Series
164
SEBAIK saja, kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pemuda itu, spontan mata Fira terbuka luas, ternganga tak percaya. Bilik itu bukan sekadar besar, luas, mewah, kemas sempurna, dengan katil raja yang kelihatan empuk, lantai berkilat, tingkap kaca besar memandang ke halaman rumah. Seluruh ruang itu nampak lebih besar daripada keseluruhan rumah sewa yang didudukinya sekarang.
“Wah…” Fira berbisik sendiri, matanya melilau melihat sekeliling, sebelum menoleh semula ke arah Danial.
“Dah macam istana. Bilik ni pun… besar gila, lebih besar dari rumah sewa saya tau. Pakcik tingal sorang je ke?.”
Danial yang baru saja meletakkan jam tangannya di atas meja sisi katil segera berpaling, memandang gadis itu.
“Maksud kau, tidur dalam bilik ni?.”
Fira mengangguk laju.
“Tapi bila di fikir balik. Tak mungkinkan. Mesti setiap hari pakcik gonta-ganti perempuan. Lelaki kaya macam pakcik ni, mana tahan kalau sehari tak dibelai perempuan.”
Dia menyilang tangan di dada.
“Lagipun, mesti senang nak pikat mana-mana perempuan yang pakcik nakkan. Tak payah penat berusaha. Betul tak, Tuan Danial?.”
Danial hanya tersenyum, senyuman yang tidak sampai ke mata, malah membuatkan bulu roma Fira meremang. Tanpa sepatah kata tambahan, dia melangkah mendekati Fira.
“Macam mana kau tahu aku suka gonta-ganti perempuan?.” Suaranya mendatar.
Danial berhenti tepat di hadapan Fira sehingga gadis itu terpaksa mengangkat muka tinggi untuk memandangnya.
“Ke… kau pernah jadi salah sorang dari mereka, tapi aku tak perasan?.”
“Jangan asal tuduh tau!.” Fira lantas berundur setapak ke belakang.
Akan tetapi, belum sempat dia bergerak, Danial terus mengunci tubuhnya, memeluk erat pinggangnya, mengurungnya sepenuhnya dalam pelukan lelaki itu.
“Apa ni pakcik?!. Lepaslah!.” Fira meronta, sambil tangannya menolak dada bidang lelaki itu, tetapi tiada kesan langsung. Tubuh Danial tegap dan keras seperti batu.
“Diam.” Satu perkataan sahaja, tetapi cukup untuk membuatkan Fira terhenti seketika.
Danial lantas memegang dagu Fira dengan kasar, memaksa gadis itu mendongak menatap matanya.
“Kau lupa yang aku dah beli kau?. Dua ratus ribu, kan?. Kau sendiri yang tetapkan harga tu. Jadi… sekarang aku ada hak penuh atas kau. Badan kau, masa kau, semua milik aku malam ni.”
Fira berhenti meronta serta-merta. Matanya membulat, nafasnya tersekat di kerongkong. Pandangan mata Danial itu… menakutkan. Tiada senyuman, tiada kelembutan, hanya ketegasan yang mencekam jiwa.
“Saya… saya cakap macam tu semata-mata nak buat pakcik tak tertarik dengan saya… saya tak sangka pakcik betul-betul bayar…” suaranya kini bergetar, hilang segala sifat mulut puaka tadi. “Itu bukan bermaksud pakcik boleh buat apa saja dekat saya…”
“Bukan bermaksud?.” Danial mendekatkan wajahnya sehingga hidung mereka hampir bersentuhan, nafasnya hangat menyapa bibir Fira. “Kau letak harga, aku bayar. Sekarang kau milik aku. Dan kau tak boleh tolak. Sebab kau dah jual hak kau.”
“Sekarang juga saya pulangkan duit pakcik!. Please… saya merayu, tolonglah benarkan saya balik.” Fira meronta, tangannya mencengkam lengan lelaki itu, cuba melepaskan diri dari pelukan erat yang mengurungnya sepenuhnya, namun segala usahanya sia-sia belaka. Danial bagaikan tembok batu, tidak berganjak walau sedikit pun.
“Dah terlambat.”
Danial perlahan-lahan melepaskan dagunya, tetapi tangannya terus turun memegang leher Fira, tekanan itu cukup untuk memberi amaran jelas bahawa dia masih memegang kawalan sepenuhnya.
“Dengar sini baik-baik. Lelaki macam aku takkan pernah puas hanya dengan satu round. Sekali aku mula, aku takkan berhenti sampai aku puas hati. Dan kau… kau takkan mampu lari dari pelukan aku malam ni, walau kau merayu sampai hilang suara sekalipun. Malam ni kau milik aku, sepenuhnya.”
Fira menghela nafas panjang, akhirnya bahunya merosot ke bawah. Dia tahu tiada jalan keluar. Tiada siapa yang akan datang menolongnya. Dia pasrah.
“Okey… fine.”
Dia mengangkat muka, memandang tepat ke mata lelaki itu.
“Saya layan pakcik malam ni. Sesuai dengan bayaran yang pakcik dah bagi. Saya takkan lari, saya takkan tolak. Tapi… sebelum apa-apa terjadi, ada satu perkara saya mesti pastikan.”
“Apa dia?.”
“Pakcik ada kondom?. Atau… pil pencegah kehamilan?. Saya tak nak ambil risiko, yang akan menyusahkan hidup saya.”
Danial mendengar itu hanya mendengus kasar, seakan soalan itu perkara paling remeh di dunia. Dia merenung Fira dengan pandangan yang sedikit menghina, dingin dan angkuh.
“Aku kaya. Setiap perempuan yang ada di depan mata aku, mesti berebut-rebut nak ada anak dengan aku. Kau malah tak nak pulak.”
“Itu mereka!. Bukan saya!.” Fira membantah dengan pantas. “Saya tak nak mengandung sekarang. Jadi… ada tak?.”
Danial memandangnya sejenak, matanya menyiratkan rasa tidak puas hati, tetapi akhirnya dia mengangguk.
“Baiklah. Kalau itu yang kau nak.”
Dia melepaskan pelukannya, lalu berjalan ke arah meja sisi katil, lantas membuka laci itu. Setelah laci di buka, dia lantas mencapai beberapa kotak yang tersusun rapi di dalamnya, memegangnya di tangan seolah-olah itu benda paling biasa, lalu berjalan semula ke arah Fira yang masih berdiri di tepi katil.
Dia menghulurkan kotak-kotak itu ke arah gadis itu.
“Cukup?.”
Fira menerima kotak itu dengan tangan yang sedikit menggigil. Matanya serta-merta terpaku pada tulisan besar yang tertera jelas di bahagian hadapan bungkusan itu.
SAIZ: XXXL
Mata Fira spontan membulat besar. Dia pantas mengangkat muka memandang Danial dengan pandangan tidak percaya, sehingga mulutnya terbuka sedikit.
“Seriuslah?!.”
Danial tersenyum, sambil melangkah setapak lagi mendekati Fira, badannya hampir menyentuh tubuh gadis itu.
“Kau jangan risau. Aku janji buat slow-slow, takkan terus masuk. Aku takkan buat kau sakit." Dia berbisik di tepi telinga Fira. “Tapi… kau kena tahan sikit pada mula. Sebab memang besar. Dan bila kau dah biasa… kau akan minta lagi. Percayalah.”
Tangannya naik menyentuh pipi Fira, mengusapnya perlahan dengan ibu jari.
“Dan sebelum tu… meh kita mandi sama-sama. Boleh panaskan badan, regangkan otot sikit. Nanti tak sakit sangat.”
Fira terus terpaku memandang wajah kacak lelaki itu, hatinya berdegup laju bagaikan hendak pecah. Bayangkan sahaja membuatkan dia hampir pengsan.
“Hurm… pakcik mandilah dulu. Lepas tu baru saya. Saya… saya tak selesa kalau mandi sama-sama.” Jawab Fira tergagap-gagap.
Danial mengangguk, tidak menolak tetapi matanya bersinar dengan kemenangan yang jelas. Dia tahu gadis itu takut. Dan dia suka melihat Fira gementar begini.
“Okey. Ikut suka kaulah.”
Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Fira lagi.
“Tapi jangan sesekali cuba lari. Kalau kau tak ada… aku cari sampai dapat, dan hukuman dia akan lebih berat dari sekarang. Faham?.”
Fira mengangguk, tak berani menentang pandangan lelaki itu.
“Bagus.” Danial tersenyum puas, lalu melangkah pergi menuju ke bilik air, meninggalkan Fira seorang diri di dalam bilik itu. Sebelum pintu bilik air tertutup, dia sempat memandang Fira sekali lagi dengan senyuman yang membuatkan jantung gadis itu berhenti seketika.
Fira terus memandang kotak kondom di tangannya, lalu memandang ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat. Dia memeluk tubuh sendiri, rasa sejuk merayap di sepanjang tulang belakangnya.
“Gilalah…” bisiknya, matanya merenung lama tulisan XXXL itu semula. “Saiz ni… tak ke koyak nanti?. Tak pasal-pasal, seminggu tak boleh jalan. Ya Allah… apa yang aku dah buat ni…”
Dia menghela nafas panjang, meletakkan kotak itu di atas meja sisi, lalu duduk di tepi katil.
Bunyi air pancuran mula kedengaran dari dalam bilik air. Fira memejamkan mata, menggenggam selimut di tepi katil.
“Bersiap sedia, Fira…” bisiknya sendiri.
* * *
SEMENTARA di dapur, terlihat kopi yang baru dibancuh masih tidak di minum. Oleh kerana perhatian Kak Siti, Zara dan Lyn sekarang hanya mahu tahu pada gosip yang beredar satu rumah ini.
“Akak dengar… Datuk bawa perempuan naik bilik dia. Berdua je. Betul ke ni?. Korang ada nampak tak?.”
Zara terus mengangguk laju, kepalanya hampir terlepas dari leher. Matanya membulat besar, seakan masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sendiri.
“Betul, Kak Siti!. Zara nampak dengan mata kepala Zara sendiri tau!.” Zara menekan kata-katanya, tangannya bergerak-gerak menekan tepi meja.
“Muka perempuan tu macam Cik Fira. Tapi tak pasti juga. Sebab budak tu tunduk je. Entah malu, entah takut… Zara pun tak tahu.”
Lyn yang dari tadi mendengar sahaja terus menyampuk.
“Pelik. Dah berapa tahun kita kerja sini. Tak pernah sekali pun Datuk bawa perempuan balik rumah ni.”
“Memang tak pernah pun. Agaknya… Datuk dah tak tahan kot. Yelah, dah berpuluh tahun duda. Lelaki mana tahan lama-lama tak di sentuh perempuan, kan. Lama-lama pasti meletup juga.”
“Masalahnya budak tu, kecik je badan dia. Macam budak sekolah. Kalau berdiri sebelah Datuk… aduh, tak payah cakaplah. Datuk tu tinggi, besar, tegap. Kalau Datuk peluk confirm budak tu tenggelam.”
Lyn tergelak.
“Bayangkan… kalau mereka buat ehem-ehem. Tak ke nangis budak tu.”
“Aku setuju. Lagi-lagi kalau Datuk dah mula, aku rasa dia takkan berhenti sampai dia puas hati. Budak tu kena telan jelah segala apa yang diberi.”
“Kalau pasal tu, akak tak nafikan. Bila lelaki dah lama tak dapat, bila dia dah mula… dia jadi ganas. Budak tu takkan tahan. Percayalah. Mesti tergolek lemah lepas tu. Esok kalau dia jalan mengangkang, jangan terkejut tau. Pasti habis lebam satu badan.”
“Oh… yeke?.” Seseorang menyampuk.
Hanya dengan mendengar suara itu saja, cukup untuk membekukan darah ketiga-tiga wanita itu di tempat. Mereka bertiga terus terdiam, kepala berpusing serentak ke arah suara itu. Di sana, berdiri Ayan, orang paling dipercayai Datuk Danial.
“Ayan…” Kak Siti tersentak, tangannya hampir menjatuhkan cawan di hadapannya. “Sejak bila kamu berdiri sana?.”
“Sejak tadi lagi.”
Ayan melangkah masuk, sehingga ia berhenti betul-betul di hadapan meja itu, memandang mereka bertiga satu per satu dengan pandangan yang cukup untuk membuatkan siapa sahaja menggigil ketakutan.
“Sedap mulut korang je fitnah Datuk. Korang tak sayang nyawa ke?.”
“Fakta kot. Datuk tak pernah bawa balik perempuan. Kalau tak di sebabkan Tuan perlukan budak tu untuk puaskan nafsu dia. Takkan Datuk benarkan orang asing masuk bilik dia.” Lawan Zara memberanikan diri, sedangkan dia takut.
“Urusan Datuk, bukan urusan kau. Tugas kau, bersihkan rumah ni. Bukan bergosip. Kau nak aku bagitahu Datuk. Agaknya, apa tindakkan dia ya?.”
Ketiga-tiga mereka terdiam, saling berpandangan dengan wajah pucat.
“Tolonglah, jangan bagitahu Datuk. Aku janji, aku tak buat lagi.” Rayu Zara.
“Untuk kalini, aku bagi korang peluang. Tapi kalau aku dengar lagi. Lebih teruknya sampai gosip ni tersebar luas. Bukan sekadar kena buang kerja tau. Aku pastikan korang takkan boleh cakap apa-apa lagi untuk selamanya. Malah… korang mungkin takkan boleh buka mata lagi esok lusa. Aku tak main-main.”
Kak Siti, Zara dan Lyn menggigil ketakutan, wajah mereka pucat, tiada sebarang bantahan yang berani keluar dari mulut mereka. Ancaman itu bukan kosong, semua orang tahu siapa Ayan, dan apa yang dia mampu buat demi menjaga nama baik tuannya.
“Faham?.” Soal Ayan dingin, matanya tajam merenung setiap seorang daripada mereka.
“Faham…” jawab mereka serentak.
“Bagus.”
Ayan mengangguk, lalu memandang tepat ke arah Kak Siti.
“Sekarang, siapkan jus dan makanan ringan. Bawa naik ke bilik Datuk sekarang. Jangan lambat. Dan jangan sesekali pandang sekeliling masa hantar. Letak, dan terus pergi. Faham?.”
“Faham!.” Kak Siti terus bangun berdiri, tergesa-gesa bergerak menyiapkan apa yang diminta, tangannya masih menggigil ketakutan.
Ayan memandang ketiga-tiga mereka sekali lagi dengan pandangan amaran terakhir sebelum berpusing, melangkah keluar dari dapur itu.
Namun, apabila dia hilang dari pandangan. Serentak Kak Siti, Zara dan Lyn menghela nafas lega. Mereka tahu, mulut mereka mesti dikunci rapat mulai sekarang. Sebab di rumah ini, bukan sahaja tuannya yang berkuasa, malah orang di sebelahnya pun cukup kejam untuk memastikan rahsia itu kekal sebagai rahsia.
Share this novel