BAB 4

Romance Series 3279

selesai sahaja solat subuh dan membaca yasin untuk arwah mama. aku berniat untuk menolong nek mah untuk menyediakan sarapan. hurm...nak kata ada orang gaji kat rumah ni memang ada. tapi, kang kalau tak tolong. ada pulak mulut tu pergi cakap 'tak sedar dek untung' yalah bak kata aku haritu aku ni boleh dikatakan jadi bibik kat rumah ni.

perlahan-lahan aku menapak turun ke tangga. masih sunyi. memang setiap pagi sunyinya begini. setahu akulah bila aku bangun pagi, aku mesti akan berjumpa dengan papa dan nek mah. kalau ditanya di mana ibu,min dengan Mikael. jawabnya tidooo lah.

dari jauh aku sudah nampak nek mah sedang menghidang makanan diatas meja sambil menyanyi lagu mas idayu.

"nek mah!" aku mencucuk pinggangnya.

"oh! cintaku 100 percent!" ahahaha. nek mah melatah teruk gila. ni yang Best bila kacau nek mah.

"hish...kamu ni elynna. terkejut nek mah. tengok,nek mah dah lupa nak ambik apa tadi." haiya! nek mah sudah bising. tapi inilah part paling Best. lagi satu yang bestnya bila bergosip. tajuk utama yang kebiasaanya ialah min,Mikael dengan ibu lah.

"alah nek mah...chill lah. bukan ke ini memang tabiat el.."

"huh! tabiat ni tak elok. buatnya kalau nek mah ada sakit jantung ke apa ke. meninggal nek mah kat sini tahu?!"

aku melihat makanan yang ada di atas meja. wah! banyaknya. ada sesape nak datang ke?. ke mak long nak datang.

"nek mah...ada orang nak datang eyh?" aku menuang air nescafe ke dalam cawan lalu aku menghirup sedikit.

"ada...yang peliknya kan. papa kamu suruh nek mah kejut kamu awal. tapi nek mah tahu kamu dah bangun awal. sebab nek mah dengar kamu baca yasin tadi." nek mah meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

"siapa nek mah?"

"itu,nek mah tak tahu. yang nek mah tahu nek mah siapkan kerja ni, yang kamu pergi jauh-jauh. nanti nek mah punya kerja tak siap pulak kang." nek mah sudah mengahalau aku. aku terus pergi ke ruang tamu. kelihatan ada orang yang baru sampai. nasib baik dah pakai tudung.

kalau tengok daripada jauh gayanya macam mak long dengan abang haris je. yeay!

aku terus berlari untuk mendapatkan abang haris yang sedang duduk membelakangi aku. aku terus menutup matanya.

"cuba teka siapa saya?" aku cuba buat suara kecik. tapi, dia hanya diam sahaja. ni yang pelik nih.

"cak!" aku terus pergi di depannya. Allah! salah orang. mampuih! ingat abang haris tadi. rupanya si Mamat yang tolong aku semalam lah! eyh?

"kau?!"

"awak?!" serentak kami bercakap. yelah, terkejut kot... tapi, asal dia datang sini.

"lah...dah kenal ke? tak yah la papa susah nk kenalkan lagi dah." papa tersenyum kat aku.

"eyh! el tak kenal pun dia pa..." aku menggelengkan kepala aku.

"dah kitaorang dah kenal dah." si syahril ni pergi sampuk. haish. aku bagi jeling maut sikit.

"el..ni ayah nak kenalkan. ni kawan ayah. nama dia mukhlis." papa menepuk bahu kawannya itu. kawan papa aku yang dikenalkan sebagai mukhlis itu tersenyum kepadaku.

"eyh, apa lagi. jomlah kita makan. dah lupa dah nak jemput makan." papa dan kawannya itu terus bangun dan wanita yang ku fikir seperti mak long itu hanya tersenyum. mungkin ibu syahril kot.

"papa...el keluar kejap." aku terus keluar menuju ke taman mini. taman mini ni banyak sangat bunga. semuanya ibu yang tanam. kat sini je lah tempat untuk lepaskan segalanya.

"eyna...kau tahu tak tujuan keluarga aku datang sini?" ush! terkejut aku. dia ikut aku rupanya.

"manalah saya tahu...yang awak tanya saya tu kenapa?" dia pergi tanya aku.dahlah aku tak tahu apa-apa pun. huh!

"meh, aku bagitahu. sekarang ni ayah kau dengan aku rancang nak kita kahwin. semalam yang aku mintak tolong dengan kau kan. aku baru nak kau tolong berlakon jadi makwe aku. sekali harini baru aku tahu kau rupanya yang ayah aku nak kahwinkan tu."

"what!!!" aku terjerit. gila! rancangan gila. tak nak aku. aku tak fikir lagi pasal mende alah nih. aku tak pernah terpikir lagi nak kahwin. aku terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"papa! el tak nak kahwin!" aku terus ke arah meja makan. terlihat ayah dan ibu kepada syahril terus memandang kearah aku.

"el dah tahu?" papa bertanya kepada aku. hai! papa dah tahu lah...takkan lah tak tahu. ni semua si syahril bagitahu. nasib baik dia bagitahu kalau dia tak bagitahu, memang sampai bila-bila lah aku aku tak tahu rancangan diorang nih. baik kita cegah mende alah ni dari awal. ye dok?

"el...kami buat ni semua untuk kebaikan el."

"hey! siapa nak kawin ni?" ibu yang baru turun terus duduk di sebelah papa.

"anak kita lah lina...tu el..."

"what! dia nak kahwin dengan siapa?" ibu sudah berdiri.

"dengan anak mukhlis. kawan saya ni." papa sudah tersenyum. ibu yang baru sedar akan kehadiran tetamu terus dia duduk.

"no...tak boleh. dia kena kahwin dengan Mikael."

"lina...mana boleh...saya nak kita kahwinkan dengan anak mukhlis juga. malulah saya kalau elynna tak kahwin dengan anak dia." papa seakan-akan separuh bisik memberitahu ibu.

"papa...el tetap dengan pendirian el. walaupun ibu nak kahwinkan el dengan Mikael mahupun dengan anak kawan papa. el tetap TAK NAK.when i said no. just no." aku baru sahaja ingin melangkah pergi tapi pantas ditarik oleh syahril.

"can we talk a few minute?"

"no!" aku pantas menarik tangan aku dan menuju kearah bilik.

aku menangis semahu-mahunya. sedih mengapa takdirnya begini. semuanya ada rancangan disebaliknya. aku diambil jadi anak angkat pun ada sebab. hai...kalau boleh dia tak nak jalan hidupnya seperti di dalam novel. dikahwin paksa oleh keluarga. suami membencinya. sekalipun tidak memberi nafkah.

pintu biliknya terkuak sedikit terpacullah muka itu lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience