Bab 8

Romance Series 5681

Aku mengambil wudhuk dan membuat solat istikharah biar dia bagi aku petunjuk. Aku berharap dia akan berubah dan menjadi seperti Zafril yang dahulu aku kenali. Selepas aku solat , aku melabuhkan badan ku ke atas katil dan rehatkan hati yang terluka kerana dia. Lama kelamaan aku terlena.

"Abang! kenapa buat macam ni dekat saya?"
"Kau tu cuma tempat aku bernafsu je"
"Apa kurangnya saya dengan dia!"
"Kau tu sakit!"
"Sakit apa? saya normal la".
"Sakit jiwa!"

"AHHHHHHH". Tersedar aku dari mimpi itu, terus aku melafazkan "Astarfirullahalazim". Azan subuh telah kedengaran, aku melangkahkan kaki ku pergi ke bilik air untuk membersihkan diri aku dan solat subuh. Selepas semuanya siap aku turun tangga untuk menuju ke dapur, Walaupun dia tidak mahu aku tetapi aku tanggungjawab aku sebagai isteri kena lakukan kerana aku tidak mahu jadi isteri derhaka kepada suami. Aku masakkan nasi goreng kampung untuk dia, aku tahu makanan itu adalah salah satu makanan favorite dia, mana tahu bila dia makan je nasi goreng kampung ni dia terima aku ke Hehehe.

"Kau gelak apa" tegurnya dari belakang.
"Eh abang, erm jemput lah makan sikit ni Dian ada buat Nasi favorite abang"
Dia duduk di kerusi dan makan makanan yang aku sediakan untuk dia. Tapi.....
"Ape bende kau masak ni!"
"Kenapa abang tak sedap ke"
"Macam makanan dari tong sampah!"
"Tapi Dian dah rasa tadi okey je takde lah masin sangat and takde lah pedas sangat, kenapa abang"
"Makanan macam ni layak bawak kat tong sampah bawak sekali dengan diri kau tu"
Aku hanya mampu mendiamkan diri, Seorang isteri macam aku memang lemah bila suami memarahi masakkan aku. Dia meninggalkan aku dalam keadaan bersepah, nasi berterabur dan pingan pecah. Aku tidak mampu melawan dan air mataku mengalir dengan rasa sakit di hati. Ya Allah ampuni lah suamiku, sejahterakan lah dia walaupun dia telah menyakiti aku. Aku menyiapkan diri untuk pergi kerja. Dalam perjalanan ku kesana aku berasa mual dan pening pening, tanpa berlengah masa aku terus juga memandu hingga ke tempat kerja aku di 'Syarikat Derlima Holding'. Ketika aku kerja pun aku masih memikirkan dia apakah dia benar benar sayang aku atau dia hanya mahu aku sebab dendam.
"Woi, Kau okey tak" tegas Shanis.
"Kau ni terkejut aku"
"Haha cuba bagitau kau pikir pasal siapa?, Sampaikan air kopi yang kau nk buat tu tertumpah"
"Hihihi Sorry"
"Cerita lah"
"hm aku rasa aku salah pilih suami"
"Kenapa?"
"Dia Tak pernah berubah daripada sekolah menengah lagi, ego dia, dendam dia, dia kahwin dengan aku pun sebab nak dendam dengan aku lah sha"
"Lah sabar jelah dia pasti berubah punya"
"Ya aku bersabar"
"Kau Banyak sangat fikir, Pergi lah berehat nanti"
"Ye okay"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience