BAB 3

Romance Series 197808

Bab 3

“ KAU dah lama tunggu ke? “ tanya Harraz apabila dia sampai di restoran mamak berdekatan dengan rumahnya.

    “ Taklah. Kenapa kau sorang ni? Mana Faheem? “ jawab Danish sambil memandang sekeliling.

    “ Assalamualaikum sahabat dunia akhiratku, “ celah Faheem yang baru tiba di situ.

    Mereka bertiga terus bersalaman cara lelaki dan berlaga bahu. Mereka terus sahaja memesan makanan dan minuman sebelum memulakan perbualan.

     “ Kau nak jumpa kitorang harini kenapa Nish? “ tanya Faheem ingin tahu. Bukan apa tapi selalunya yang ajak berjumpa ialah Harraz atau dirinya.

    Setelah beberapa detik mengunci mulut barulah Danish bersuara. “ Saja ajak korang berdua lepak. Mana tahu lepas ni dah tak ada peluang lagi untuk kita duduk bertiga lagi macam ni, “

    Faheem terus mengerutkan dahinya manakala Harraz pula sudah mengangkat tinggi sebelah keningnya.

    “ Apa kau ni cakap macam tu. Sibuk macam mana pun kita bertiga satu hari nanti, aku yakin yang kita tetap dapat berkumpul bertiga lagi, “ ujar Harraz yakin.

    “ Betul apa yang Harraz cakap tu. Kau ni asyik nak fikir negatif aje, “ balas Faheem pula.

     Danish sekadar tersenyum hambar. Wajah wajah sahabatnya itu dipandang kosong. Jujur dia cakap yang dia bakal merindui kedua orang sahabat kecilnya ini.

    “ Harraz, kau tolong jagakan Audria untuk aku boleh? Bahagiakan dia lebih daripada yang aku buat sekarang, “ pinta Danish tiba tiba.

    Harraz yang baru sahaja ingin menyedut air teh o ais yang dipesan tadi terus tersedak. Wajah Danish yang seakan-akan berharap terus dipandang.

     “ Apa yang kau merepek ni Danish? Aku jaga Audria? Kenapa pula? Kau kan ada untuk jaga budak kecil tu, “ tanya Harraz pelik.

     Mata Faheem terus membulat besar selepas membuat andaian sendiri.

     “ Kau nak tinggalkan Audria ke Nish? “ Tanya Faheem pula kerana ingin tahu.

     “ Oit, agak-agaklah aku nak tinggalkan kesayangan aku tu. Aku sayangkan dia kot. Cuma kita mana tahu kan, ajal kita nanti bila sampai. Mana tahu nanti korang berdua aje yang akan balik ke sana dan aku akan kekal dekat sini, “ jawab Danish tenang seperti tiada apa yang akan berlaku.

     “ Tsk… Kau ni, cakap lagi benda yang merepek. Tak adanya kitorang balik sana berdua. Kita balik sini bertiga mestilah kita balik sana juga bertiga, “ balas Harraz tak puas hati dengan kata kata kawannya.

     Faheem sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang Harraz cakapkan.

     “ Janji dengan aku Harraz, jaga Audria, “ Danish masih lagi tidak berputus asa.

     “ Kenapa aku? Kau pun tahu yang aku dengan dia tu saling membenci. Daripada kau suruh aku, lebih baik kau suruh si Faheem ni jaga, “ Harraz terus memberikan cadangan hingga menyebabkan bahunya dipukul oleh Faheem.

     “ Agak- agaklah kalau nak bagi cadangan pun. Habistu buah hati aku si Nelly tu nak letak mana? “ tanya Faheem geram.

    Harraz sekadar tersengih.

    “ Sebab kau je yang single and available. Faheem ni dah ada bakal isteri. Jadi bila aku dah pergi nanti aku harap kau boleh tengokkan dia dekat sana. Jaga dia lebih baik daripada aku, “ Danish tak teragak agak untuk memberikan jawapan yang sudah dia fikir lama.

………………..

KELUAR sahaja daripada kereta BMW miliknya, Aizril terus melangkah ke arah tangga rumah orang tuanya. Sejak dia habis belajar, kerap juga dia pulang ke kampung melawat Encik Azhar dan Puan Rahmah.

     “ Assalamualaikum mak… “ panggil Aizril yang masih berdiri di luar.

     “ Waalaikumussalam. Sampai pun kamu, tapi kenapa lambat? “ tanya Puan Rahmah selepas dia mempersilakan anak sulungnya itu masuk ke dalam rumah.

    “ Along singgah kubur arwah Aidil tadi mak. Ini mana ayah? “ tanya Aizil pula selepas dia tidak melihat langsung kelibat Encik Azhar di dalam rumah itu.

    “ Ayah kamu biasalah waktu waktu macam ni. Ada dekat kebun, “ jawab Puan Rahmah.

    Pintu bilik yang sudah lama tidak dibuka itu mencuri perhatian lelaki tersebut. Bilalah adik nak balik sini semula? soal hatinya sendiri.

    “ Mak… adik, dia tak ada balik sini ke? “ tanya Aizril ingin tahu walaupun dia tahu yang maknya itu tidak suka apabila isu adiknya itu dibangkitkan.

    “ Entah. Tak ada pula budak tu balik sini. Dia yang nak sangat lari, pandai pandai dia lah cari jalan balik sini semula. Itu pun kalau dia berani nak tunjukkan muka dia, “ balas Puan Rahmah dingin.

    Aizril terus melepaskan keluhan. Walaupun kejadian itu sudah lama berlalu, ibunya itu tetap juga tidak mahu memaafkan Audria.

     “ Puan Sri Azrin macam mana? Dia sihat? “ Puan Rahmah terus menukar topik perbualan kerana tidak mahu bercakap tentang anak perempuannya yang telah dibuang tiga tahun lalu.

     Aizril hanya mengangguk. “ Alhamdulillah, mama sihat. Sebelum along terlupa, mama dengan papa kirim salam dekat mak, “

     Salam terus disahut dalam hati tuanya.

     “ Mak, along masuk bilik dululah. Penatlah mak, “ tambah Aizril lagi sebelum dia bangun selepas mendapat keizinan daripada maknya.

…………………..

“ BILA kamu balik ke Kuala Lumpur semula long? “ tanya Encik Azhar sewaktu mereka sekeluarga makan malam bersama.

“ Amboi, ayah ni! Along baru aje balik takkan dah kena halau balik sana? “ ucap Aizril dengan nada bergurau.

“ Bukan menghalau, cuma nak tahu aje. Kamu biasanya kalau balik ke sini mesti akan duduk lama, “ jawab Encik Azhar.

Puan Rahmah yang berada di situ hanya menjadi pendengar.

“ Tak lama pun along balik kali ni. Lusa along dah kena masuk kerja semula, “ balas Aizril sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Suasana di meja makan saat itu kembali sunyi, hanya bunyi kipas di siling sahaja yang kedengaran.

Saat itu, Aizril sangat sangat merindui suasana meja makan beberapa tahun dahulu sebelum Aidil dan Audria pergi dari rumah itu.

Habis sahaja makan, Aizril terus menghilangkan diri ke dalam bilik Audria. Bilik satu satunya adik perempuan yang dia punya. Jelas terlihat cadar yang biasa digunakan oleh Audria masih lagi rapi di atas katil. Lukisan yang pernah dia hadiahkan kepada gadis itu juga terletak elok di dinding bilik setelah dibingkaikan.

Gambar mereka empat beradik sewaktu bermain di pantai tujuh tahun yang lalu, ditatap penuh rindu. Dia rindu kebahagiaan keluarga itu, tetapi sejak kematian adik bongsunya sinar bahagia keluarga itu kelihatan pudar apabila si ibu menyalahkan Audria atas kematian Luqman. Kini, dia hanya sendiri. Dua orang adiknya telah pergi meninggalkan dia dan keluarga untuk selamanya dan Audria pula menghilang entah kemana.

“ Ria dekat mana sekarang ni dik? Puas along cari Ria, tapi tetap tak jumpa, “ tanya Aizril seakan akan Audria ada di situ.

…………………

DERINGAN telefon membangkitkan Audria daripada tidur petangnya. Telefon yang berada di sisi katil terus diambil sebelum nama si pemanggil dilihat.

Senyuman terus sahaja menghiasi wajah bersih gadis itu.

“ Assalamualaikum abang Danish, “ sapa Audria teruja. Dia terus bangkit daripada pembaringan.

“ Waalaikumussalam. Ria apa buat apa tu? “ tanya Danish dalam talian.

“ Abang baru aje kejut Ria daripada tidur, “ jawab Audria jujur. Sesekali mulutnya juga turut terbuka luas akibat terlalu mengantuk.

Danish di hujung talian terus menggelengkan kepala.

“ Ria, tak eloklah tidur petang. Dah asar belum ni? “

“ Belum. Abang. Ria letak dulu ya? Nak solat, “ balas Audria tetapi langsung dihalang oleh lelaki itu.

" Kenapa abang? " tanya Audria pelik.

“ Jaga diri Ria baik baik. Buat mak dan ayah bangga dengan pencapaian Ria tau. Abang yakin yang satu hari nanti mereka dapat terima Ria semula. Abang sayang Ria sampai bila bila. Assalamualaikum, “ sempat Danish menitipkan pesan sebelum dia mematikan panggilan tersebut.

“ Waalaikumussalam, “ skrin telefon yang sudah gelap itu terus dipandang pelik. Biasanya dia yang akan mematikan panggilan tetapi kalini, sebaliknya yang berlaku.

" Dahlah, baik aku pergi solat, " ujar Audria sendiri lalu meninggalkan telefon pintarnya itu di atas katil.

assalamualaikum semua.. okey kan 2 chapter yang miss update ni??? okey la happy reading.. jangan lupa tinggalkan komen banyak banyak tauuu.... :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience