02

Fanfiction - KPOP Series 550

Setiap hari waktu petang kami akan meluangkan masa bersama dengan bermain bola,bermain game,berbasikal dan macam-macam lagi aktiviti yg kami lakukan.

"Yeonjun!" jerit Soobin memanggil Yeonjun
"hari ni kita main apa?" tanya Soobin

"Jom pergi berbasikal dekat taman" ajak Kai
"ok jom!" ujar Taehyun

Kami mengambil basikal masing-masing lalu pergi ke taman.

'Laju gila diorang kayuh basikal' bisik hati aku,lalu mengayuh dengan lebih cepat untuk mengejar Yeonjun dan yg lain yg sudah jauh kedepan dari aku.

Lenguh kaki aku kayuh laju-laju.

"Beomgyu,cuba kau buat macam Kai" kata Taehyun,aku memandang ke arah Kai yg membawa basikal tanpa memegang handle,alah senang je tu.Aku dulu masa kecik kalau bawa basikal suka lepas handle.

Aku mengangguk lalu melepaskan handle.

"wah,kau pun boleh la,aku nak cuba jugak la" ujar Taehyun sambil tersenyum.Aku perasan yg kaki Taehyun di tendang oleh Soobin,Soobin seolah-olah memberi amaran kepada Taehyun,aku yg melihat hanya mendiamkan diri.

"korang jom pergi kedai beli makanan" ajak Yeonjun lalu semua menggangguk termasuk aku.

~

Basikal kami letakkan di tempat letak motor,bijak kan? Yeonjun menolak pintu lalu kami semua masuk ke dalam kedai tersebut.

Air gas,air kotak,air tin,air botol,keropok,coklat huh,jangan tanya semua kami ambil.Setelah selesai mengambil makanan,kami pergi ke kaunter untuk bayar,setelah selesai urusan jual beli kami pun pergi melepak di tempat Yeonjun dan yg lain,aku pun tak tahu kat mana,aku cuma ikut je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience