Series
164
DI tengah-tengah taman bunga, berdiri sebuah pondok. Di situlah Puan Sri Suraya membawa diri, matanya merenung kosong ke arah hamparan bunga mawar yang sedang mekar. Sesekali dia memandang skrin telefon bimbitnya, berharap Fira membalas chatnya. Namun mesej terakhirnya hanya dibaca tanpa balasan.
Puan Sri Suraya mengeluh panjang, lalu menyandarkan belakangnya sambil memandang bunga-bunga di hadapannya.
“Budak Takim ni betul-betul…”
Dia menggeleng, sambil mengeluh panjang.
“Bapa kamu dulu tak macam tu, sampai sekarang setia dengan arwah mama kamu. Entah ikut perangai siapa. Nenek pun tak habis fikir.” Bebelnya sendiri.
“Mama…”
Puan Sri Suraya tersentak, spontan menoleh.
“Eh, Haris…”
Benar saja, suara garau itu milik Haris. Anak keduanya.
“Mama kenapa tak tidur lagi?.” Soal Haris sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan ibunya.
“Mama belum mengantuk lagi.”
Haris menguap lebar.
“Kamu pula?. Kenapa tak tidur lagi?.”
“Haris lepas semak beberapa fail. Nilah, ambil angin kejap dekat luar, eh tahu-tahunya ada mama dekat sini.”
Haris menyandarkan tubuh sambil menggosok mata.
“Oh… Sya mana?. Dah tidur ke?. Tak muntah-muntah lagi.”
“Sya dah tidur. Alhamdulilah, tak muntah-muntah lagi.”
Puan Sri mengangguk-angguk.
“Baguslah.”
Haris memandang ibunya lama. Kemudian matanya dikecilkan sedikit. Jelas wajah ibunya menyimpan resah yang tidak terluahkan.
“Mmm… Biar Haris teka. Mama mesti tengah fikirkan Takimkan. Budak degil tu.”
Puan Sri mengangguk. Dia mengeluh lagi.
“Mama tak faham kenapa Takim sanggup buat Fira macam tu. Kejam sangat. Fira tu budak baik, serba boleh. Susah nak dapat perempuan macam tu lagi tau. Langka.”
“Nampaknya mama lebih sayangkan Fira dari cucu kandung mama sendiri.”
“Mama dari dulu lagi nak sangat cucu perempuan. Dengan kehadiran Fira. Dapat juga merasa ada cucu perempuan. Ala pandai masak. Tak banyak kerenah. Sekarang ni, Fira mesti patah hatikan. Mama call, chat. Langsung takda respon. Risau tau.”
“Mungkin Fira perlukan masa. Kalau mama sayang sangat dekat Fira. Apa kata mama jodohkan Fira dengan abang Danial. Fira single, abang pun duda dah lama. Sesuai sangat.”
Mendengar itu, serta-merta ketawa Puan Sri Suraya pecah. Dia ketawa terbahak-bahak sampai bahunya bergegar. Membuatkan dahi Haris berkerut seribu.
“Ai… gelak pulak. Apa yang lawaknya?.”
“Kamu tulah, ada-ada je. Jodohkan abang kamu dengan budak baik macam Fira tu. Tak padan langsung. Abang kamu tu, senyum pun susah. Tak sampai sebulan. Fira mesti minta cerai.”
Haris tergelak.
“Betul juga. Abang bukan main dingin lagi. Haris pun tak berani tatap mata dia lama-lama. Seram.”
Puan Sri Suraya mengangguk setuju.
“Lagi-lagi abang kamu tu tak pernah restu hubungan Fira dengan Takim. Selalu kata Fira kaki kikis. Sedangkan Fira tak pernah kikis duit Takim pun.”
Haris mengangguk-angguk, mengakui fakta itu.
“Tapi… why not trykan?.”
Puan Sri Suraya serta-merta menghela nafas panjang.
“Macam mana nak cakap ya. Mama ni sayang sangat dekat Fira. Mama nak yang terbaik untuk dia. Pasal nak jodohkan Fira dengan abang kamu tu… entah kenapa mama tak yakin. Kalau Danial boleh bahagiakan Fira.”
Haris mengangguk setuju.
“Yang tu… Haris setuju. Sebab abang memang tak pandai bahagiakan orang. Dia nak bahagiakan diri sendiri pun tak reti. Tengoklah baju dia, hitam, hitam, dan hitam. Macam hati dia. Dah macam takda warna lain. Lagipun, Fira anak yatim piatu. Sekurang-kurangnya kalau Fira kahwin dengan abang, hidup Fira terjamin.”
Puan Sri Suraya terdiam sejenak.
“Kalau dari segi kewangan, memang mama tak risau. Danial ada semuanya. Rumah, syarikat, harta… tapi Fira perlukan lelaki yang boleh jaga dia. Yang boleh jadi tempat dia bergantung. Yang boleh buat dia rasa selamat. Apa Danial boleh buat semua tu?.”
“Haris yakin, abang boleh buat. Dia cuma tak tunjuk.”
“Mama kenal, anak mama. Dan mama yakin, Danial tak mampu buat Fira bahagia. Sementara Fira, tak mampu buat abang kamu jatuh cinta pada dia. Hati abang kamu dah tertutup. Hidup dengan abang kamu hanya buang masa. Mama kena terima… yang anak Mama yang seorang tu memang gagal dalam bab cinta.”
“Ai… pasrah je bunyi.”
“Bukannya pasrah. Mama cuma takut kalau Fira kahwin dengan Danial, Fira akan nangis hari-hari.”
“Okey, okey. Apa kata kita buat taruhan. Kalau pada akhirnya abang Danial kahwin. Tak kisahkan dengan siapa. Mama kena belikan Haris villa.”
Puan Sri Suraya terus memandang anaknya tanpa berkelip.
“Villa?.”
“Ya.”
“Berani kamu buat taruhan dengan mama?.”
“Berani.”
“Kalau tak jadi?.”
“Haris tak minta apa-apa. Sebaliknya Haris akan ikut cakap mama selama sebulan. Deal?.”
Puan Sri Suraya terus menghulurkan tangan.
“Deal.”
Haris menyambut tangan ibunya lalu berjabat tangan dengan penuh semangat.
“Mama yakin, mamalah yang menang.”
“Jangan yakin dulu. Hati manusia, takda siapa yang tahu.” Balas Haris yakin.
*
KERETA Porsche milik Danial akhirnya berhenti tepat di hadapan sebuah banglo besar yang kelihatan lebih seperti istana daripada rumah.
“Akhirnya sampai juga.”
Danial menjeling sekilas kearah Fira yang tertidur lena. Spontan bibirnya terukir senyuman lebar.
"Hmm... cantik juga budak ni," bisiknya, cukup untuk dirinya sendiri. "Tengok hidung tu, mancung giler. Kulit pun halus macam bayi. Kalau kami ada anak... confirm visual dia akan ikut budak ni. Pasti comel, cantik macam ibunya. Bayangkan je dah rasa macam nak genggam erat tak nak lepaskan."
Baru sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya, seketika itu juga Danial tersedar dari lamunannya sendiri. Matanya membulat, serta-merta dia menarik badannya kembali tegak, tangannya pantas menyentuh dahi sendiri seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia ucapkan.
"Oi... apa yang aku merepek ni?!." Desisnya sendiri. Wajahnya mula terasa panas, malah telinganya pun pastinya sudah merah.
"Anak?. Siapa nak ada anak dengan budak ni?. Lagipun aku dah janji nak hidup bebas, tak nak terikat dengan sesiapa. Tapi kenapa tiba-tiba kepala otak aku melayang jauh macam ni?. Ish Danial, Danial... kau ni dah gila ke apa?. Baru je jumpa, dah fikir pasal anak?. Kau ni memang tak boleh percaya lah!."
Dia menggelengkan kepala berkali-kali, cuba membuang segala bayangan itu. Namun, apabila matanya kembali jatuh memandang wajah Fira yang masih nyenyak tidur itu, senyumannya kembali terukir.
"Fira... bangun."
Tiada sebarang reaksi.
"Fira, hei... bangunlah. Kita dah sampai."
"Hmm..."
“Kita dah sampai."
Kali ini Fira akhirnya membukanya. Dia menguap lebar, sambil merenggangkan kedua-dua tangannya ke atas, bahu naik turun menghilangkan rasa lenguh.
"Dah sampai?."
Fira menggosok matanya berulang kali dengan belakang tangan, cuba memastikan dia tidak bermimpi.
"Terima kasih, pakcik sebab hantar sa…"
Ayatnya terhenti di tengah jalan. Matanya yang masih separuh tertutup itu spontan terbuka luas, sekelip mata hilang segala rasa mengantuk yang tadi menyelubunginya.
"..."
Dia menunjuk ke luar tingkap, jari telunjuknya menggigil sedikit, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Ni... ni bukan rumah sayalah!.”
Danial mengangkat kening sekilas, bersandar santai pada kerusi, wajahnya tenang tanpa sebarang perubahan ekspresi.
“Kita dekat mana ni?.”
“Rumah aku.” Jawab Danial Ringkas.
Fira terus membulatkan mata, rahangnya hampir jatuh ke lantai.
“APA?!. Rumah pakcik?!.”
Danial mengangguk.
“Pakcik dah gila ke apa?!. Saya kata nak balik rumah saya!. Bukan rumah pakcik.”
Danial tidak terusik sedikit pun. Dia hanya memandang jam di pergelangan tangannya, lalu memandang Fira semula.
“Turun. Kau nak aku dukung lagi ke?.”
“Tak nak!.” Fira terus menolak pintu kereta, namun terkunci. “Buka pintu ni.”
“Malam ni kau tidur sini. Tak ada pilihan lain.”
“Saya tak naklah!. Dengar tak, TAK NAK!.”
Danial ketawa sinis. Dia lantas mendekatkan badannya ke arah Fira, jarak wajah mereka semakin rapat, membuatkan gadis itu terpaksa bersandar ke belakang.
“Aku suka budak degil macam kau ni.” Suaranya merendah, berbisik betul-betul di tepi telinga Fira. “Keputusan aku muktamad. Lagipun, kau dah tidur dengan anak aku. Takkan dengan aku kau jual mahal.”
Fira terdiam seketika, jantungnya berdegup laju tetapi dia enggan menyerah kalah. Dia mendongak, memandang tepat ke mata Danial tanpa rasa takut.
“Ooo... faham.” Fira tersenyum sinis, tidak langsung berundur. “Jadi pakcik nak tidur dengan saya malam ni?. Baiklah. Tak susah pun. Tapi ada syarat.”
Danial mengangkat kening, nampak berminat.
“Syarat apa?.”
“Kalau pakcik nak tidur dengan saya, sediakan RM200,000.” Fira menunjuk ke arahnya dengan jari telunjuk, bibirnya tersenyum bangga, berharap jumlah itu cukup untuk membuatkan lelaki itu mundur serta-merta. “Fikir baik-baik. Bukan jumlah sikit tu. Kalau pakcik sanggup bayar, barulah saya pertimbangkan. Kalau tak mampu... sebaiknya pakcik lupakan saja niat pakcik tu.”
Dia tersenyum lebar, berasa dirinya sudah menang, pasti lelaki itu akan terkejut dan berundur.
Namun…
Danial tidak berkedip. Malah, dia tersenyum lebih lebar. Tanpa menunggu lama, dia mencapai telefon bimbitnya, menekan skrin dengan pantas, lalu menghadapkan skrin itu ke wajah Fira.
“Dah bayar.”
Fira tergamam. Dia merampas telefon itu, memandang skrin, bukti pindahan wang bernilai tepat RM200,000. Baru sahaja masuk.
“Eh... pakcik... pakcik serius ke ni?!.” Fira memandangnya dengan mata yang masih membulat, tangannya menggigil memegang telefon itu. “Jangan main-mainlah.”
“Siapa kata aku main-main?.” Danial menarik telefonnya kembali, memasukkan ke dalam saku, lalu membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Dia memandang Fira melalui tingkap, senyuman di bibirnya penuh dengan kemenangan yang tidak dapat disembunyikan.
Fira terdiam di tempat duduk, mulutnya ternganga, tidak tahu nak kata apa. Dia mahu menolak, mahu marah, mahu lari, tetapi kata-katanya sendiri yang membelenggunya sekarang.
“Bodoh... kenapa aku cakap macam tu tadi...” gumamnya sendiri.
Danial mengetuk kaca tingkap, menunggu dengan sabar, tetapi matanya memberitahu, dia tidak akan menunggu lama.
“Fira. Turun.”
Fira menghela nafas panjang. Akhirnya membuka pintu dan melangkah keluar dengan wajah yang tidak puas hati tetapi tidak berdaya untuk membantah lagi.
Danial berjalan mendahuluinya ke arah pintu utama. Fira mengekori dari belakang.
“Gila... Dua ratus ribu bayar semata-mata nak tidur dengan aku.”
Danial mendengar itu tanpa menoleh, hanya tersenyum sendiri.
Share this novel