 
                 Romance
Romance
                         Series
Series
                         197808
197808
                    PROLOG
ENTAH apa yang bermain di fikiran seorang gadis yang baru sahaja berusia 18 tahun tersebut hingga tidak dengar namanya dipanggil sedari tadi. Tanpa melihat kiri dan kanan jalan, terus sahaja kakinya melangkah untuk pulang.
“ Laura… “ jerit Aidil lalu dengan pantas dia berlari ke arah adiknya yang hampir sahaja ingin dilanggar sebuah kereta yang meluncur laju ke arah gadis itu.
Semuanya berlaku dengan pantas. Dia sendiri terkejut apabila tubuhnya ditolak ke sisi jalan. Matanya terus membulat besar apabila melihat sekujur tubuh yang sangat dikenalnya terbaring di atas jalan itu dengan dipenuhi darah.
“ Abang…” jerit Audria sebelum berlari ke arah abangnya yang sudah seperti nyawa nyawa ikan itu.
Kepala Aidil terus dipangku, tidak hairan dengan darah yang terkena bajunya. Air mata juga sudah mengalir keluar daripada tubir mata.
“ Abang ma… maafkan adik, “ ucap Audria serba salah.
Aidil hanya sekadar tersenyum payah. Rasa sakit yang ditanggungnya hanya sekadar ditahan. Dengan payah, tangan kanannya diangkat untuk mengelap air mata adik kesayangannya itu.
“ Aa… adik… adik tak salah. Ja…jagakan mak… ayah untuk abang, “ ucap Aidil sedikit payah.
Audria terus menggelengkan kepalanya. Dia tidak sanggup kehilangan abang kesayangannya itu. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu melindunginya.
“ Tak. Abang tak boleh cakap macam tu. Kita jaga mak dengan ayah sama sama. Abang bertahanlah… Abang janji tak nak tinggalkan adik kan?... “ ujar Audria dalam tangisnya.
Tangan Aidil yang berada di wajahnya terus digenggam erat. Jujur dia tidak mahu melepaskan abangnya pergi meninggalkannya sendiri.
Maafkan abang, Laura. Abang tak mampu tunaikan janji abang, ujar Aidil sekdar dalam hati.
“ Allah… “ ujar Aidil perlahan sebelum matanya itu terpejam rapat buat selamanya. Tangan yang tadinya digenggam turut jatuh ke tanah.
“ Abang… “ panggil Audria sambil menggoyangkan badan Adil yang sudah kaku di situ.
………………………..
AUDRIA sekadar memekakkan telinganya sewaktu Puan Rahmah memarahi dirinya. Dia sudah lali dengan perangai Puan Rahmah yang sangat membencinya. Kepala Audria ditunjal beberapa kali.
“ Aku sendiri tak tahulah, kenapa malang sangat nasib aku ni ada anak perempuan tak guna macam kau. Sejak kau lahir, banyak perkara malang jadi dalam hidup aku. Disebabkan kau, aku hilang anak anak aku. Dasar pembunuh! Pembawa malang, pembawa sial! Berambus kau daripada rumah aku. Tak guna, “ marah Puan Rahmah lalu memukul anaknya itu.
“ Mak! Sampai hati mak halau adik daripada rumah ni, “ ujar Audria yang masih lagi bersedih. Sepasang mata milik ibunya itu dipandang sayu. Sebenci mana ibunya terhadap dia, dia tetap mahu berada di rumah itu. Rumah yang penuh kenangan di antara dia dan arwah abangnya.
“ Siapa mak kau? Aku menyesal lahirkan kau, Audria Laura. Kau dengar sini, mulai harini aku bukan lagi mak kau. Berambus dan jangan munculkan diri kau depan aku lagi. Pergi! “ marah Puan Rahmah sebelum masuk ke dalam bilik tidur.
Ayahnya yang sedari tadi berdiam terus didekati. Tangan lelaki tua itu digenggam untuk meminta kekuatan.
“ Ayah… “
“ Pergilah Audria. Pergi jauh daripada hidup kami berdua dan jangan lagi pulang selagi mak kamu tak maafkan kamu. Cukup cukuplah buat hati mak kamu tu hancur. Mulai hari ini kamu juga bukan lagi anak perempuan ayah. Pergilah, “ ucap Encik Azhar sebelum merentap tangannya yang masih dipegang.
Kata kata yang keluar daripada mulut seorang ayah yang turut membencinya tapi sering memberikan semangat itu sangat menjentik tangkai hatinya. Dengan langkah yang lemah, Audria terus masuk ke dalam bilik untuk mengemas barangnya. Tiada gunanya lagi untuk dia kekal berada dalam rumah yang langsung tiada sinar bahagia untuknya selepas ini.
…………………
PINTU bilik Aidil dibuka sebelum gadis itu melangkah masuk ke dalam. Lampu bilik tersebut terus dibuka dan meja belajar yang terdapat di dalam bilik tersebut terus didekati. Bingkai gambar yang terdapat gambar mereka sekeluarga terus dicapai. Gambar yang penuh bermakna buat dia.
“ Kenapa abang tinggalkan adik? Sampai hati abangkan? “ soal Audria sendiri.
   
    Sampul surat yang tertulis namanya itu diambil. Surat apa ni? tanya hatinya. 
Dia terus melangkah ke arah almari abangnya untuk mengambil sehelai baju buat pengubat rindu sebelum dia meninggalkan rumah itu.
Pintu bilik orang tuanya diketuk beberapa kali tapi langsung tiada sahutan.. Tombol pintu bilik itu terus sahaja dipulas kerana dia yakin yang orang tuangnya sudah tidur waktu itu.
Wajah Puan Rahmah dan Encik Azhar yang sedang beradu itu dipandang dengan pandangan yang tidak mampu diungkapkan. Dengan penuh berhati hati, tangan orang tuanya terus dicapai dan dicium lama. Dahi Puan Rahmah, orang yang telah berkorban demi melahirkannya itu dicium.
“ Mak, ayah… Adik pergi dulu, doakan adik dekat luar sana. Adik sayang mak dengan ayah sampai bila bila, “ ucap Audria perlahan sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu.
Rumah kampung separuh batu itu dipandang bersama linangan air mata.
“ Selamat tinggal mak dan ayah. Adik janji yang adik takkan tunjukkan muka adik lagi selepas ni, “
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM .... Assalamualaikum... hehe, hai korang semua... im back dengan novel terbaru Lukisan Takdir... hope korang enjoy yaaa...
Share this novel
 
                                 
                                            x da sambungan kah