Bab 11

Romance Series 5681

Hampir 2 minggu aku bersamanya dan aku mencuba untuk menerimanya balik ke dalam hidupku. Aku berterus terang padanya yang aku sudah mengandung 4 minggu, aku lihat di wajahnya dia begitu gembira sekali seperti dia tidak lagi berlakon. Dia membuatkan aku seperti permaisuri, dia yang masakkan untukku, dia juga yang membasuhkan baju untukku dan dia juga menjadi badut sarkas untukku.
Pada satu hari, dia membasuh baju dan membawanya ke dalam rumah dalam keadaan basah. Dan pada waktu itu aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air. Dan aku tergelincir jatuh ke lantai, Zafril berada disisiku dan aku melihat tangan ku berdarah. Pada ketika itu perut ku teramat sakit zafril membawaku ke hospital dengan segera. Aku pensan. Apabila aku sedar Mama dan ibu menangis dihadapanku. Mana Zafril? aku tidak kelihatan dia. Aku menanyakan pasal diriku kepada mama.
"Mama mana zaf?"
"Zafril kat luar sayang"
"Kenapa mama dengan ibu menangis, Ada pape jadi kat Dian ke?"
"Kamu"
Ayat mama sangkut dan Ibu memberitahuku bahawa.....
"Kamu gugur sayang"
Ya Allah apa lagi dugaan yang kau mahu aku tempuhi ini ya allah. Air mata ku mengalir dan terus mengalir teresak esak. Dan Zafril masuk ke bilik, aku mengamuk kepadanya.
"Kau punca!"
"Sayang sudah ini bukan rezeki kita"
"Anak aku takkan mati kalau kau tak bunuh dia!"
"Sayang abang pun sayang kat anak kita tapi nak buat macam mana allah lagi sayangkan dia"
"Pembohong! kau memang tak suka anak ni pastu kau buat plan nak bunuh dia kan aku takkan maafkan kau ZAFRIL!"
Doktor masuk dan memberikan suntikkan tenang, dia memahami situasi ku selepas keguguran. Bukan sengaja untuk aku memarahi dia, aku tau ini semua salahku kerana terlalu sayang padanya dulu. Jika diberikan peluang aku rela bersama Aiman daripada aku bersama dengan lelaki yang tidak menghargai diriku. Nama Zafril tidak ada lagi dalam hatiku, aku benci dia!
Selepas aku keluar dari Hospital aku mendapat panggilan bahawa Aiman telah pon kembali ke rahmatullah sejak siang tadi. Air mataku mengalir tidak henti selepas sorang sorang pergi meninggalkan ku. Cintaku pada Zafril pergi, anakku pergi meninggalkan aku, dan kini kehilangan Aiman "Ya Allah Apa Lagi Dugaan Yang Kau Berikan Kepadaku". Adakah ini semua salah diriku! aku mahu tenang kan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience