BAB 1 -PAKCIK GATAL !

Romance Series 164

HUJAN turun deras sekali malam ini, seolah-olah langit sedang menangis bersamanya. Terlihat Fira berdiri betul-betul di tepi jambatan, sambil kedua-dua tangannya mencengkam palang besi sambil memandang ke bawah.

“Aku dah tak tahan. Sebaiknya aku mati. Setidaknya tak rasa sakit lagi.” Tekadnya, sambil mengesat kasar air mata yang entah air hujan atau air mata.

Sejenak dia menjenguk ke bawah sekali lagi. Serta-merta wajahnya berubah.

“Eh... macam banyak batu pula. Kalau terus mati... bagus juga. Tapi kalau tak mati?.”

Fira menjenguk lagi.

“Confirm masuk berita. Satu Malaysia ejek aku. Kang ada pemberita yang interview. Aku nak jawab apa. Tak mungkin aku jawab, ‘Saja terjun, sebab bosan.’ Tak ke makcik tarik telinga aku.” Bebelnya.

Dia menjengguk lagi, kali ini lama.

“Tapi why not trykan. Kalau tak mati juga, nanti fikir cara lain.”

Fira terdiam seketika. Kemudian dia mengangkat wajah memandang langit.

“Mak... ayah... maafkan Fira. Fira terpaksa pergi. Fira dah tak sanggup hadap semua ni.”

Dia memejam mata rapat-rapat.

“Selamat tinggal dunia.”

Satu kaki mula diangkat. Namun belum sempat tubuhnya melangkah lebih jauh.

“WOI!.”

Satu tangan tiba-tiba menyambar lengannya.

“Eh!. Apa ni?.”

Fira tersentak lalu tubuhnya ditarik kuat ke belakang.

“AAAA!.”

Bukannya jatuh ke sungai, Fira terhumban ke dada seseorang. Sepasang tangan terus melingkar erat di pinggangnya.

“Jangan buat kerja gilalah!.”

“Suka hati akulah…” balas Aurin sambil mendonggak.

Seketika jantungnya seakan terhenti ketika mengetahui, siapa gerangan pemuda itu.

“Pakcik?!.”

Ya. Pemuda itu adalah Datuk Danial, ayah kepada Takim. Danial sudah basah kuyup sama seperti Fira. Rambutnya yang kemas tadi kini melekat di dahi. Nafasnya turun naik kerana berlari mengejar gadis itu.

“Pakcik buat apa dekat sini?. Lepaskan saya!.” Fira meronta-ronta.

“Tak!.”

“Lepaslah!.” Fira terus meronta.

Fira meronta-ronta. Semakin Fira meronta, semakin Danial mengetatkan pelukan.

“Oi… sakitlah… Pakcik ni dah gila ke apa?.” Kesal Fira.

“Yang gila tu kau, bukan aku!.”

Seketika Danial menghela nafas kasar. Wajahnya yang biasanya tenang kini jelas kelihatan cemas.

“Lepaslah pakcik…”

“Aku takkan lepaskan kau kalau kau masih dengan niat nak bunuh diri.”

“Saya nak mati pun bukan masalah pakcik!.”

“Bukan masalah aku kau cakap?.”

Danial memandangnya tajam.

“Kalau kau mati, aku yang akan dihantui rasa bersalah. Sebab gagal selamatkan kau.”

Fira memalingkan muka.

“Pakcik dengan anak pakcik sama je.”

Danial spontan mengangkat sebelah kening.

“Anak aku?.”

“Ya!.”

“Macam mana kau tahu aku sama dengan anak aku?.” Bisik Danial di telinga Fira.

Fira menjeling sekilas.

“Tak payah pura-pura baiklah. Lelaki semuanya sama. Menyampah. Lagi-lagi keturunan pakcik.”

Seketika senyuman nakal muncul di bibir Danial.

“Kau kata aku sama macam anak aku. Kau pernah try sendiri ke?.”

Fira mengerutkan dahi.

“Try apa?.”

Danial lantas memusingkan badan Fira untuk menghadapnya.

“Try…” lalu berbisik di telinga Fira.

Membuatkan mata Fira spontan membesar.

“Aku punya lagi besar tau. Panjang pula tu. Confirm kau puas, siap minta tambah lagi.”

“Apa yang pakcik mengarut ni?. Bukan tu maksud saya. Otak udang betullah.”

Fira terus menolak dada pemuda tu.

“Pakcik miang. Dah tua bukannya ingat akhirat. Tumbuk kang. Berkecai gigi.” Kesal Fira.

Danial tergelak. Membuatkan Fira semakin kesal.

“Ha!. Ni baru Fira yang aku kenal. Garang. Mulut puaka. Takda lesen.”

“Saya serius tau.”

“Aku pun serius.”

Danial kembali memandang Fira.

“Serius tentang satu perkara. Aku tak nak kau mati.”

Fira terdiam.

Hujan terus turun di antara mereka.

“Aku tak kisah kau nak marah aku. Nak maki aku pun boleh. Tolong… jangan buat sesuatu yang merugikan diri sendiri."

Fira menunduk. Air mata kembali mengalir.

“Pakcik tahu apa tentang saya?. Saya penat tahu tak.” Luah Fira. Suaranya jelas bergetar.

Danial tidak menjawab. Sebaliknya, dia menarik Fira kembali ke dalam pelukannya. Kali ini tidak sekuat tadi. Lebih kepada pelukan seorang lelaki yang mahu memberitahu bahawa dia ada di situ.

“Kalau penat… rehat.”

Tangannya terus mengusap lembut belakang Fira.

“Bukan bunuh diri.”

Beberapa saat dia hanya diam. Namun apabila kesedarannya kembali sepenuhnya, Fira lantas menolak dada Danial dengan sekuat hati. Sehingga pelukkan terlepas.

Danial terundur setapak.

“Jangan ambil kesempatanlah!. Saya tak sama macam simpanan pakcik!.”

Danial terkebil-kebil. Sementara Fira sudah melangkah pergi. Danial pantas mengejarnya.

“Kau nak pergi mana?.”

“Baliklah.” Jawab Fira sambil terus melangkah tanpa menoleh lagi.

“Fira.”

“Tak nak dengar.”

“Fira.”

“Tak nak!.”

Danial mempercepat langkah sehingga berdiri tepat di hadapannya. Sehingga Fira hampir terlanggar dada lelaki itu.

Dia mendongak.

“Pakcik nak apa lagi?.” Kesalnya.

Danial hanya memandangnya.

“Pakcik jangan risaulah. Saya tak terjun.”

Danial masih diam di tempatnya.

“Saya dah cakap saya tak terjun.” Suara Fira meninggi. Kesabaran manusia ada batasnya.

“Aku tahu. Tapi aku tak benarkan kau balik seorang diri dalam hujan macam ni.”

“Saya boleh.”

“Tak.”

“Saya boleh.”

“Tak.”

“Pakcik ni dah kenapa?. Oi… jangan buat saya bertambah streslah. Saya tolak juga pakcik dari jambatan ni.”

“Aku nak minta maaf sebab terlebih batas tadi. Aku cuma takut kau buat sesuatu yang kau akan menyesal.”

“Terima kasih sebab sedarkan saya. So… stop ikut saya.” Lalu menyambung langkah.

Danial tetap menghalang.

“Sebaiknya aku hantar kau balik.”

“Tak perlu.”

“Boleh tak jangan degil, untuk sekali ni je. Hari pun dah malam. Bahaya jalan sorang-sorang. Lagi-lagi gadis cantik macam kau.”

“Terima kasih atas perhatian pakcik. Tapi pakcik jangan risau. Saya pandai jaga diri.”

“No. Aku tetap nak hantar kau. Meh, ikut aku.” Danial lantas menarik tangan Fira.

Fira pantas menepis.

“Saya bukan budak lima tahun lagi.”

Kedegilan gadis itu, membuatkan Danial kesal. Namun dia sedaya bersabar.

“Kau pilih, sama ada kau masuk kereta dengan suka rela…”

Danial menunjuk ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari situ.

“…atau aku dukung kau sampai sana.”

Fira terus memeluk tubuh sendiri.

“Dua-dua saya tak nak.”

Danial mengangguk.

“Okey fine.”

Dia melangkah ke hadapan. Fira spontan berundur selangkah kebelakang.

“Eh!. Pakcik nak buat apa?. Jangan dekat!.” Panik Fira.

Danial berhenti melangkah.

“Aku tak buat apa pun. Kenapa kau panik semacam.”

“Muka pakcik macam perogol bersiri. Takut.”

“Terima kasih.”

“Itu bukan pujian.”

“Aku tahu.”

Fira mengeluh, sedaya memikirkan alasan.

“Lagipun saya basah. Tak ke rosak kereta pakcik nanti?. Saya takda duit nak ganti.”

“Kalau rosak… buang. Apa susahnya.”

“Amboi. Cakap besar. Sama macam Takim. Menyampah.”

Kening Danial spontan terangkat.

“Jangan samakan aku dengan anak aku.”

“Kenapa?. Lagipun faktakan, perangai anak memang ikut orang tua.”

“Aku lebih matang.”

Fira ketawa sinis.

“Matang konon.”

“Aku lebih kaya, dan berkuasa dari Takim. Asal kau tahu, semua yang Takim ada sekarang. Masih atas nama aku. Jadi… apa aku masih sama macam Takim?.”

Danial tiba-tiba melangkah mendekatinya.

Fira terus berundur.

“Pakcik!.”

Belum sempat Fira mengelak, Danial membongkok dan mengangkatnya.

“Apa ni pakcik?. Turunkan saya.” Panik Fira.

Kini tubuhnya sudah berada dalam dukungan pemuda itu.

“Turunkan saya!.” Fira meronta-ronta.

Danial sama sekali tidak perduli. Malah pemuda itu berjalan selamba menuju kereta.

“Lepaslah!. Jangan sampai saya teriak. Naiya pakcik.” Ugut Fira sambil terus meronta.

“Teriaklah. Kita tengok, ada tak yang datang tolong kau. Aku yakin, takkan ada yang datang.”

“Kenapa pulak?.”

“Mereka mesti ingat kita pasangan suami isteri yang tengah bergaduh.”

Fira mendengus kasar. Akhirnya pasrah.

“Okey fine. Saya ikut pakcik. Jadi… turunkan saya. Saya boleh jalan sendiri.”

“Tak.”

“Kenapa?.”

“Sebab kau akan lari.”

“Saya takkan larilah. Kalau saya lari pun, pakcik mesti kejar sayakan.”

Danial tidak perduli, malah terus melangkah. Akhirnya sampai di kereta, lantas membuka pintu penumpang, lalu menurunkan gadis itu dengan berhati-hati.

Fira baru sahaja menjejak kaki ke tanah, terus cuba berpaling. Namun Danial lebih pantas memegang bahunya.

“Nak pergi mana?. Masuk !.”

Fira mendengus kasar.

“Saya benci pakcik.”

Danial tidak membalas sebaliknya membuka pintu kereta lebih luas.

“Masuk.”

Fira akhirnya masuk, tapi separuh badan.

“Kalau kereta pakcik rosak, jangan salahkan saya.” Bebel Fira.

“Kau jangan risau. Aku takkan pernah salahkan kau.”

“Kalau karpet basah?.”

“Boleh tukar.”

“Kalau kereta berbau?.”

“Boleh cuci.”

“Kalau…”

“Fira. Masuk.”

Fira menjeling lalu duduk. Danial terus menutup pintu. Fira hendak membuka pintu semula, namun….

“Eh!.”

Dia cuba sekali lagi.

“Pakcik!.”

Danial sudah masuk ke tempat pemandu.

Fira mengetuk-getuk tingkap.

“Buka!.”

Danial tidak memperdulikannya, malah dia sibuk memasang tali pinggang keledar, lalu menghidupkan enjin.

“Duduk diam-diam, kita gerak sekarang.”

“Pakcik kunci saya!.”

“Untuk keselamatan.”

“Ini dah macam penculikkan.”

Danial tidak menjawab, sebaliknya dia membongkok ke belakang dan mengambil kot hitamnya yang diletakkan di tempat duduk belakang.

Dia menghulurkannya kepada Fira.

“Tutup badan kau.” Arahnya dingin.

Fira memandang kot itu, lalu mengambilnya.
“Pakciklah, tak sejuk ke?.” Soal Fira, matanya melirik risau ke arah lelaki di sebelah itu. Bajunya sendiri sudah basah melekat, nampak jelas kulit dadanya yang sasa di sebalik baju t-shirtnya.
“Aku lelaki. Aku tahan. Pakai. Jangan banyak tanya, sebelum kau menggigil ”
Fira akhirnya menyarungkan kot itu menutupi tubuhnya.
‘Baik juga orang tua ni… tak macam anak dia iblis.’ Bisik hati Fira, sambil menarik bahagian hadapan kot itu rapat menutupi dadanya.
Danial menjeling sekilas kearah Fira. Kot itu menjuntai hampir mencecah lutut. Nampak sungguh comel, bagai kanak-kanak memakai baju ayahnya. Hampir saja ketawanya pecah, namun ditahannya.
“Dah macam budak sekolah curi baju ayah.” Gurau Danial.
“Baju pakcik yang terlebih besar, sampai boleh muat dua orang!.” Balas Fira pantas, tidak mahu kalah.
“Yelahtu. Sebaiknya kau tidur. Rehat. Nanti kalau dah sampai, aku kejutkan. Jangan takut, aku takkan buat apa-apa yang kau tak suka… selagi kau tak suruh.” Bisik Danial di hujung kata.
Fira memeluk kot itu semakin rapat, matanya tajam merenung sisi wajah lelaki itu.

“Saya tak mengantuk. Lagipun… saya tak percaya sangat dekat pakcik.”
“Tak percaya kenapa?. Aku nampak berbahaya sangat ke?.” Danial menoleh seketika, senyumannya melebar.
“Sebab… pakcik pandang saya lain macam dari tadi.”
“Lain macam mana?.”

“Malas bahas. Sebaiknya pakcik fokus memandu.”
Danial tergelak.

“Kau jangan risaulah. Aku takkan telan kau hidup-hidup… kecuali kau sendiri merayu minta aku buat.” Usik Danial sambil melirik sekilas ke arah Fira.
“Gila!. Otak kuning !.” Kesal Fira, lalu memusingkan badannya membelakangi lelaki itu, memandang keluar tingkap.
Beberapa minit mereka diam.
“Oh ya, boleh aku tanya sesuatu?.”
Fira menoleh sedikit, keningnya terangkat separuh.

“Tanyalah. Jangan tanya benda pelik-pelik sudah.”
Danial mengerutkan dahi seketika, seakan-akan berat hati untuk melontarkan soalan itu, tapi jika tidak di tanya, hatinya tidak tenang.
“Kau dengan anak aku pernah berhubungan badan ke?.”
“Oh… pasal tu. Pernahlah. Kenapa?.”
Seketika itu juga, mata Danial terbeliak luas. Tangannya yang memegang stereng hampir tergelincir. Dia menoleh pantas ke arah Fira, berharap telinganya tersalah dengar.
“Apa!?. Kau serius!?.” Suaranya naik satu oktaf.
“Seriuslah. Lagipun bukan benda pelik pun zaman sekarang. Normal.”
Danial terdiam seketika. Tidak menyangka, budak sepolos Fira, pernah berbuat demikian.
“Dah berapa kali korang bersama?.”
Fira memiringkan kepala, berfikir sejenak.

“Entahlah. Selalu juga.”
“WHAT!?.” Danial hampir menjerit. Keretanya sedikit melencong ke tepi sebelum sempat dikawal semula. “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?.”
“Sedar.” Jawab Fira, sambil bersandar santai.

Dahi Fira berkerut hairan, tidak faham kenapa lelaki itu bertindak seolah-olah nampak hantu.
“Kenapa kau tak mengandung?!.” Soal Zafran spontan tanpa fikir lagi.
Fira terus menatap wajah pemuda itu, bibirnya terukir senyuman nakal.
“Sekarang dah banyak perlindungan tahu. Pil ada, kondom ada. Macamlah pakcik ni tak tahu benda asas tu. Saya yakin, pakcik lebih berpengalaman dari saya. Takkan benda ni pun tak tahu.”
“Perlindungan, tak semestinya menjamin seratus peratus tak mengandung, kan?. Kau tak takut kalau-kalau kau mengandung dalam keadaan… dalam keadaan Takim tinggalkan kau macam ni?.
Fira terdiam seketika. Dia memandang ke luar tingkap sejenak sebelum kembali menatap Danial.
“Takkan pernah terjadi. Sebab setiap hari saya makan pil perancang. Kalau terlepas pandang atau lupa, saya terus makan pil kecemasan. Mudah je.”
Danial ternganga mendengarnya. Gadis ini… gadis ini bukan sahaja jujur, malah terlalu terbuka sampai membuatkan jantungnya yang sudah tua ini hampir melompat keluar.
“Makcik saya selalu sarankan supaya saya cucuk perancang terus. Senang, tak payah ingat hari-hari. Tapi saya tak naklah. Saya dengar-dengar, suntikan tu buat badan jadi gemuk dan bengkak.”
“Kau ni… memang tak tahu malukan?.”
“Malu untuk apa?. Lagipun… kalau pakcik rasa terkejut sangat, maknanya pakcik ni kurang berpengetahuanlah. Patutlah duda sampai sekarang.”
Danial tidak tersinggung, malah rasa tercabar akan kata-kata gadis itu.

“Belum cuba, belum tahukan.” Jawab Danial, sambil mengukir senyuman lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience