Bab 3

Romance Series 5681

Sebulan berlalu, tiada pun khabar berita daripada Zafril. Adakah dia sudah mengingati aku atau belum, aku bercadang untuk ke rumahnya petang ini. Lantas aku mengambil telefon bimbitku dan dail number Puan Haizah.

"Hello Assalamualaikum Aunty"
"Ye Waalaikumusalam Dian"
"Dian nak mintak izin untuk datang ke rumah aunty petang ni ingat nak melawat Zafril boleh tak aunty"
"Mesti lah boleh Dian, Zafril ada saja dirumah kamu datang sajala"
"baik aunty"
Talian kami terputus sebentar. Jam menunjukkan sudah pukul 4 petang, aku membersihkan diri ku dan menyiapkan diriku untuk pergi ke rumah Aunty Haizah. Aku mengambil kunci keretaku dan aku terus memecut ke PutraJaya untuk ke rumah Aunty Haizah. Tiba aku disana aku terkejut melihat Zafril bersama seorang gadis yang seksi. Dalam sekelip mata air mataku mengalir sendiri,"tapi kenapa? adakah aku mempunyai sifat cemburu? Ya Allah Kuatkan la Hambamu ini, Sejujurnya hamba tidak kuat untuk menghadapinya"-suara hatiku.

"Eh Dian kamu sudah lama sampai, kenapa tidak masuk" tegur Puan Haizah kepadaku.
"ehh Dian baru sahaja sampai aunty memang nak masuk pon cuma belum bagi salam je. HE HE HE! , Btw Assalamualaikum Aunty"Kataku sambil menoleh kearah Aunty Haizah.
"Waalaikumusalam Dian jemput lah masuk. Aunty pergi panggil Ariel jup ye."
"Ariel!!"
"Yes Mama what happen"-tanya zafril.
"Ini Diana datang nak melawat kamu"-kata Aunty
"Alah Ariel busy lah mama cakap dengan dia datang lain kali je"
"Zafril Emir! mama kate pergi sekarang!"-Tegasnya.
"okey mama, wana you tunggu kejap ye i nak jumpa friend i okey"
"orite darling, jangan lama sangat i rindu nanti"-suara menggedik dari syazwana.

Kedatangan dia masuk ke pintu membuat aku resah. Mungkin dia stay tak kenal aku lagi. Tak tahu pulak nak bual apa dengan dia sementara Aunty Haizah kat dapur buat air. Aku ke kena mulakan bicara ini?. Haih Iyerla!

"Hai Zafril"
"Hai, You siapa eh"
"Engkau masih tak ingat aku?"
"Tidak I kenal you ke"
"Kita satu sekolah dulu, Engkau selalu buli aku"
"I tak ingat lah"
"Tidak apalah kalau kau tak kenal aku, Aku balik dulu lah". Lantas ku mengambil beg sandangku dan bersalaman dengan Aunty Haizah yang baru sahaja keluar dari dapur. Aku pergi dan tidak lansung pandang ke arahnya. Bila aku sudah masuk kedalam keretaku air mata pelahan lahan mengalir. Aku rindu dia yang dulu, sedih lah bila dia lupa aku. Adakah aku sudah mula sayangkan dia? "Ya aku jujur aku sudah mula sayangkan dia sejak kecil lagi tidak sepatutnya aku jual mahal dulu"-bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience