 
                 Romance
Romance
                         Series
Series
                         197808
197808
                    Bab 2
“ MUMMY, i’m home, “ jerit Danish sejurus selepas pintu rumah agam itu terbuka luas.
“ Tak perlu nak menjerit, mummy bukannya pekak pun, “ perli Datin Zarina geram. Kepalanya juga turut dijengah ke arah belakang Danish.
“ Mana Audria, Danish? “ tambah Datin Zarina lagi.
Danish terus memuncungkan bibirnya. Kita ni depan mata, orang sana juga yang dicari.
“ Ria tak nak ikut balik. Lagipun dia cakap yang dia ada kelas, “ jawab Danish sebelum tangan syurganya itu disalam dan tubuh itu dipeluk.
“ Ha Danish, sampai pun. Papa ingat kamu dah tak jumpa jalan balik ke rumah, “ tegur Dato Idris yang baru sahaja sampai ke rumah. Dia terus berjalan mendekati anak dan isterinya.
Danish tersenyum lebar apabila melihat susuk tubuh ayahnya. Tangan Dato Idris terus dicapai dan dicium penuh hormat.
“ Mestilah papa. Bak kata orang tua tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri, “ jawab Danish menggunakan peribahasa.
“ Sudahlah dua beranak ni, pergi naik atas sekarang, pergi mandi. Haih, tak boleh bernafas mummy bila ada dekat dengan korang ni. Busuk! “ Ujar Datin Zarina selamba.
Danish dan bapanya terus memandang satu sama lain sebelum tersenyum dan menggelengkan kepala.
“ Busuk eh? Meh sini kitorang peluk, biar kita busuk sama sama. Barulah one happy family, “ Danish terus memeluk tubuh Datin Zarina erat, diikuti dengan Dato Idris.
………………….
“ OIT! Takkan baru beberapa jam berpisah, kau dah rindu? “ tanya Nelly apabila melihat wajah sahabatnya yang termenung sedari tadi.
Wajah Nelly di sebelah dipandang kosong sebelum kepalanya dilentokkan ke bahu Nelly.
“ Entahlah, kali ini rasa rindu dia lain sangat, “ balas Audria jujur.
“ Ria, aku nak tanya kau sikit boleh? “
“ Apa dia? “ tanya Audria kembali.
      Nelly memandang wajah Audria seketika. Beberapa kali dia memikirkan tentang pertanyaan yang bakal ditanya kepada gadis di sebelahnya. 
 
“ Kau… taknak balik Malaysia? “
Audria terus mengangkat kepalanya daripada terus lentok di bahu Nelly. Dia melepaskan nafas berat.
“ Aku bukan taknak balik, tapi Malaysia bukan lagi tempat aku. Kau sendiri tahu yang mak dengan ayah aku dah buang aku jauh daripada hidup diorang. Bila aku rasa nak balik Malaysia nanti, aku baliklah, “ ujar Audria tanpa memandang ke arah Nelly.
" Tapi suatu hari nanti kau tetap akan balik Malaysia kan? "
Austria sekadar mengangguk lemah.
.……………….
TUBUH anak lelakinya yang sedang duduk sendirian di kerusi batu yang terdapat di luar rumah itu didekati.
“ Lama ke kamu balik kali ni Raz? “ tanya Tan Sri Hazimi ingin tahu.
Telefon pintarnya terus diletakkan di atas meja sebelum wajah Tan Sri Hazimi dipandang.
“ Lama juga pa, dalam seminggu macam tu, “ jawab Harraz pendek.
“ Pa, adik tak ada balik rumah ke? “ tanya Harraz pula.
Tan Sri Hazimi terus menggeleng. “ Dia ada balik tiga bulan lepas. Tapi ini tak silap papa dia ada exam itu yang tak dapat nak balik lagi, “
“ Amboi, seronoknya dua beranak ni berborak! Sampai umi ditinggalkan sorang dekat dalam. Borak apa ni? “ celah Puan Sri Hawa. Ditangannya juga turut membawa dua mug berisi air kopi yang dibancuh tadi.
“ Nah air, “
Dua mug tersebut terus dihulurkan kepada dua orang lelaki kesayangannya. Tempat duduk yang masih kosong di antara dua orang lelaki itu dipilih untuk duduk.
“ Berborak pasal adik tadi. Umi tak keluar pula hari ni? “ tanya Harraz sekadar ingin tahu.
" Tak abang. Hari ni umi nak duduk dekat rumah saja, "
………………..
.
“ AIDIL… aku minta maaf sebab sampai hari ni aku tak dapat cari Audria. Aku dah puas cari tapi langsung tak ada jejak Audria dekat sini, “ ucap Aizril sendiri.
Batu nisan yang tertulis nama Luthfi Aidil bin Azhar itu dipandang sepi. Sudah tiga tahun sejak pemergian Aidil kerana kemalangan hari itu begitu juga dengan Audria yang melarikan diri.
“ Kalau aku ada waktu tu, mesti Audria takkan terasa dengan kata kata mak sampai dia sanggup larikan diri. Semuanya salah aku Dil. Aku minta maaf sebab tak mampu lindungi Audria macam yang kau minta, “
Perbualan mereka pada hari itu menerjah ruang minda.
“ Along, kau janji dengan aku satu benda boleh? “ tanya Aidil tanpa menoleh ke arah abang sulungnya.
Aizril hanya mengangguk.
“ Kau nak aku janji apa? “ tanya Aizril kembali.
“ Janji dengan aku yang kau akan jagakan Laura bila aku dah tak ada nanti. Bukan apa, tapi kau sendiri tahu macam mana mak dengan ayah bencikan Laurakan? Lebih lebih lagi mak tu. Laura dah tak ada orang lain Ril, selain kita abang abang dia ni, “ ujar Aidil panjang lebar.
Wajah Aizril dipandang penuh dengan harapan.
“ Aku janji untuk jaga Audria macam yang kau nak. Dia pun adik aku juga, “ ujar Aizril yakin dan itu menyenangkan hati si adik.
“ Maafkan aku Dil sebab tak balik. Kalau tak kau pun mesti ada lagi sekarang ni, “
Share this novel
