awak. tengking awak. tapi, saya waktu tu tak boleh terima apa yang ibu dan papa saya lakukan. diorang buat saya ni macam boneka jadi saya tak sanggup nak terima semua ni. lagi-lagi nak kahwin. kahwin dengan lelaki yang saya tak berapa nak kenal. awak maafkan saya eyh?" aku cuba memujuk dirinya.

dia terus berpusing menghadap aku. OMG! ini bukan syahril... tapi macam Mamat yang 'terlebih diajar'. muka aku jelaslah weh terkejut. siapa tak terkejut.

"kau!" kami serentak bercakap. lagi!. banyaknya kan kejutan. menyampah pulak aku tengok Mamat ni.

"apa kau buat kat sini?" Mamat tu pergi tanya aku.

"aku pun baru nak tanya soalan tu dekat kau. apahal pulak kau datang sini?"

"aku tanya kau dulu...kau jawablah." eeh...Mamat nih...memang terlebih diajar betul.

"aku turun ni nak jumpa oranglah...aku ingat dia tunggu aku kat sini. tapi, kau pulak yang muncul."

"means...syahril lah ni..." dia pandang aku.

"yup...eyh, macam mana pulak kau tahu?" pelik pulak aku bila dia tahu nama orang tu. aku tak cakap pun siapa.

"kau nak buat apa jumpa dia?" eeh...banyak pulak Mamat ni tanya. sepak kang!

"adalah...sibuk je nak tahu." aku terus pergi meninggalkan dia.

"eyh, kejap!" dia menghalang aku dari pergi.

"nak apa? ish...cepatlah."
"mesti kau nak cakap pasal perkahwinan tu kan..."wah! Mamat ni semua dia tahu. apa kaitan dia dalam cerita aku ni pulak. haish! serabut.

"sibuk!" aku terus pergi untuk naik ke bilik. malas nak layan Mamat ni. akhirnya dia tarik pergelangan tangan aku. wah-wah! sesedap dia je pegang anak dara orang.

"maknanya kau lah yang mak aku cakapkan tu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience