 
                 Romance
Romance
                         Series
Series
                         197808
197808
                    Bab 1
“ HEI perempuan! Ini tempat aku lah. Kau blah sekarang, “ marah Harraz yang baru sahaja sampai di kafe yang terdapat di kawasan universitinya.
Audria hanya sekadar memandang wajah Harraz dengan pandangan kosong. Langsung tiada perasaan bersalah terhadap lelaki itu.
“ Ada nama kau ke? Tak ada kan. Pergilah duduk sebelah abang Faheem sana, “ jawab Audria selamba. Air yang berada di hadapannya terus diminum tanpa menghiraukan Harraz yang masih berdiri di sebelahnya.
“ Duduk jelah dekat sebelah Faheem tu Raz, “ Danish terus mencelah kerana tiada tanda yang Harraz mahu mengalah.
Wajah sahabat kecilnya itu dipandang geram. Topi yang dipakai Audria secara terbalik terus ditarik ke belakang hingga menyebabkan kepala gadis tersebut ikut sama.
    Harraz terus di jeling tajam sebelum topi yang 
dipakai dibetulkan semula. Lidahnya terus dijelirkan tanda kemenangan hingga Harraz melemparkan wajah menyampah.
“ Back up lah makwe tiga suku kau ni sampai aku member kau dari kecil pun kau tak hairan kan? “ ujar Harraz dengan nada rajuk.
“ Eh, kau tu yang tiga suku. Nak cakap aku pula, “ ujar Audria geram.
“ Kau..”
“ Sudahlah korang berdua ni. Kalau tak bertekak tak bolehkan? Audria, mana Nelly? “ potong Faheem yang sudah malas mahu mendengar pertengkaran mereka berdua.
Wajah Faheem di hadapannya dipandang.
“ Jumpa Miss Jenny sekejap. Nanti dia datanglah, “
………………….
“ AUDRIA lepas ni janganlah selalu bergaduh dengan Harraz tu. Ini tak, setiap kali berjumpa mesti bergaduh, “ tegur Danish sewaktu mereka berdua berjalan jalan di sekitar taman yang terdapat di sana.
Kepala Audria di dongak untuk melihat wajah Danish yang lebih tinggi daripadanya.
“ Kenapa Ria pula? Dia tu yang selalu cari masalah dengan Ria. Abang Danish pergilah bagitahu dia, “ balas Audria geram.
“ Tengok tu. Kutuk lagi orang sana. Ria nak tahu tak, orang dulu dulu cakap, kalau benci tu jangan benci sangat, takut nanti berjodoh pula, “ pesan Danish sekadar bergurau.
Audria terus memperlihatkan wajah tak puas hatinya.
“ Agak agaklah berjodoh dengan dia. Ria dah ada abang kot, abang ni macam tak sayangkan Ria aje, “ ujar Audria seakan merajuk.
Danish terus melemparkan senyuman manisnya. Kedua dua belah tangan Audria digenggam erat seakan akan tidak mahu dilepaskan.
“ Bukan tak sayang tapi Audria kena ingat yang ajal, maut, jodoh dan rezeki tu semua di tangan Allah bukan kita. Mana tahu jodoh Ria sebenarnya dengan orang lain dan bukannya abang. Mana tahu yang jodoh abang sebenarnya dengan kematian dan bukannya manusia, “
“ Auch, “ Danish terjerit kecil apabila Audria mencubit dirinya.
“ Padan muka. Abang ni suka cakap benda yang bukan bukan. Kalau Ria dengar lagi abang cakap macam tu, siap abang, “ marah Audria sebelum membuka langkah meninggalkan Danish sendiri.
……………….
SAMPUL surat berwarna putih yang tersimpan kemas itu diambil sebelum isinya dikeluarkan dan dibaca.
Assalamualaikum wahai adik kesayangan abang yang paling cantik dalam dunia ni. Apa khabar? Sihat? Mesti adik sedang rindukan abang kan?
Maafkan abang sebab tak dapat nak tunaikan janji abang untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik daripada dimarahi mak. Alah, mak tu mulut saja yang suka membebel macam macam tapi percayalah yang mak sebenarnya sayang sangat dekat adik. Adik satu satunya permata indah bagi kami dan bukannya pembawa malang seperti yang selalu mak cakap. Ingat, jangan pernah melawan cakap mak, syurga kita ada pada dia dik. Adik janji dengan abang untuk belajar sungguh dan gantikan tempat abang untuk buat mak dengan ayah bangga dengan pencapaian adik. Walaupun macam tiba tiba saja abang tulis surat ni, tapi abang yakin yang abang akan pergi sebelum surat ni sampai pada adik. Ingat! Jaga diri tu baik baik, jaga mak dengan ayah. Bila abang Ril balik nanti, sampaikan salam abang dekat dia tau. Tak sabarnya nak jumpa Luqman Azzam dekat sana.
Yang benar,
Abangmu Tercinta.
Selesai sahaja membaca perkataan terakhir yang ditulis oleh Aidil air matanya terus saja jatuh. Dia tak sangka yang abangnya itu memang sudah lama dapat mengagak yang dia akan pergi untuk selamanya.
“ Maafkan adik, abang sebab dah tiga tahun tak datang jenguk abang. Luqman, jagakan abang Aidil untuk kakak, “ ujar Audria sendiri.
“ Ria, kau okey tak ni? “ soal Nelly selepas dia mendengar esakan kecil dari dalam bilik gadis itu. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Audria yang masih lagi menangis.
“ Aku rindukan abang aku Nell. Kalau dulu dia yang sentiasa ada dengan aku. Tapi sekarang… “ adu Audria dalam tangisnya.
Tubuh kecil Audria terus dipeluk bagi menyalurkan kekuatan.
“ Aku tahu kau rindukan dia. Tapi kau kena ingat, semua perkara yang berlaku dalam dunia ni pasti ada hikmah disebaliknya. Walaupun kau hilang abang kau tapi sekarang Allah gantikan arwah dengan abang Danish yang sayang sangat dekat kau. Kau pernah bagitahu aku kan yang perangai abang Danish tu tak ubah macam perangai arwah abang Aidil kau, “ pujuk Nelly lagi.
Walaupun usia persahabatan mereka baru sahaja mencecah dua tahun lebih, tetapi semua kisah duka yang dipendam gadis tersebut sudah dia ketahui. Dia sendiri berasa simpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut tetapi dia tahu yang gadis itu kuat.
……………….
“ BETUL NI tak nak ikut kitorang semua balik Malaysia? “ tanya Danish untuk kepastian sewaktu mereka semua berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.
Audria sekadar mengangguk. Entah berapa banyak kali soalan yang sama diutarakan kepadanya.
“ Yeap. seratus peratus pasti yang Ria tak nak ikut balik. Ria ada kelas lah. Dahlah pergilah cepat. Nanti tertinggal flight jangan marah Ria pula. Lebih lebih lagi kau, Harraz, “ ucap Audria sambil menjeling tajam Harraz yang berada di hadapannya.
Harraz sekadar buat tak endah dengan ucapan Audria. Jam rolex di tangannya dilirik sebelum dia memandang tiga sahabatnya.
“ Jomlah gerak sekarang. Budak ni pun tak nak ikutkan? Buat apa lagi nak tanya. Jom… “ celah Harraz sebelum melangkah jauh meninggalkan mereka semua.
“ Jaga diri baik baik. Lepas ni abang dah tak ada nak temankan Ria. Ingat pesan abang jaga diri baik baik. Belajar elok elok. Nell jagakan kesayangan abang ni baik baik, “ pesan Danish sebelum memandang wajah Nelly sekilas sebelum memandang wajah si buah hati.
“ Yes boss. Don’t worry, saya janji akan jaga bff kesayangan saya ni baik baik. Abang Danish tu jaga diri baik baik dekat sana, “ balas Nelly sambil memeluk Audria di sebelahnya.
“ Yalah memang Danish aje yang ada dekat sini. Saya ni memang tunggul aje, “ celah Faheem dengan nada cemburu.
Audria dan Nelly terus berbalas pandangan sebelum tergelak kecil.
“ Abang Faheem pun jaga diri baik baik. Lagi lagi hati tu, kalau orang kat sini dapat tahu yang abang ada perempuan lain dekat sana, siap! “ kata Nelly sekadar memberi peringatan.
Faheem terus mengangkat tabik hormat kepada perempuan kesayangannya itu.
 
     “ Sudah sudahlah tu Syed Faheem. Nanti bising pula si Harraz tu. Jom… “ ajak Danish sebelum melambaikan tangan ke arah dua orang gadis itu.
“ Audria Laura. Ingat jaga hati, jaga diri dan jaga solat, “ pesan Danish untuk kali terakhir.
“ Abang Danish pun sama. Kirim salam dekat mummy dan papa tau, “ pesan Audria semula.
“ Jaga diri Danish Uqael… “ jerit Audria sambil melambaikan tangan ke arah dua pemuda yang sudah melangkah jauh daripada mereka berdua.
assalamualaikum semua.. okey kan chapter kalini??? jangan lupa tinggalkan komen korang okeyy.. happy reading :)
Share this novel
