TERJERAT DALAM OBSESI AYAH BEKAS TUNANGKU

ATIQAH~15

Romance Series 164
0
(0 ratings)

Synopsis

Fira dan Takim sudah saling mencintai sejak zaman persekolahan lagi. Bertahun-tahun dia percaya Takim ialah lelaki yang akan menjadi suaminya, tempat dia menghabiskan seluruh hidupnya. Sehinggalah satu malam, segala impiannya hancur. Takim bukan sahaja mengkhianatinya. Lelaki itu diam-diam sudah bernikah dengan sahabatnya sendiri, dan wanita itu kini sedang sarat mengandung. Dunia Fira seolah-olah runtuh. Dalam keadaan hati yang hancur, Fira pergi ke sebuah jambatan. Dia mahu mengakhiri semuanya. Namun sebelum sempat dia melangkah pergi buat selamanya, seorang lelaki menahannya. Dia adalah Datuk Danial Asyraf, yang merupakan ayah kepada Takim. Dia memujuk Fira, sehingga Fira luluh untuk pulang bersamanya, dan melupakan niat awalnya. Satu malam yang sepatutnya dilupakan menjadi rahsia yang hanya mereka berdua tahu. Keesokan harinya, Fira meminta Danial melupakan apa yang berlaku. Dia mahu kembali menjalani hidup seperti biasa. Tetapi Danial tidak mampu. Semakin dia cuba melupakan Fira, semakin kuat bayangan gadis itu menghantui fikirannya. Senyuman Fira. Tangisnya. Cara gadis itu memanggil namanya. Semuanya melekat di kepala. Danial mula mencari alasan untuk bertemu Fira. Mula mengambil tahu ke mana Fira pergi. Siapa yang bersamanya. Siapa yang berani mendekatinya. Apabila Fira cuba melarikan diri. Danial menjadi lelaki yang sentiasa muncul di belakangnya. Apabila lelaki lain cuba mendekati Fira, Danial mula hilang pertimbangan. Dan apabila Fira berkata, “Saya bukan milik sesiapa.” Danial hanya tersenyum dingin. “Itu sebelum aku jatuh cinta pada kau.” Fira mahu melupakan malam itu. Danial pula mahu menjadikannya permulaan..Kerana bagi lelaki itu, Fira bukan lagi sekadar gadis yang diselamatkannya di sebuah jambatan. Fira sudah menjadi satu-satunya perkara yang dia mahukan. Dan Danial sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Fira tidak pernah meninggalkannya.

View All Chapters (Total 4 Chapter)
Update 02 September 2026


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

ATIQAH~15

2571 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience