BAB 2

Romance Series 3279

>>> from the first time we met...

aku terus bangun dari kerusi. niat untuk mencari mereka pula. haih...ada handphone tak boleh guna. kredit tak ade pulak.

semasa aku berjalan ingin menuju kearah food court. aku ternampaklah ex-boyfriend si kakak tiri aku tuh. macam mana aku boleh kenal Mamat tuh?dia lah dok ngorat aku. dia pakai ayat manis mana pun tak jalanlah. aku just buat bodoh je. elok-elok dah ada makwe nak menggatai lagi.

sedang asyik tengok si Mamat gatal tu terlanggar pulak orang. habis! semua barang jatuh. semua orang tengok pulak tu. pergh! malu siot.

"hoi! lain kali tengok depan lah jalan tu." tiba-tiba sahaja Mamat yang aku langgar tadi tu sound aku. memanglah dalam hal ni aku salah tapi tak payah lah sampai 'hoi!' bagai. macam aku takde nama. elok-elok mama aku bagi nama punya sedap 'elynna elhynna'.

"hoi...yang kau dok termenung tu apahal?!" aku terus pandang Mamat tu. bagi jelingan sikit. apa orang kata jelingan 'maut'.
"sedara...saya ada nama eyh..ingat nama saya ni apa? 'hoi'?"

"ada aku kesah?"

"do i care to? " aku membalas balik dengan mencekak pinggang. aku terus bangun dan mengambil barang yang telah jatuh tadi. huhuhu. apalah nasib aku harini. aku terus pergi meninggalkan Mamat 'terlebih diajar ' tu.

dari jauh aku terlihat mina dan mikael sedang makan sambil tertawa senang. haih...bila lah aku nak jadi bahagia? aku terus pergi menuju kearah mereka.

" el kau pergi mana tadi? " Mikael sudah bertanya.

"aku pergi usha pakwe." aku terus duduk disebelah mina. Mikael merenung aku dengan tajam.

"abang...min nak pergi toilet jap." mina meninggalkan aku dan mikael di meja makan.

"kau dah buat keputusan ke?" Mikael sudah memandang aku.

"entahlah" dia dah tanya dah soalan keramat tu..ni yang tak suka ni. ada ke patut dia ajak aku kahwin? apa dia ingat aku ni boneka yang boleh dia mainkan macam perempuan lain? dah ramai sangat yang dia perdayakan. aku tak nak lah masuk dalam senarai mangsa dia.

"please...aku tak sukalah kau ada laki lain. kan ibu dah cakap yang kita akan kahwin." aku hanya membalas dengan cebikan sahaja. ibu ambik aku jadi anak angkat pon sebab ada agendanya. aku ingat nak balas budi ke apa ke.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience