"awak nak apa lagi?!" aku menjerkah kearah dia. sakit hati masih belum reda.
"apa kata kalau kita teruskan je rancangan ibu bapa kita. kita kahwin je." muka dia tenang je. macam tak de apa-apa yang berlaku.
"kau gila ke?!"suara aku meninggi apabila dia berkata sebegitu. bahasa sopan pun sudah ditukar menjadi kasar.
"tak... aku tak gila. mungkin ada kebaikan disebaliknya apa yang telah ditakdirkan oleh Allah."
aku hanya mencebik. tahu pulak pasal Allah. masaalahnya sekarang ni dia tak terpikir ke pasal awek dia, hidup dia macam mana...pendek akal betul dia gunakan.
"syahril...aku harap kau pergilah fikir baik-baik pasal benda alah ni. benda ni mana boleh buat main-main." aku menundukkan pandangan sedikit.
"aku tak kisah kalau kau dengan aku kahwin..." dia memandang ke dalam anak mata aku.
"kau yakin ke kau boleh bimbing aku? kau yakin..yang aku ni baik untuk kau."aku menduganya dengan soalan ini.
"aku hanya berserah pada takdir. mungkin inilah takdirnya. takdir menemukan dengan jodoh aku."
aku tersenyum sinis. ayat...pergh macam orang alim dah. aku terus bangun menghadap syahril.
"satu-satu masaalah datang dekat aku. kenapa eyh? mula-mula ayah buat hal sampaikan mama meninggal. lepastu aku masuk dalam keluarga ni semua berubah. apa yang aku tak nak, benda tu lah yang berlaku dekat aku. aku tak faham lah. and sambungan cerita hidup aku, keluarga kau datang nak suruh aku kahwin pulak dengan kau. apa sebenarnya nak jadi dalam jalan cerita ni. kau buat cerita ni bertambah panjang. sakit otak aku. yang kenanya aku. kau faham tak?!"suara aku dah naik seoktaf.
"syahril jom balik..."tiba-tiba sahaja ibu syahril datang kearah kami lalu mengajak anaknya pulang.
"okey...can you give me a few minute. i want to talk with her." lalu ibunya mengangguk sahaja.
"eyna...senang macam nilah. apa kata,kau buat solat istikharah dulu. aku bagi kau keputusan seminggu dan selepas seminggu aku dengan keluarga aku datang." dia terus berlalu pergi meninggalkan aku. aku masih lagi tercengang. apa semua ni. kenapa pasal benda alah ni nak dibesar-besarkan. aku tak faham lah!
Share this novel