Bab 10

Romance Series 5681

Sedar sedar sahaja aku berada di hospital. Dia masih lena disebelahku, adakah dia masih berpura pura depan familynya. Aku menarik tanganku untuk keluar ambik angin di luar, Tanpa ku sadari dia mengekori aku.

"Kenapa Dian keluar tak bagitau abang...Nanti kalau Dian jatuh macam mana?"

"Perluke kau perdulikan aku? sejak bila?"

"Abang tau abang salah abang minta maaf"

"Kau pure je kan!"

"Abang sedar kesalahan abang...Kalini abang janji abang akan melindungi sayang, abang tak sanggup kehilangan Sayang"

"Alasan jerk kau ni"
Aku hampir jatuh kerana kepeningan. Dia mengangkat aku hingga ke katil. Adakah sikapnya ikhlas untukku. Ataupun dia hanya mahu berlakon depan semua orang. Ya Allah Kuatkan lah hambamu ini.

"Abang tak sengaja mahu buat Dian macam ni... abang terlalu ego kerana Dian menolak cinta abang dahulu"
(Aku hanya mampu menitiskan air mataku)

"Abang tak mahu Dian menangis kerana abang lagi, Abang sayangkan Dian dari zaman sekolah lagi... tiada peganti yang boleh gantikan Dian I Love You"
Ketika dia menyatakan bahawa dia menyayangi aku, aku mencuba untuk menerima dirinya walaupun hatiku sudah tawar. Sejak dia mempermainkan perasaanku, aku tiada punya hati untuknya lagi.
Dia berubah dan mula menjaga diri aku. Adakah aku derhaka dengannya? aku hanya mampu mendiamkan diri tidak banyak bercakap seperti dulu. Dia selalu balik awal daripada kerja dan membeli hadiah untukku. Kadang kadang dia membeli seutas gelang atau jam. Ada kala dia membelikan aku sehelai baju and banyak lagi dia beli, Aku hanya menyimpan di bilikku. "Ya Allah berdosa kah aku"...Pintu bilik ku diketuk dan suara memanggil namaku.
"Diana?"
Aku hanya mendiamkan diriku. Aku tidak mahu rasa bersalahku menguasai diriku. Aku benci dia! Tiada lagi Zafril Emir Di Hati Diana Farhana lagi!... Tindakkannya akan aku kenang!... Tiba tiba aku rasa mual, secepatnya aku pergi toilet... Dia membuka pintu bilikku menggunakan kunci simpanannya dia cemas kerana dia melihat keadaanku yang agak lemah terus dia membawaku ke hospital. Pada masa itu aku tahu yang diriku berbadan dua tetapi aku tidak mahu doktor yang merawatku memberi tahu suami ku kerana aku tidak mahu dia berpura lagi. Aku harap doktor Zahana memahami situasi ku, dia pun memberi tahu suami bahawa aku salah makan sahaja. Dia melepaskan rasa leganya dan aku bangun dari katil untuk pulang balik.
"Abang risau pasal Diana"- Katanya
"Takpayah risau aku sihat je"
"Susah sangat ke Dian nak maafkan abang"
"Kau fikir senang aku nak maafkan orang yang buat hati aku luka sebegini!"
"Maafkan abang Dian"
Aku hanya mendiamkan diriku. Aku tidak mahu berjumpa dengannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience